Kerana Sepucuk Surat Pos Lajumu


Akhirnyaaa!! Siap juga cerpen pertama. Sebelum ni ada gak buat cerpen tapi tak pernah sampai ke ending ahahahaha!

1995

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Berpusu-pusu pelajar tingkatan 4 dan 5 keluar dari kelas masing-masing dan menuju ke kantin serta koperasi. Daripada bersesak, aku dan Aina lebih rela melepak di dalam kelas sambil berbual-bual kosong. Kadangkala ada saja gosip artis luar negara yang menjengah di pemikiran kami untuk diutarakan.

Tiba-tiba sedang seronok kami bergosip sambil bertepuk tampar sakan, datang pula pengawas yang bajet 'hot' di mata aku dan Aina. Aku dan Aina memang anti gila dengan dia ni. Poyo nak mampus!

"Oh, bergosip je kerja eh?" kata pengawas yang tak diundang itu. Harris Jaffery Al Ikhsan namanya. Ala-ala orang arab gitu namanya. Tapi muka takdelah orang arab mana. Muka kuning langsat.

"Perlu ke tulis dalam buku 555 tu?" aku menyoalnya penuh sinis tatkala pen yang dipegangnya menari-nari di atas buku nota 555 itu.

"Perlulah. Ini dianggap sebagai satu kesalahan. Bergosip pun dapat dosa tau. Kau ni perlu dikenakan tindakan kauseling." Harris terus berlalu.

"Ek eleh.. payah ah mamat ni." Aku mula memprotes.

"Sabar, Sarah. Kau ni macam tak kenal dia je.. "

"eee... aku bersumpah seumur hidup aku takkan jumpa dia lagi lepas ni dan juga orang-orang yang sama perangai sewaktu dengannya."

"Kalau jumpa jugak?"tiba-tiba, tersembul wajah Si Harris poyo ni di tingkap sebelah tempat duduk aku. Mahu tak terkejut. Nasib baik takde sakit jantung. Kus semangat!

"Takde maknanyalah aku nak jumpa kau! Aku nak ke luar negara kau tahu? Aku nak lupakan semuanya, poyoooo!!"

Itulah kata-kata terakhir bersama lelaki paling poyo yang pernah aku jumpa. Aku berharap impian aku menjadi kenyataan.

30 September 2003

"Hey, stalker!" Qeela, rakan serumah aku tu suka benar menyakat aku. Bilik aku ni memang sudah menjadi tempat melepak dia apabila dilanda kebosanan.

Aku yang sedang khusyuk meninjau akaun penyanyi kegemaran aku segera log keluar kerana malas diganggu Qeela. Nanti banyak pula soalan daripadanya. Kalau tak kena dengan jiwa, ada sajalah nak membebel.

"Sarah, aku dengan Aina tak lama lagi nak kahwin dah. Kau tu bila lagi? Duk menghadap laptop ni 24 jam bukan jumpa jodoh kau pun." Qeela mula bersuara setelah melabuhkan punggungnya di birai katilku.

"Hmm.. alah nanti jodoh aku sampailah tu. Jodoh ajal maut semua kan kat tangan Allah. Bukannya aku yang kena cari." Itulah jawapan aku setiap kali diajukan soalan yang sama. Bosan! Getus hati kecilku.

"Bukannya kau tu tak sampai jodoh, Sarah... Ada yang nak kat kau tapi kau tu je yang jual mahal. Tu Adri anak Pak Husin Ngok Ngek pekan sebelah, dia masuk meminang kau tolak. Iqbal, lelaki yang satu tempat kerja dengan kau  and dah melamar pun, kan. Kau tolak jugak!" Mulalah Si Qeela ni membebel.

"Qeela sayang.. Adri tu dah ada isteri tau tak? Dah beranak pinak pun. Takkan aku nak bermadu pulak jadi isteri nombor dua pulak tu. Kau gila ke? Kalau kau jadi aku pun kau tak nak, kan?"

"Iqbal?"

"Iqbal is not my tastelah.. Dia handsome tapi.. hmm aku memang tak berkenan langsung dengan dia."

"Ok.. in that case, you tell me ciri-ciri lelaki macammana yang jadi idaman kau?"

"Susahlah nak cerita tapi yang pasti dia misteriussss bak kata orang indonesia.. Hahahaha!" Terburai tawa aku bernada sebegitu.

