Wonderful Story

Victor Hugo said that.. This quote aku baca dari novel 13 Jam A380.  Tak boleh move on dengan novel ni.
Novel Santai Islamik boleh aku katakan. Pada permulaannya Hana yang memasang angan-angan selama tiga tahun menjadi stalker setia Haydar untuk berkahwin dengan anak jutawan tersebut membuatkan mereka bertemu selama 13 Jam dalam penerbangan pesawat MAS A380 sehingga membuatkan Hana lupa akan dosa dan pahala. Sehingga Hana tertidur bersama Haydar di First Class Seat.

Lalu di saat pesawat tersebut bergegar seperti ingin terhempas, barulah Hana tersedar akan dosa dan pahala. Dia bersungguh-sungguh memohon agar Allah memberi peluang lagi kepadanya untuk berubah menjadi muslimah sejati. Itulah janjinya pada Allah. Tiga tahun penantian, tiga belas jam mimpi menjadi kenyataan, empat jam menjadi kekasih kayangan bersama Haydar, membuatkan hatinya dibuai rasa cinta yang dihembus syaitan.

Sebaik saja pesawat A380 mencecah bumi, segala mimpi terus lesap ibarat wap air. Di London, Hana dipertemukan dengan keluarga Fido (lelaki yang membantunya di dalam pesawat kerana kes 'double ticket'). Pertemuan itu menjadi satu titik tolak untuk Hana berubah menjadi muslimah sejati. Tatkala Emmel anak angkat Fawwaz (abang Fido) memanggil Hana sebagai ibunya membuatkan Hana terperangkap menjadi sebahagian daripada keluarga besar Fawwaz Husaini, keluarga kaya yang membudayakan gaya hidup Islam. Setiap pagi selepas subuh, mereka sekeluarga akan ada sesi mentafsir Al Quran serta Hadis dan di situlah Hana mula tersedar akan erti kebahagiaan dan ketenangan.

Tika Hana menjadi ibu angkat Emmel membuatkan hati Hana sebak. Dia tahu bahawa anak kecil akan mengikuti apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Sejak Emmel meminta untuk berpakaian ketat seperti Hana dengan rambut yang didedahkan, dari situlah Hana belajar perlahan-lahan untuk memakai pakaian yang lebih sopan agar Emmel tidak menjadi sepertinya. Dalam masa yang sama, dia mula mengenali keindahan agama Islam yang sebenarnya dengan setiap pertemuan bersama Helena, Samuel, Linda, Ariana Rose, Sheikh dan Almas Iman.

Bermulanya hari baru untuk Hana menjadi wanita solehah apabila Fawwaz memberikan sehelai selendang kepadanya. Namun begitu, setelah dia berjaya melupakan Haydar dan hampir berkahwin dengan Fawwaz, segalanya berubah 360 darjah apabila aib Hana dibuka terang-terangan di hadapan khalayak ramai dengan gambar Hana dan Haydar bermesra-mesraan dalam pesawat A380. Hana kecewa sekali lagi.

Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak tahu menjaga maruah tika itu. 13 Jam yang mencipta memori indah bersama Haydar di langit biru berubah menjadi satu tragedi yang terpahit untuk ditelan.
Fawwaz terus pergi ke Kuwait bagi melepaskan perasaan sebelum dia dikhabarkan telah bernikah dengan anak seorang Sheikh iaitu Almas Iman. 

Momen itulah membuatkan Hana mula terima kenyataan bahawa dia perlu bermuhasabah diri bahawa lelaki sebaik Fawwaz hanya layak dengan perempuan semulia Almas Iman.

Dengan Haydar membuatkan dunia Hana berbeza. Apabila mereka sudah menjadi suami isteri, Hana mula kagum dengan Haydar dan barulah dia sedar bahawa Haydar tidaklah buruk seperti yang disangka. Haydar juga sedang berperang dengan perasaannya untuk berubah menjadi lelaki yang baik. Bersama Haydar, Hana telah mengembara ke banyak tempat bagi mengenali dunia luar dan mencari ilmu. Mereka ke Palestin dalam misi kemanusiaan dan ke benua Afrika dan India.

That moment bila Fido cerita kat Hana pasal kehidupan dia yang penuh tragis sebab Hana menangis sebab dia kecewa dengan Haydar, kekasih kayangan selama empat jam di dalam pesawat.. memang tak terkata apa. Tragis sangat-sangat. Pastu mulalah dia kaitkan cerita Mahatma Ghandi yang memperjuangkan semangat nasionalisme demi mempertahankan India. Betapa ujian yang diterima oleh Ghandi tu membuat dia tak berputus asa walaupun dicemuh, dihina dan sebagainya. Same goes to perjuangan Rasulullah S.A.W yang jauh lebih mencabar. Sedangkan Hana baru ditinggalkan Haydar sudah menangis sakan bagai. 

Pandainya Evelyn Rose mengarang sebuah novel yang berunsurkan ilmu pengetahuan, Hadis, isu semasa, ayat Al Quran dan falsafah alam. Falsafah mengenai bunga Dandelion dalam novel ni aku still ingat and also beberapa hadis and maksud potongan ayat Al Quran. Memang novel ni complete habis. Bagi aku, novel ni takde watak antagonis, I mean macam novel2 cliche yang lain yang ada watak perempuan or lelaki nak memusnahkan rumah tangga orang or mak mertua yang tak sukakan menantu. No! Cerita ni just nak ceritakan tentang erti kasih sayang, kehidupan, perubahan dunia serantau dan agama.

Sebelum ni orang selalu cakap novel ni buang masalah takde faedahlah but if you pandang dari sudut berbeza, daripada novel pun kita boleh berdakwah dan menyampaikan nasihat macam orang zaman dulu yang memberi pengajaran melalui kisah lagenda dan mitos. Sebab bagi mereka nak memberi nasihat dan pengajaran tu tak semestinya direct depan-depan sebab tak semua orang boleh terima cara macam tu. So sebab tulah wujudnya novel and buku cerita supaya daripada situ nasihat atau pengajaran boleh disampaikan dengan lebih dekat pada jiwa orang-orang muda or orang tua. Evelyn Rose telah membuktikannya.

Dalam novel ni pun, banyak Evelyn Rose menceritakan tentang suasana dalam pesawat, di luar negara and University of Surrey. Lagipun memang si penulis berpengalaman sebegitu sebab dia pun tengah ambil phd dekat oversea so no wonderlah dia boleh cerita detail-detail semua.
Ujian itu menguatkan bukan melemahkan. Sekuat mana pun kita cuba berperang dengan perasaan sendiri, pasti ada satu daya yang melemahkan kita supaya kita menganggapnya sebagai satu cabaran.

~Put Your Words~

 
Amir Rusyaidi©