Manusia Saling Memerlukan


Assalamualaikum para para readers sekalian.*Para para??*Haha ok lets go to our topic today.Actually aku dah lama dok update entry.Asyik entry pasai giveaway jer bosan jugak.Ok hari ni aku nak cerita pasal perbezaan pendapat tentang pekerjaan.Yang ni hina pekerjaan yang tu,yang tu hina pekerjaan yang ni.Haish teruk betul korang ni.

Korang mesti pernah tanya soalan macam ni,
Apasal diorang tu kerja sapu sampah?Tak malu ke orang hina ke kutuk ke.Apasal diorang tak jadi cikgu ke,doktor ke?Mesti masa sekolah dulu diorang ni main-main.Huhu
Sebenarnya,pandangan korang salah 100%.Sebabnya??Ok setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah tertulis takdirnya.Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.Cuba korang fikir,if semua orang dilahirkan untuk jadi doktor,siapa nak mengajar korang kat sekolah?Takkan doktor jugak kot.Ok how about kalau semua jadi cikgu,siapa nak jadi tukang sapu sampah?Siapa yang nak bersihkan kawasan persekitaran korang yang penuh dengan sampah tu.Jenuhlah kalau semua orang buat pekerjaan yang sama.If semua orang jadi doktor,siapa nak tanam padi?Siapa nak bela kambing?Siapa nak bela ayam?Nak bagi makanan asas kat korang siapa?Korang jugak ke?Takkan...So please think about it!

Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.Allah Maha Mengetahui apa yang ada di jiwa setiap hamba-Nya.Sentiasalah bersyukur atas apa yang Allah berikan.
Tapi kenapa ada jer yang kerja kat kelab malam,kat disko semua tu?
Itu sebab diorang tak kuat pegangan agama.Hati diorang terdorong untuk melakukan kejahatan.Syaitan akan terus menerus menyesatkan anak cucu Adam sampai Hari Kiamat.Semua orang takkan terlepas daripada melakukan kesilapan.Sekiranya Allah nak berikan hidayah kat orang tu,Allah akan beri.Semua orang berhak menerima hidayah dari Allah.Caranya??Dengan berusaha mengubah diri kepada yang lebih baik.

Setiap manusia dijadikan untuk bergantung antara satu sama lain.Sebab tulah Allah melarang kita daripada sombong dan mementingkan diri sendiri.Sebab manusia saling memerlukan antara satu sama lain.Contohnya..
A jadi penjual nasi campur.B jadi guru.C jadi doktor.Bila B dan C lapar,sudah tentu dia akan cari A.Bila A dan B sakit,diorang akan cari C.Bila A dan C nak hantar anak dia ke sekolah,diorang akan cari B.sebabnya?Manusia saling memerlukan.Begitulah perumpamaan.
Konklusinya,setiap manusia saling memerlukan antara satu sama lain.Tidak kira baik atau buruk,sekiranya yang itu buruk,nasihatilah dia jangan mengikutinya.Jika yang ni baik,teruslah buat kebaikan dan ikutilah yang baik.Hidup ini indah jika kita tahu mencorakkannya.Alright!

 
Amir Rusyaidi©