"Oh.. kalau kau nak yang misteri, apa kata kau cek nama penerima barang pos laju yang nama dia ala-ala eksotik gitu. Kau, kan kerja dekat pos laju lagi senang nak cari lelaki misteri. Nanti lepas dah tengok nama yang sedap-sedap, kau tengok pula alamat dia pastu kau trylah pos barang ke pos surat ke? Mana tahu tu jodoh kau hahahaha! Ni cadangan akulah..."

Aku cuba menghadam satu-satu perkataan yang keluar dari mulut Qeela. Hmm.. aku terdiam sejenak. Ada benar juga kata-katanya itu. Menarik. Hatiku tersenyum riang. Pelbagai rancangan sudah diatur.

"Hmm.. geliga juga kepala otak kau ni. Tapi kenapa perlu cari nama yang eksotik?"

"Hihi.. tu pilihanlah sebab bagi aku orang yang nama eksotik ni ciri-ciri dia pun eksotik gak."

1 Oktober 2003

Awal-awal pagi lagi aku sudah terpacak di depan bangunan pos laju. Semata-mata ingin mencari nama penerima yang sesuai untuk aku membuat misi gila aku, aku sanggup bangun awal pagi.

Satu per satu borang penerima aku belek. Setakat ni takde pulak nama yang berkenan di mata aku.

Hafiz. Hakim. Aiman. Amir. Alif. Hairul. Haish.. nama biasa-biasa je. Eh, apa kata kau jangan tengok nama dulu Sarah... kau tengok alamat dia dulu. Kalau alamat dia kat area orang kaya, baru kau tengok nama. Mana tahu tersangkut dekat anak orang kaya hahahaha! 

Belek punya belek akhirnya aku terjumpa satu alamat yang terletak di Country Height. Sebut saja Country Height kawasan itu penuh dengan banglo yang memiliki pelbagai reka bentuk. Fikiranku mula membayang jikalau aku menjadi orang kaya. Materialistiknya kau.. Sarah!

Namanya juga agak stail. Ilham Hafizul Mukhriz. Huish! Sah anak orang kaya. Hahaha yakin sangatlah kau dengan dia. Entah-entah orang tua,Sarah. Dah beristeri dah. Haish karang tak pasal-pasal jadi penyebab kemusnahan rumah tangga orang. Naik turun mahkamah kau jadinya.. Oh no no no!Hmm.. tapi hadiah dah sediakan dah.. surat pun dah siap tinggal nak pos kepada penerima je...

Tapi aku bertekad juga untuk menghantar sekeping surat berserta sebungkus hadiah kepada alamat tadi. Tak kiralah apapun terjadi!

Waktu sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Orang sudah mula ramai keluar masuk dari bangunan pos laju ini. Aku menjaga kaunter hari ni. Sibuk jugaklah kiranya. Nasib baik ada pembantu.

"Cik, tolong hantarkan barang saya ini ya!" seorang pelanggan perempuan menghulurkan barangannya berserta surat pos laju.

"Kejap eh, puan." ramah aku bersuara.

Tiba-tiba pula aku terasa ingin buang air kecil.

"Myra, tolong gantikan tempat aku sekejap. Hmm sambil-sambil tu tolong tuliskan nama orang ni dekat atas surat pos laju aku. Aku kena pergi ni. Urgent!" Dengan gaya gelabah aku, aku terkocoh-kocoh menuju ke tandas setelah meninggalkan pesan kepada Myra, pembantu aku merangkap rakan sepenjawat.

5 minit kemudian...

Aku melihat meja aku sudah tiada bungkusan dan surat untuk dihantar kepada penerima misi rancangan gila aku. Aku mula panik sekejap. Myra sedang sibuk melayan pelanggan.

"Myra.. mana bungkusan dengan surat yang aku suruh kau tulis nama dan alamat penerima tadi?"

"Aku dah poskan untuk kaulah.." jawab Myra selamba tanpa memandang wajah aku kerana sibuk melayan pelanggan. Tangkas tangannya menyelesaikan urusan cop dan sebagainya.

"Ye ke? Gosh.. thanks so much, Myra. Mudah kerja aku! Hehehe!"

"Hmm... sama-sama. Anyway, kau tak nak salinan borang pos laju tu ke and resit dia sekali?"

"Tak payahlah.. bukan boleh buat makan pun."

"Whateverlah, Sarah.. Nah, ambil kerja kau balik. Banyak kerja lain yang aku nak buat kat belakang tu."

Myra berdiri dan melangkah ke bilik belakang untuk menyelesaikan urusannya. Aku pula duduk di kaunter itu dan melayan pelanggan seperti sediakala.

16 Oktober 2003

Qeela dan Aina baru saja balik dari Sogo membeli barang keperluan untuk hari perkahwinan nanti. Qeela terus menyerbu ke arah bilikku bersama Aina.

