Story Morry About Ramadhan


Syawal dah nak datang.Ramadhan dah nak pergi.Ramai gila yang tak sabar nak raya.Dah tu adalah beberapa kerat yang tak sabar gila nak raya then dia tempah baju awal dekat tailor then sehari sebelum ramadan dah nak tuntut baju dia.Kalau tailor tak siap lagi baju tu,mulalah depa nak naik hangin satu badan.Kata baju tak siaplah apalah.Masalahnya raya lambat lagi yang depa ni dah kenapa?Bukannya depa pakai pun bila tuntut awal.Buat habuk dalam almari jer.

Dah tu ada pulak jenis yang marah tailor tak tentu pasal even tu memang salah dia sendiri.Contohnya kan,tailor suruh si customer ni datang pukul 3 petang ambil baju then si customer ni datang pukul 9 pagi.Haish tak korek telinga ke pebendatah manusia cam ni.Aku pun tak faham.Pastu bila datang kedai mulalah mengata "akak ni pandai jahit ke tak?" "Lambatnya siap?" Hoi orang kata pukul 3 yang kau datang pukul 9 tu pahal?Kena sampuk dah?

Orang macam ni senang jer cara nak atasi....BAGI BALIK KAIN.Mudahkan?Pergi buat kat tempat lain yang depa rasa lebih cepat,efektif dan boleh siap dalam masa satu minit satu saat.Alah orang kalau pakai labuh camana sekalipun kalau hati tu dah busuk,tak guna pun.

OK then dekat sekolah asrama aku pulak dilanda musibah conjunctivitis or pinkeye pebendetah.Then ada lagi penyakit2 yang sekaki dengannya such as scabies.Sejak Isnin 21/7 sedikit demi sedikit pelajar SEMESRA berkurang,especially pelajar lelaki.Kiranya pelajar lelaki ni lagi pengotor.Muahaha XD.And then bila tengok diorang semua boleh balik awal rasa terkilan jugak.Pastu ada pulak yang jenis macam ni...dia ambil air mata kawan dia yang kena conjunctivitis tu then dia sapu kat mata.Merana kau!Jadilah MR REDEYES.Hahaha!Tulah gedik sangat.Orang minta sihat kau minta sakit.Tak ke kau fikir,bila kau dapat balik awal dengan cara kotor macam tu...family kau boleh berjangkit sekali?Sebabnya penyakit ni mudah berjangkit dengan sentuhan.Haha mana tahu satu family kau digelar REDEYES FAMILY.Wow!Menarik.Frasa menarik.

Then masa hari jumaat 25/7 ialah hari terakhir kitorang di asrama untuk bercuti raya selama seminggu.Hari tu ada majlis khatam al Quran,masa tu aku kurang fokus sebab jiwa aku dah ada kat rumah.Tak sabar nak balik.Muahaha XD Alhamdulillah mata aku sihat.Masa malam sebelum tu iaitu Khamis malam,aspura menjalankan kegiatan bergotong royong membersihkan kawasan asrama.*amboi ayat.Baku betul* Daripada pengetua sampailah ke pelajar semuanya 'turun padang'.Pelajar lelaki tinggal 100 orang something.So memang patut pun Cikgu Azman kata kaum lelaki ni dah pupusss.Kalau selalu saf dekat surau tu 6,7 saf.tiba-tiba jadi 3 saf jer.Muah :* To be honest aku rasa happy yang amat sebab aspura dah sunyi dan lengang.Kalau ramai,korang akan dikelilingi dengan carutan-carutan yang menyakitkan telinga.Setiap satu saat akan ada satu carutan.Wow!What the heck?!Tu pun dah tinggal 100 orang pun masih ada lagi beberapa kerat yang tak pupus.Haish tolonglah berambus dengan cepat.Baik perempuan baik lelaki sama jer.Takde beza pun.

Sorry to saylah kalau entry ni dah macam laporan Karam Singh Walia..cuma takde peribahasa jer.I dont care.Semangat rayalah kononnya.Padahal lagi sehari jer.Haha.Entry ni aku buat pada jam 3 pagi hari sabtu 26/7.Wow!Menarik.Frasa menarik.K merepek -_- 

Hmm aku nak cerita apa lagi eh?Hmm jap.Nuds kan selalu ada dengan karya dia yang bertajuk KALAU...so aku pun nak buatlah bagi menamatkan sesi entry aku sempena ramadhan special nih.Hahaha *bajet tul hang*

Gembira ke raya kita kalau...
  • dapat cuti raya awal tapi sakit
  • dapat raya di rumah jer sebab dikuarantinkan
  • baju raya tempah awal,siapnya awal tapi belum sampai raya baju dah kena gigit tikus. -_-
  • pakai menutup aurat selabuh alam tapi mulut sakitkan hati orang
  • beli mercun banyak2,last2 tak sempat beli baju raya sebab dah beraya di hospital
  • dah hias rumah lawa-lawa,tiba-tiba rumah kena rompak.
Hmm maybe sampai sini jelah kot entry special ramadan aku hahaha.Sorry kalau ada ayat yang tak sedap didengar.Sensitive dan yang sewaktu dengannya.So bye.Dont let this syawal become Syawal Yang Hilang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Salam Syawal

 
Amir Rusyaidi©