Kawan Baru Nadia

      Dah lame saye tak publish post kt blog.Semalam saya ade bace satu artikel dlm akhbar kosmo...Mata saya tertumpu pada satu slot yg bernama EKSENTRIK dan tajuk dalam slot tu KAWAN BARU NADIA...Cerita ni x best sangatlah.Tapi,saya share sikit kt korang.Selamat membaca! ^_<
   
      "Berniaga,berniaga jugak.Kau tu usung anak kau dalam van dari petang ke Maghrib sampai ke malam.Ade kau ambik tahu sape yg berkenan pada anak kau tu?"Mak Som bersuara ketika pasar malam Kampung Gading itu baru sejam bernyawa.Ekor mata Mak Som kadang2 terlekat pada gerak geri anak Fadzilah.
     "Kau tak ingat anak si Melah yg pernah orang aniaya dkt selekoh lalang tinggi tu?Kalau budak tu ade lagi,lebih kurang sebaya anak kau nilah!Baca2 sikit bile keluar masuk rumah.Kau pun tahu kan tak elok biar anak merayau waktu maghrib.Kau sibuk layan pelanggan,yang fardu pun ke mana,"ceceh Mak Som lagi.
      Fadzilah yang membuka gerai sayur di sebelah gerai Mak Som mengerut dahi ditegur sebegitu.Sakit hati Fadzilah dileter.Namun bila difikirkan semula,memang ada sesuatu yg pelik pada kelakuan anaknya.Nadia yg berusia enam tahun itu diamati sering melambai keluar dari tingkap van yg dipandunya,setiap kali tiba di satu selekoh dalam perjalanan ke pasar malam.
      Sungguh-sungguh dia melambai,seperti memanggil seseorang untuk bersamanya.Ketika di pasar malam pula,Nadia akan bersendirian di dalam van atau berjalan-jalan di ruang belakang van bersama anak patungnya.Sesekali terdengar Nadia ketawa dan bercakap-cakap seorang diri.
      Ketika pulang dari pasar malam yang diadakan seminggu sekali itu pun,Nadia akan berkata 'babai...jumpa lagi' di selekoh yg sama.Hal yg serupa terus berulang untuk minggu dan bulan berikutnya.
      Hingga satu jumaat Fadzilah tidak berniaga.Senggugut yg dialaminya datang bersama selesema hingga meletihkan fizikalnya.Saat itu jugalah Nadia meraung-raung memaksa Fadzilah ke pasar malam.Sekejap Nadia gelisah,kemudian dia menjerit-jerit.Kemudian menangis tersedu-sedu."
      "Ibu tak sihatlah.Nadia kenapa ni?Duduk rumah diam-diam boleh tak?Kejap lagi kita makan malam,"pujuk Fadzilah tidak bermaya.Fadzilah mendapati Nadia serta merta diam tidak memberi respon.Anak perempuannya sedang tersengih melihat ke arah tingkap di biliknya.
      "Nanti!"Jerit Fadzilah melihat anaknya berlari meninggalkannya.Dia pelik melihat Nadia yang boleh berubah menjadi girang dalam sekelip mata.Lantaran mengekori Nadia ke bilik,tiada apa yg ditemuinya selain anaknya yg terkekeh kecil.
      "Nadia jangan nak main2 dgn ibu!Cakap,Nadia nak jumpa siapa kat pasar malam?"Fadzilah sedikit membentak.Anaknya yg bermata bulat itu terus tersenyum."Nadia nak jumpa kawan kat sebelah Nadia nilah.Dia baru je sampai nak jumpa Nadia.Kesian dia jalan jauh tau.Dia terkejut tengok ibu marah,"jawab Nadia sambil menoleh ke sisinya.Tangannya kemudian seperti sedang mengusap-usap sesuatu.
      "Jangan takut,ibu kita sebenarnya tak garang tau awak.Dia baik,"kata Nadia sambil memandang ke ruang kosong di sebelahnya itu.Fadzilah terdiam dan roma di tengkuknya meremang.Tiba-tiba dia teringat pesan Mak Som tentang selekoh sunyi,anak Melah dan waktu Maghrib.

      Macam tulah ceritanya.X tahulah ni cerite benar atau rekaan dan kadang2 manusia dan hantu sukar untuk kita bezakan.Oklah sampai di sini saja post saya utk kali ini.

~Put Your Words~

 
Amir Rusyaidi©