2 days 1 night in Kelantan!!

Image result for true happiness is when we are happy
Hello everyone! First of all actually this entry dah sangat lapok dah coz aku yang lupa nak update and takde banyak data. So now adalah misi untuk menghabiskan data.

Erm so yah .. macam biasa entry aku mesti panjang berjela tapi kali ni tak kut.. biasa-biasa je ahahah.

So tujuan aku datang kelantan ni untuk attend satu interview session bagi kemasukan ke USM dalam bidang perubatan peringkat degree. Bertempat di USM Kubang Kerian, Kampus Kesihatan.

Aku ke sini dengan bas dari pukul 830 malam sampai dekat Kota Bharu pukul 6 pagi hari Khamis. Awal giler an? Then kat sini, aku ada member dengan kelantanese ni, baik sangat, his name is Cerah, just read my previous entryla, kat situ ada dia. 

. Dia ada rumah like hotel something idk whatever it is. If you know KTC, haaa kat situlah dia tempat aku menginap. So that duit tempat penginapan aku dah save kat situ. Tak perlu nak sewa hotel bagai. Fuh, selamat duit aku ahahaha.

Aku ada tangkap gambar bilik tu tapi terpadam pulakk huhu. Tapi apapun that house memang letup kebabom. Memang nampak macam hotel dan selesa sangat!!! I rate 5 stars uolss!! 

So si Cerah ni teman aku sekejap je kat apartmen KTC tu sebab dia kena balik, bukak puasa kat rumah dialah. I mean the real home. Yang dekat KTC tu just homestay like that je.. Dan tinggallah aku sorang-sorang.

Then, Syafi and Ammar( also kelantanese, read my previous entry too) diorang kata nak datang petang coz kitorang plan nak iftar sama-sama gituhh.. And tak sangka pulak diorang nak sleepover sekali kat situ. Gosh.. memang hidup aku tak sunyilah duduk kat apartmen tu. Hahaha

So sementara tunggu Syafi and Ammar datang, kalau dah sorang-sorang tu memang habisla rumah Si Cerah ni aku geledah. Haha yeah tunggu punya tunggu, *klik klok klik klok* *ting!* erm yey diorang sampai gak pada pukul 5 petang something seperti yang dijanjikan. Excited siaaa ahahahahah.

So at the same time, kitorang kena tunggu pulak Si Hakim aka Tipah Tertipu ni yang datangnya jauh dari Lenggong, Perak. I called him Ratu Lenggong. Dia datang untuk interview session jugak. IV kitorang jatuh pada hari yang sama *Jumaat* cuma waktu berbeza. Dia sebelah pagi, aku sebelah petang.

So tak lama kemudian, datanglah Si Ratu Lenggong ni turun dari langit. Memang hingar habislah kalau dia ada. Siap bawak soalan for IV lagi. OMG!! Aku pulak memang tak prepare apa-apa for IV. I mean soalan and answer. About medic ke apa ke.. Ah wateva..

Then, kitorang pun pergilah iftar sama-sama dengan kereta Syafi yang letups sangat tu. Aku tak tahu apa nama tempat ni tapi sebelah istana ke apatah.. Tak ingat. ah tak kisah. Yang penting makan ahahahahah.

Syafi dah bookingkan tempat dah awal-awal. Kan aku dah kata kalau pasal makanan ke apa ke, dia memang expert bab booking membooking ni. So kitorang tinggal makan dan bayar je. Duit share ah, Banyak cantik muka kau nak suruh dia belanja semua! Kau fikir kau tuan puteri?

*tengok muka hakim*

Ek eh, tengok gambar bawah ni tetiba lak boleh muncul sorang lagi. Mana datang lak ni? 

Haha actually, dia join time iftar lagi, cuma datang lambat sikit je. 

So after iftar tu, kitorang decide pergi solat maghrib kat masjid mana entah. Haha aku rasa orang kelantan tahulah kut.

Entah, kali ni memang tak banyak gambar. Nyesal pulak aku ahahaha. Esp tak bergambar dengan Tuan Rumah sendiri. 

Syafi, Hakim, Lah, Aku, Ammar. Haha gituh simple je caption. Ahahaha

Tetiba lak dari depan pegi belakang si LAH tu. *tengok muka hakim lagi*

Pastu singgah stesen bas jap sebab aku nak beli tiket bas for balik malam esoknya.

Then, after hantar Si Hakim ni balik ke pangkuan mak ayah dia, aku and yang lain decide nak makan malam lak. Yes! Si Hakim datang sini dengan parents dia. Dia sewa hotel betul-betul depan USM KK. After dia balik, hilanglah sorang geng gosip sekepala.

Kitorang lepak MCd dekat dengan Wakaf Che Yeh tu je pun. Sampailah ke tengah malam. Bila diorang tanya aku okay ke tak join diorang sampai tengah malam ni, i be like "omg okay je.. Lagipun aku punya petang kut. So chillah chillax chill dan relax ahahahah" Dan lagi satu, aku tak prepare apapun for this IV.

