COKLAT.... SeDaPnYa~

Hey,korang suka makan coklat tak?Tentu semua orang pernah merasai keenakan coklat tetapi tak ramai yang tahu tentang kajian saintifik pembuatan coklat?Saya jumpa artikel tentang coklat ni dlm majalah.So saye sharelah sikit dekat korang sumer ye..Kalau x nk bace pun xper!First,saya akan memberitahu anda tentang sejarah coklat.

 SEJARAH COKLAT
              Coklat mula-mula ditemui tiga juta tahun dahulu di Amerika Tengah dan Mexico.Tamadun Mesopotamia,kaum Maya dan Aztec menyebutnya dalam bahasa Nahuatl-'xocolati' bermaksud 'air pahit'.Para arkeologi menemui rekod coklat digunakan di Puerto Escondido,Honduras pada 1100 hingga 1400 SM.Ia digunakan dalam upacara rasmi.
              Pada tahun 1700,mesin menghasilkan coklat daripada ekstrak biji koko dicipta.Pelbagai jenis coklat dihasilkan seperti coklat susu,coklat putih dan coklat hitam.Coklat putih dihasilkan daripada gula,koko dan susu manakala coklat hitam diperbuat daripada campuran lemak,gula dan koko.
              Kedai coklat yang pertama sekali dibuka di London pada tahun 1657.Pada tahun 1689,Hans Sloane,ahli fizik menghasilkan minuman coklat di Jamaica untuk tujuan perubatan.Akhirnya,dijual hak milik kepada John Cadbury.
              Coklat cepat cair di tempat panas!Korang perlu menyimpan coklat pada suhu 15-17 darjah Celcius.Coklat juga perlu diasingkan daripada makanan lain untuk mengelakkan ia menyerap bau.Jika tidak dapat menyimpannya di dalam peti sejuk,balut coklat dengan kertas dan simpan di tempat gelap.

    FUNGSI COKLAT

    1. Ubat keletihan(kaum Maya)-mengandungi theobromine
    2. Ubat cirit birit(penduduk Amerika Selatan dan Eropah) 
    3. Bayaran cukai -sumbangan(kaum Aztec)
    Coklat juga terdapat kebaikan dan keburukan. 
    KEBAIKAN COKLAT
    1. Mengandungi ekstrak koko yang tinggi,kaya dgn flanoid dan asid galik-memberi perlindungan kpd sistem kardiovaskular(coklat hitam)
    2. Mengurangkan kadar serangan jantung
    3. Menstabilkan tekanan darah
    4. Merendahkan kandungan toksin dlm tubuh sesetengah haiwan seperti kucing dan anjing
    5. Memberi kesan baik terhadap kesihatan dengan kehadiran antioksidan
     KEBURUKAN COKLAT
    1. Boleh meningkatkan kadar obesiti.
    2. Bahan bertoksik kepada kebanyakan haiwan-tidak mampu menstabilkan kandungan theobromine  
    Cadbury-jenama coklat terkenal di seantero dunia

    Pencuci mulut-Strawberry with chocolate filled

    JENAMA COKLAT YANG TERKENAL
    1. Cadbury
    2. Crispy
    3. Daim
    4. Milo
    5. Cloud 9
    Okay,sampai di sini saja post saya untuk hari ini.Semoga anda tidak bosan membaca post saya yg tidak seberapa ini.Jumpa lagi.Have a nice day ya!!!!:)    
        



              
       

    ~Put Your Words~

     
    Amir Rusyaidi©