#ThrowBackSession : Kem Birotatanegara

As usual #QuoteOfTheDay

*klik untuk tumbesaran*
Haha ok betapa kontranya aku.lewls... Pak cik why pakcik punya nametag terbalik ke memang macam tu?Haha perfect dowh aku ni.

Oh ya hai! Pada tanggal berapa hari bulan entah aku tak ingat well aku memang tak ingat tarikh-tarikh ni, Sekolah Menengah Sains Rembau telah dijemput buat julung kalinya *ceh ayat kau memang bajet formal jer* untuk menyertai Kem Birotatanegara 1 Malaysia yang sebenarnya kem ni hanyalah untuk sekolah-sekolah berprestij jer macam SASER, STF, MCKK, TKC dan yang sekaki setangan dengannya. Well SEMESRA memang bukan sekolah berprestij haha sebab sekolah baru 5 tahun. Takkanlah kucing nak jadi harimau. 

Ermm so yah.. batch akulah yang paling bertuah sekali and aku turut rasa bertuah sebab dicampak dalam batch VALEDS II ni. Sebab tahun ni kitorang banyak keluar actually 3 kali jer haha maklumlah nak SPM. Hujung bulan 7 ni kitorang keluar pergi Program Math dengan Addmath. Aku rasa takdir aku indah sangat. Even dalam batch tu ada budak-budak nakal, alah biasalah sekolah memana jer ada budak-budak nakal. Habaq kat ceq sekolah mana yang takde budak nakal. Cer habaq mai! *Haha pahal kau emo dowh* -_-

Ermm ok kem ni memang best giler ok even ada sikit-sikit annoying. Ada explorace, jungle trekking and pergi Empangan Hidroelektrik Ulu Sepri.. Ya Allah for the first time empangan nampak jelas sebijik sebijik depan mata. Memang tinggi habis! Jungle trekking pulak pagi2 buta hahaha memang kelakar then jalan kaki pergi empangan.


Ok time ni kitorang kat dewan tengah berkumpul ikut group.




Haaaa!! Nilah empangan tu ... Kat belakang tu empangan.. Memang tinggi gila.. Kalau tolak memang matila takkan hidupkan??


Bila tengok air tu Subhanallah tenangnyaaa dengan bunyi airnya lagi.. And ni after jungle trekking tu kitorang jalan kaki lebih 2 km something then sampailah tempat ni. 

Ulu Sepri memang best tempatnya... Dekat kaki bukit area rembau...

Last but not least ramadan pun dah dekat.. Memang ni ayat cliche aku setiap tahun bila dekat ramadhan..Wish me luck for SPM!!! Haha Doakan k!! Trial ni dua kali SBP dengan Nogoghi punya so doakan,. InsyaAllah diberkati..

Nak ramadan ni puasa penuh k.. Jangan tinggal-tinggal.. Adik-adik yang tengah baca ni jangan memandai ponteng haaaaa!! *Ayat tak boleh blah*

Oklah tu jer kot dari aku! Adios xoxo. 

~Put Your Words~

 
Amir Rusyaidi©