 Mula-mula tu tak risau apepun, tapi sebab diorang punya reaction yang macam "kau tak prepare mir? Gila ah mir.", tetiba muncullah beberapa ekor rama-rama kat dalam perut aku. Elok-elok nak senyum manis, terus jadi kelat senyuman aku tu. Haih! Haha diorang ni dah ambil IV awal-awal dah. So thats why diorang dah berpengalaman. Bak kata orang, makan garam dulu. Haa gituh. 

Lagipun kata diorang, IV diorang borak macam kedai kopi je. IV aku lain. Nanti ah borak pasal IV-IV ni! 

Yang penting Mcd dia sedap ahaha!

*Woi Ammar! Pandangla Camera, sibuk dok letak sos atas burger dia tu!*

So about 12 tengah malam camtu, kitorang pun balik. Si Lah tu balik rumah diala. Aku, Ammar and Syafi balik apartmen KTC. Sempat gak singgah 7E untuk beli makanan for sahur.

Pastu pukul 1-2 pagi cam tu barulah aku gelabah haram dengan muka yang masih cuba berlagak tenang, prepare apa yang patut. Syafi and Ammar pun still menggeletik sama-sama dengan tolong aku apa yang patut. I feel so calm sebab diorang still bagi kata-kata semangat walaupun aku macam dah mengantuk giler masa tu. Diorang baik giler ah! Sumpah chill!

Just baca ala kadar je. Visi Misi Motto USM semua tu, pastu bacala sikit-sikit specialist yang penting-penting, pasal medic semua. Cara belajar medic camana, Apa yang penting in medic. Haa senang citer semualah yang relate dengan medic ni.

Then finally, I pun terlelap dengan sendirinya.. after sempat lagi curi godek-godek Insta and Twitter mencari gosip-gosip sensasi masa kini ahahahahaha. Gituh Amir! Fuh!

So keesokannya, Ammar and Syafi balik dah dalam pukul 10 pagi camtu sebab pukul 1130 tu aku dah kena blah dah gerak ke USM KK. Parents Cerah jemput, sebab si cerah ni satu sesi interview dengan aku. Memang aku rasa Tuhan mudahkan semualah! Satu sesi dengan dia, satu group IV dengan dia. So kiranya aku ni takdelah nak menyusahkan sangat dia. Haa! Mak Ayah dia pun memang baik and peramah giloss!! And bahasa kelantan diorang pun senang nak faham. Ahahaha maybe diorang tahu aku orang KL kut.

So IV kitorang habis kira-kira pukul 6 petang. Sampai apartmen KTC, aku kena pack barang siap-siap sebab Syafi and Ammar datang jemput lagi. Untuk iftar then hantar aku pergi stesen bas. And masa tu jugak Khalil (ada Iv jugak sebelah pagi) and Syazwan(Kelantanese) follow sekali.

Kitorang makan shell out masa ni. Yang ni pun Syafi yang booking. Ramai gila wei orang. Khalil yang duk sebelah Ammar and aku tu. Pastu ada lak si Azim and Danial kat situ (Baca previous entry jela, malas nak explain). Si Azim and Danial ni pun ada IV gak, yes sesi pagi. 

Pastu after iftar ni, we all singgah AEON KB yang besar giler tuh! Tapi aku tak sempat nak jimba lama2 sebab bas aku pukul 9 malam. I need to rush. Sempat solat maghrib je.

So Si Azim nilah yang hantar aku ke stesen bas, naik motorsikal cabuk yang dia pinjam from Danial. Ahaha! So kiranya sepanjang kat kelantan ni, transport memang takde masalah. Nak bergerak sana-sini mudah. Takyah nak naik teksi ke apa. Kereta ada, motor ada! Easy yey!

Masa nak naik bas tu pulak, aku tak tahu nak naik bas mana satu. Sebab bas dia macam tak tersusun something. Elok-elok dah salam azim semua, dah jauh dah aku jalan, pastu aku patah balik jumpa azim semata-mata nak tanya pasal bas aku ahahahahaha! Teruk an aku, ah pergi mati! 

Pastu Si Azim ni suruh aku tanya kaunter, and i be like "wth dahla bahasa kelantan diorang macam bahasa planet matoki manatah! Fikir aku faham ke siaa?" So tanpa membuang masa lagi, sebab aku ada 10 minit lagi before tayar bas bergolek atas jalan, aku pun menonong jela jalan pergi ke kaunter yang aku beli tiket ni. And suprisingly, aku jumpa Ulul(Satu sesi IV sama dengan aku!) kat situ, datang dengan ayah and uncle dia. So I  no need to ask the counter sebab uncle dia tolong! OMG seriously memang Allah mudahkan semualah!  I feel like omg indahnya takdir hidup aku ahahaahah!

.Memang aku tak stres langsung ada kat sini. Sebab everyone bagi kerjasama baik punya! I hope I can meet a lot of people like you guyss!! Thanks for everything!

 So tu jela.. Cerita aku kali ni happy ending an tapi tergantung sepi sebab apa? Yes sebab aku tak cerita pasal sesi interview aku. Yang tu next time ah aku cerita. Sebab i nak buat entry yang khas for IV session saja. Haa gituh! So wait and see jela.

Adios XOXO!



 
Amir Rusyaidi©