"So macammana? Ada apa-apa respons tak?" soal Qeela.

"Dah 16 hari aku tunggu... takde apa-apa pun. Entah-entah orang tu dah mati kot.." jawab aku.

"Hmm.. aku rasa penerima tu orang tualah.. Kau yakin kau hantar dekat Si Ilham apakebendetah nama dia tu aku tak ingat hahaha!" Aina mencelah.

"Ya... aku yakin. Aku dah suruh kawan pejabat aku tuliskan."

"Takpe kita tunggu lagi beberapa hari.. Kalau tak berjalan juga, aku nak kau pilih Si Iqbal tu! Kita naik pelamin sama-sama nanti. Hihihi!" Aina berkata lagi.

"Ek eh.. gedik pulak kau eh? Hahaha! Tak nak aku dengan Iqbal tu... Tak misteri langsung!"

"Ish.. kau ni tak habis-habis dengan misteri. Aku rasa kau ni yang penuh misteri. Senang-senang kau kahwin dengan hantu jelah.. Hiduplah kau dekat dalam hutan amazon tu jadi pontianak." Qeela mula membebel. Aina di sebelah mengekek ketawakan aku.

20 Januari 2004

Kompang dipalu.. Pengantin malu.. Duduk bersanding.. Tersipu malu..

Lagu itu bergema di seisi Dewan Shah Alam pada hari perkahwinan Qeela dan Aina. Aku hanya menjadi pengapit saja pada hari itu. Si pengapit lelaki pula tak sangka Si Adri, anak Tok Husin Ngok Ngek pekan sebelah aku tu. Sempat pula tu dia kenyit-kenyit mata dengan aku. Eee.. mengada-ngada pula laki ni!

"Sarah.. kalau kau pilih Iqbal tu terus kan senang.. Dapat bersanding sekali gus dengan kitorang." cucuk Aina.

"Alah.. takpelah.. Aku nak buat perkahwinan persendirian. Tak nak kongsi-kongsi. Lagipun aku nak buat grand punya nanti dengan tema Winter Wedding."

"Kau ni kalau berangan nombor satu. Over je!"

"Iqbal tu ok apa. Cuba tengok dia tu." Qeela menjuihkan bibirnya kepada Iqbal yang sedang bermain dengan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah meja makan. Seronok nampaknya! "Aku tengok dia tu takdelah buruk sangat.. Hmm adalah gaya kebapa-bapaan macam tu. Matang... Pandai melayan orang. Ruginya kau, Sarah!"

"Kau ni tak habis-habis dengan Iqbal tu. Macamlah takde orang lain kat muka bumi ni. Alah.. lagipun dia tu dah nak kahwin dengan Myra pun.."

"Tengok? Tak pasal-pasal melepas kat Myra!" Aina meluahkan rasa tidak puas hati.

"Biarlah dia.. dah jodoh dia."

"Habis tu? Kau masih berharap dekat lelaki misteri misi gila kau tulah?" soal Qeela.

Aku terdiam.

"Sarah.. aku rasa misi kau tu tak menjadilah.." kata Aina.

"Nope! Aku tak berharap pada sesiapa pun.. Aku tak nak kahwin. Aku nak hidup sendiri. Kumpul duit banyak-banyak then merantau ke seluruh negara!" luah aku dengan rasa gembira. Tanpa kecewa sedikit pun.

November 2006

Alhamdulillah dalam masa dua tahun ni aku berjaya merantau ke beberapa buah negara selepas mendaftarkan diri ke Berita Harian sebagai seorang wartawan. Aku ada ijazah sarjana muda dalam jurusan kewartawanan di UiTM dulu. Kini aku menjadi salah seorang kolumnis dalam segmen Jalan-jalan di Berita Harian.

Bukan main gembira lagi aku sebab setiap minggu segmen jalan-jalan akan memaparkan gambar aku merantau ke negara-negara luar seperti Perancis, Itali, Turki, Arab Saudi, Cambodia, , Canada, Australia dan Jepun serta China. Kalau ada masa aku akan memuatnaik gambar-gambar aku di sana di dalam blog peribadi aku. Hihihi! Ada juga aku memberi tips melancong ke luar negara di dalam blog aku itu.

Aku pun dah tak sebumbung lagi dengan Qeela dan Aina. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri bersama suami masing-masing. Qeela dah dapat kembar tiga. Memang hingar-bingar habislah rumah dia tu.. Kadangkala sampai tak cukup tangan nak jaga kesemua anaknya yang jantina lelaki belaka.

