Achieve Your Dreams, First!


Assalamualaikum and Hi stalker-stalker sekalian alam! Oh yeah macam biasa aku ada entry terbaru yang tak berapa nak segar sangat.. Tapi still datang dari ladang yang terbaik.. Haha apa aku merepek ni.. Blergh.. Ok so let's we start satu persatu cerita sensasi masa kini. Lewlsss..

Ok firstly, sekarang ni aku tengah duduk dalam fasa mengapply dan menunggu biasiswa serta UPU. Memang everyday aku akan cari penaja-penaja biasiswa yang sesuai untuk aku. Tapi bila kawan-kawan kat grup whatsapp some of them dapat call , email bagai daripada pihak penaja seperti BNM, dan yang sekaki setangan dengannya aku be like "what?! Kenapa kau tak pilih aku? Aku ni tak layak ke?" Amir Rusyaidi berpijaklah di atas bumi yang nyata.. Kau buat essay 250 words ambil masa 12 minit 30 saat memang tak ah dia nak terima kau. Soalan pun satu jer.. Haih kalau sesi interview ambil masa 12 minit satu soalan aku rasa aku orang pertama yang ditolak dulu. Haih sungguh tak relevan.. -_-

So aku sekarang ni tengah mengapply PNB punya scholarship.. well kat situ dia taja untuk Penulisan Kreatif even aku tak tahu apa itu penulisan kreatif dan otak aku ni pun asyik interpret katanya penulisan kreatif tu dia ajar kita cara nak tulis novel, so aku hentam sajalah. Lagipun, aku pun sekarang ni tengah dalam fasa beristikharah.. tak tahu nak ambil apa. Nak ambil pelancongan, ada diploma je pastu kena ambil masa 2 setengah tahun haish memang tak ah.. Baik ambil asasi setahun pastu terus degree pelancongan. Tapi aku tak nak sainsssss!!!

So aku terpaksalah mengharungi asasi setahun tu pun kalau aku nak local punyalah. Kalau dapat tajaan biasiswa hmm akauntan lah jawabnya...sebab kebanyakan biasiswa aku ambil akauntan.. Tapi kalau ikut hati, aku rasa aku sambung local je kot.. Even hati aku ni daripada kecil lagi teringin nak naik aeroplane and go to oversea.. Aku teringin nak pergi luar negara!! Hahaha takpelah habis belajar nanti kumpul duit banyak2 pastu kau pergilah mana nak pergi, Amir.. Tak payah balik Malaysia pun takpe, bukannya ada orang tunggu kau pun kat Malaysia ni kecuali family kau hahahaha.. Sorang-sorang..Tapi tulah hakikatnya manusia hanya merancang, Allah yang menentukan..

Sekarang ni aku dah deactivate akaun twitter aku and next Insta pulak hahaha.. FB tak nak delete sebab aku add orang-orang yang aku tak kenal je.. ada dua tiga orang macam tu je pun yang aku kenal and aku dah tak active sangat FB.. bosannnn!! Erm so yah bila orang tanya pasal kahwin, I'm just like what kahwin? Hahaha teringat pulak dulu aku pernah cite kat mak aku pasal a girl ni, pasal perangai dia semua, mak aku pun macam support aku jer kononnya aku ni berjodohan dengan dia... So funny! Well.. malas ah nak cite pasal kahwin plus aku nak kejar cita-cita aku dulu.. Kalau tak kahwin sampai mati pun takpe hahahaha.. Itulah aku cakap kat mak aku..

My goal life is nak capai cita-cita aku iaitu pergi umrah or haji, then nak sentuh menara Eiffel punya structure, nak tengok bangunan Eiffel tu diperbuat daripada span ke besi ke batu kelikir hahaha, then I nak pergi Switzerlandddd, nak kutip bunga edelweiss then nak cari dandelion!!! OMG!! Aku harap impian aku selama lima tahun ni menjadi kenyataan.. InsyaAllah.. doakan aku k! May Allah bless you all.. Adios! Xoxo!
KEJAR CITA-CITA DULU, BARU KEJAR CINTA
 
Amir Rusyaidi©