Terbanglah Dandelionku!

Hey hey hey aku tak percaya cinta! Aku tak percaya cinta! Aku tak percaya CINTA! Ok *apa yang kau merepek ni?* Entahlah tadi teringat pulak dengan lagu si Liyana Jasmay tu haha. Intro kali ni macam takde point langsung. Out of topic actually. So let we be formal jelah k. 

Ehem!Ehem! Memandangkan hari ini hari ketiga kita berhari raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan sejujurnya raya tahun ni sangat sekejap cutinya sampai Amir pun tak puas lagi cuti. Nampaknya ada yang tak sedar lagi yang tahun ni dia SPM. Wargh!!! 3 bulan lagi. Seminggu lagi exam percubaan SPM. How can I survive? Insya-Allah usaha dan tawakal ok, Amir Rusyaidi. 

Bila fikir balik sekejap sangat masa berlalu.. Amir rasa macam baru jer masuk Sekolah Menengah Sains Rembau tup tup dah nak keluar dah pun. Entahla.. haha dulu masa baru-baru masuk memanglah rasa awkward gila an? But sekarang ni rasa tak nak keluar pun ada. Time cannot be stop! Even aku adalah jugak benci dengan 'surrounding' that makes me feel like orang asing hahahaha but I never care!

To be honest, even sesetengah orang kat sekolah tu buat aku hampir jadi separuh gila, but it so fun ok. Those things will be memories in our life yet. Ya.. tak lama lagi aku kan bebas. Bak kata Najwa Latif .. "Satu hari nanti akukan bebas ay yayaya" Oh yeah! Memang dah nak bebas dah pun seperti bebasnya sang merpati dari sangkarnya. *ceh ayat* -_-

Sejauh mana pun kita pergi, kita akan ada pengalaman yang kita ambil daripada apa yang telah kita lalui. But life must go on right? Kehidupan adalah sesuatu yang indah jika kita tahu mencorakkannya. Kalau kita umpamakan hidup kita ibarat Sakura dan Dandelion, kita akan cuba menjadi yang terbaik. Kenapa? Pernah dengar tak tentang falsafah bunga sakura?
Orang Jepun banyak berpegang pada falsafah alam sebagai contoh mereka mengambil bunga sakura sebagal lambang hidup mereka. Bunga yang indah itu hanya hidup tujuh hari setahun. Maka orang Jepun mula berpendapat bahawa hidup ini sangat singkat maka kita mesti menjadi indah dan tidak persia-siakannya walau sepicing pun kerana mekar dan gugurnya bunga sakura itu sebagai tanda bahawa sesuatu yang indah dan cantik itu takkan kekal lama. Kelak yang indah itu juga akan kusam sebagaimana layunya bunga sakura.
Kalau semua orang dalam dunia jadi baik mesti peperangan takde langsung! Aku jamin 100 percent! Ok then ada lagi satu jenis spesies yang sangat aku kagumi. Walaupun bunga kita tengok simple jer tapi bagi aku dia cantik. Dandelion. Bunga buat si peniup.

Dandelion ni sangat kecil. Namun mati ke hidup ke dia tetap beri kebaikan kepada manusia. Dandelion mengajar manusia jangan memandang rendah kepada makhluk yang kerdil kerana makhluk yang kerdil itu juga Allah berikan kelebihan kepadanya. Akar dandelion mampu dibuat ubat. Dandelion makhluk Tuhan yang tidak pernah meminta bantuan sesiapa untuk menanamnya tidak juga simpati, tapi hadirnya dandelion memberi seribu kebaikan dari awal hidupnya sampai ke akhirnya. Dandelion ini hanya perlukan si angin untuk menerbangkan anaknya untuk disebarkan ke tempat lain. Dia ingin anak-anaknya turut berbakti kepada orang lain dan di tempat lain.

Kalau  diibaratkan dandelion, terbanglah sejauh mana pun kita nak terbang tapi jangan pernah lupa untuk berbakti kepada orang lain. Kerana dalam diri setiap manusia itu ada hak orang lain... Kerana manusia dilahirkan bukan untuk mementingkan diri sendiri tapi untuk melengkapi antara satu sama lain. Sebab tu Allah jadikan setiap manusia itu berbeza kerana manusia saling memerlukan. Sebab tu Allah memerintahkan supaya manusia saling membantu antara satu sama lain.. 

Sekian saja Salam Syawal.. Amir Rusyaidi.
 
Amir Rusyaidi©