Aina pun sama dah dapat anak perempuan seorang dan sekarang ni dia sedang berbadan dua. Boleh dikatakan keluarga bahagia masing-masing. Mereka merancang untuk tunai umrah sama-sama dan melancong ke Switzerland hujung tahun ini. Seronoknya!!

Lagi seronok kehidupan aku. Tak perlu fikir pasal anak-anak. Hidup bebas. Aku boleh buat apa saja yang aku suka. Yey!!

Esok aku akan ke Beijing, China pada jam 11 pagi. Kalau boleh aku tak nak balik Malaysia lagi. Aku nak duduk kat luar negara je. Tapi disebabkan aku selesa dengan jawatan yang aku pegang sekarang. Lebih baik aku tinggal je kat Malaysia ni.

Di KLIA...

Sementara aku menunggu pesawat untuk berlepas, aku melepak sekejap di kedai kopi yang disediakan sambil mengemaskini entri blog terbaru. Sedang asyik menaip, aku mendapat satu panggilan. Nombor yang tak dikenali.

"Assalamualaikum.." terdengar suara garau seseorang dari corong telefon.

"Ya waalaikumussalam. Ni siapa ya?"

"Saya Ilham Hafizul Mukhriz. Kenal tak?"

"Ilham Hafizul Mukhriz? Siapa ah? Err.. maaflah saya tak kenallah" aku cuba mengamati nama itu tapi entah aku tak ingatlah pulak. Tapi dia macam kenal aku.. Dah tu dia ada nombor telefon aku pulak tu. Siapa dia sebenarnya?

"Awak ni memang tak pernah berubah dari dulu. Cepat sangat lupa. Cuba awak ingat betul-betul. Kira-kira dua tahun lepas, awak pernah menjalankan satu misi gila. Awak ingat nama saya tak?"

Misi gila? Oh ya! Pap! Aku ingat dia! Dia! Budak Country Height tu. Tapi... mana dia dapat number phone aku? Memang misteri lelaki ni. Di saat aku sudah lupakan segalanya, kenapa dia muncul balik?

"Yes.. saya ingat! Hmm.. tapi mana awak dapat number phone saya. Kenapa sekarang baru respons? Agaknya barang tu dipos ke angkasa kot and then jatuh kat rumah awak selepas dua tahun. Gila!"

"Nope! Awak tu yang gila. Pandang belakang sekejap."

"Belakang?" aku menoleh. Mataku melilau mencari sosok tubuh yang dimaksudkan. Tatkala sudah jumpa, mataku terus tak berganjak. Aku terkesima. Dia? Ilham Hafizul Mukhriz tu dia? Hmm.. boleh tahanlah.

"Awak kenal siapa Myra?" soal lelaki yang tinggi lampai itu; masih melalui telefon kerana jarak antara kami agak jauh.

"Awak kenal Myra?" soalan dijawab soalan. Sengallah kau ni, Sarah!

"Myra tu adik saya!"

"Apa?" Ya Allah.. kecilnya dunia ni. Malunyaaa!! Kenapa dia tak pernah bagitahu aku pun? Sengal Myra. Patutlah sanggup poskan untuk aku. Rupanya ada maksud yang tersirat. Aku tahu dialah yang memberikan nombor telefon ni pada lelaki ini.

"Perasan tak? Antara awak dengan Myra, siapa yang bekerja di pos laju tu dulu?"

"Saya." sepatah aku menjawab. Tapi masih tak dapat menangkap motif di sebalik soalannya itu.

"Hmm.. ok." Kelihatan bibirnya menggariskan satu senyuman. "Awak kenal saya?"

"Ermm... Harris Jaffery or Ilham Hafizul Mukhriz?"

Terburai tawanya mendengar soalan aku itu. Apa yang kelakar pun aku tak tahu...

"Kau ni memang kelakar. Ilham Hafizul Mukhriz tu ayah akulah! Kau menjalankan satu misi tanpa siasatan. By the way, tak sangka nama Ilham itu yang menjadi pilihan hati kau kononnya kau nak bersuamikan lelaki yang tak pernah kau kenal. Hmm menariklah kau ni! Hahaha!" Bahasanya telah ditukar kepada kau aku.

Ilham tu bapak dia? Ah!! Gila aku bagi surat dan bungkusan dekat orang tua.. Memang memerah habis pipi aku. Malu siot!! Sekarang aku dah dapat tangkap maksud dia tentang Myra tadi. Dia hantar Myra sebagai pengintip aku. Ah dia pun gila! Dan aku tahu yang dia sebenarnyaaa... hehehe

"Kau ingat barang ni tak?"

Aku memandang ke arah sebuah kotak muzik yang dipegang Harris Jaffery. Ingatlah! Itulah hadiah yang aku poskan sekali dengan surat kiriman suatu ketika dulu. Tak sangka dia masih simpan. Aku hanya mampu tersenyum dalam hati.

"Kau ni memang gila!" aku terus menekan butang merah dan segera melarikan diri setelah menyimpan laptop aku di dalam beg sandang milik aku. Harris Jaffery hanya melihat tingkah aku dari jauh.

20 Januari 2008

Aku menghadapkan badanku ke arah Pantai Cherating sambil melihat setianya sang ombak menghempas pantai begitulah setianya kasih sang suami terhadap aku. Aku memandang wajah suamiku yang berdiri di sisi aku lalu aku melentokkan kepala aku dibahunya.

Tak sangka dia sanggup mengejar aku sampai ke Beijing. Hahaha! Dia memang gila dan aku rasa kami serasi.

Aina bukan main lagi menyakat aku masa hari perkahwinan aku dengan suami aku pada 20 Januari 2007.

"Oh, dulu bukan main bersumpah lagi kau tak nak jumpa dia. Sekali dah jadi suami pun. Akhirnya kau dimakan oleh sumpah kau sendiri."

"Eh.. bukan dia ok..." aku tertawa.

Qeela pun tumpang sekaki menyakat aku.

"Huish! Kahwin jugak kau akhirnya, kan? Aku ingat jadi andalusia kau sampai ke mati. Hahaha!"

"Hahaha..biadapnya kau ni!"

"Lepas ni bolehlah kita tiga sekeluarga melancong sama-sama, kan?" sampuk Asyraf, suami Qeela.

Anak-anak mereka dah besar belaka. Sekejap je masa berlalu. Comel-comel belaka.

Tapi yang paling aku tak sangka tu aku dapat khabar berita bahawa Harris Jaffery dah meninggal dunia 5 tahun lepas akibat kemalangan jalan raya. Sedih jugaklah. Hanya Al Fatihah yang mampu disampaikan sebagai pengubat rindu.

Baru aku tahu Ilham Hafizul Mukhriz itu ialah kembar Harris dan dia sengaja menyakat aku ketika pertemuan di KLIA tempoh hari yang mengatakan kononnya dia itu Harris Jaffery manakala Ilham Hafizul Mukhriz tu ayah dia. Aku punyalah mati-mati percaya bahawa dia Harris Jaffery. Katanya, dia ingin mengenali hati budi aku dari jauh dengan menghantar beberapa orang pengintip seperti Myra sepanjang aku berada di atas muka bumi ini termasuklah ketika aku menjelajah ke seluruh negara tanpa aku mengetahuinya. Selepas kira-kira dua tahun barulah dia mengambil keputusan untuk menelefon aku iaitu sewaktu di KLIA.

Aku menerimanya sebagai suami aku sebab dia tu abang Myra dan memang dia seorang lelaki yang baik. Hati aku pun memang selesa dengan dia dan hati juga kuat mengatakan bahawa dialah jodoh aku. Hehehe!

Begitulah ceritanya... akhirnya, impian aku untuk berkahwin dengan seorang lelaki misteri dan tidak aku kenali dah pun menjadi kenyataan. Aku harap anak-anak aku nanti semuanya perempuan supaya senang aku nak ajar diorang cara nak cari calon suami hahaha!

Beberapa keping foto bersama keluarga Qeela dan Aina yang kami tangkap sewaktu melancong ke Russia telah aku abadikan dalam bingkai kaca dan aku gantungkan pada dinding rumah aku. Pelbagai gaya dan ragam kini menjadi memori di hati ini yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kami bercadang untuk melancong bersama-sama pada 20 Januari setiap tahun. Lagi satu, surat yang aku poskan kepada Ilham dulu turut aku simpan dan takkan aku buang kerana itu satu-satunya kenangan pertama misi gila aku. Kotak muzik pula telah dijadikan perhiasan di ruang tamu rumah kami dan sesekali kami memainkannya.

Aku dan Ilham terus menghayati keindahan pantai pada petang itu sambil ditemani beberapa ekor camar yang sedang terbang di angkasa. Sang bayu menerpa lembut ke kulit dan menenangkan hati ini. Aku tersenyum sendiri. Aku bersyukur atas kebahagiaan yang dikurniakan oleh Allah ini. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat kami.

SELESAI

 
Amir Rusyaidi©