Nota Buat Sahabat


Sahabatku...Tika kita membuka naskhah hati yang penuh cela dan duka,Allah menutupnya dengan penuh hikmah dan kebaikan.

Tika kita menyangka bahawa kitab hidup hanyalah tulisan-tulisan luka,Allah menterjemahkannya dengan penuh hikmah dan penuh warna.

Tika kita ingin mengalah dan tunduk pada malam yang gelap dan pahit ; tika malam tiada bulan,tiada madu,Allah berikan sebuah rasa yang bernama cinta.Mengapa kita ketepikan Dia ketika meratap dalam zikra rindu,sedang langit malam semakin cerah menunggu fajar baru?

Dalam hidup ini sahabatku...kita diberi masa untuk merasa dan kita akan pulang untuk dinilai dengan penuh adil dan saksama.

Menangislah sahabatku...pada ketika kau memeluk purnama memeluk senja.Dakapilah bait-bait perjalanan susah payah itu yang ia kemudiannya akan menunjukkanmu ke jalan yang terang.Pada saat kau berduka,tiada pernah mahu kau bandingkan dengan saat-saat yang membuatmu ketawa kerana bagimu cinta-Nya telah menjadi penawar untuk segala rasa.Yang datang mahupun yang pergi.Segalanya tiada beza.
Lahiriah alam adalah tipuan sedang batinnya adalah pelajaran.Maka nafsu menatap pada lahiriah tipuannya sementara hati melihat kepada pelajaran yang tersembunyi di dalamnya.

Sesungguhnya kehidupan ini dijadikan hina hanya sebagai hiasan dan sesuatu yang indah bagi nafsu,maka ketika nafsu melihat kepada eloknya kehidupan yang rendah ini ia pun teruji dengannya.Sementara hati seorang Mukmin jika melihat kepada hakikat kehidupan yang rendah ini maka mereka akan menyaksikan perbuatan Allah yang ada di dalamnya.
Sheikh Ibnu Atha'illah mengingatkan bahawa : 
"Jika kita melihat alam lalu terpedaya,itu petanda kita masih melihatnya dengan mata nafsu.Namun jika kita melihat alam,lalu kita mengambil pengajaran daripadanya bererti kita memandangnya dengan mata hati."

"Singkatnya perjalanan yang hakiki adalah jika perjalanan dunia ini tersembunyi darimu,hingga engkau melihat akhirat itu lebih dekat kepadamu berbanding dirimu sendiri.."

Sahabatku...Adakala Allah memberikan kita kesenangan dunia tapi Dia tidak memberikan kita taufik dan pemahaman.Kadangkala Allah tidak memberikan kita kesenangan dunia tapi Dia berikan kita taufik dan pemahaman.Bagaimana jika Allah tidak memberikan kita kesenangan dunia dan juga tidak memberikan kita taufik dan pemahaman?

Sahabatku...kehidupan ini tidak dapat dibeli sesungguhnya.Kematian akan tetap menghampiri.Dan rugilah bagi mereka yang diberi peluang mengembara di dataran kehidupan tetapi lupa jalan pulang.Yakni lupa Tuhan.

Hidup ini adalah sebuah penjara yang indah!
Di dalamnya kita terperangkap lalu mengenal diri.
Di dindingnya kita mencatat rasa luahan dari kurungan.
Lalu kita mula menyedari diri siapa kita!
Didalam kurungan itulah kita mengenal diri,mengenal cinta.
Di dalamnyalah kita mengenal doa,mengenal harap. 

Hidup ini adalah sebuah penjara yang indah!
Dari karangan bebunga derita,kita lurutkan tasbih cinta
Dari jejaring besi dunia,kita mengharap cahaya.
Lalu kita seru cinta,kita seru nama-Nya.

Demikian indah hidup ini...
Walaupun ia hanya sebuah penjara.
Dari penjara inilah kita melihat betapa indahnya sebuah kematian.
Betapa indahnya untuk bertemu DIA!

#IzinkanMimpiBerulang  #ZaharahMuhammad 

P/S : Nasihat untuk diri sendiri dan sang pembaca.Ini saja yang mampu saya berikan buat entry kali ini.Kata-kata yang saya petik dari novel yang memberi seribu satu manfaat dari awalnya hingga ke akhirnya.Sebenarnya banyak lagi kata-kata yang berfaedah yang terdapat dalam novel ini tetapi tak cukup masa.Semoga bermanfaat!!

Assalamualaikum, #NakBalikAsramaDah


Story Morry About Ramadhan


Syawal dah nak datang.Ramadhan dah nak pergi.Ramai gila yang tak sabar nak raya.Dah tu adalah beberapa kerat yang tak sabar gila nak raya then dia tempah baju awal dekat tailor then sehari sebelum ramadan dah nak tuntut baju dia.Kalau tailor tak siap lagi baju tu,mulalah depa nak naik hangin satu badan.Kata baju tak siaplah apalah.Masalahnya raya lambat lagi yang depa ni dah kenapa?Bukannya depa pakai pun bila tuntut awal.Buat habuk dalam almari jer.

Dah tu ada pulak jenis yang marah tailor tak tentu pasal even tu memang salah dia sendiri.Contohnya kan,tailor suruh si customer ni datang pukul 3 petang ambil baju then si customer ni datang pukul 9 pagi.Haish tak korek telinga ke pebendatah manusia cam ni.Aku pun tak faham.Pastu bila datang kedai mulalah mengata "akak ni pandai jahit ke tak?" "Lambatnya siap?" Hoi orang kata pukul 3 yang kau datang pukul 9 tu pahal?Kena sampuk dah?

Orang macam ni senang jer cara nak atasi....BAGI BALIK KAIN.Mudahkan?Pergi buat kat tempat lain yang depa rasa lebih cepat,efektif dan boleh siap dalam masa satu minit satu saat.Alah orang kalau pakai labuh camana sekalipun kalau hati tu dah busuk,tak guna pun.

OK then dekat sekolah asrama aku pulak dilanda musibah conjunctivitis or pinkeye pebendetah.Then ada lagi penyakit2 yang sekaki dengannya such as scabies.Sejak Isnin 21/7 sedikit demi sedikit pelajar SEMESRA berkurang,especially pelajar lelaki.Kiranya pelajar lelaki ni lagi pengotor.Muahaha XD.And then bila tengok diorang semua boleh balik awal rasa terkilan jugak.Pastu ada pulak yang jenis macam ni...dia ambil air mata kawan dia yang kena conjunctivitis tu then dia sapu kat mata.Merana kau!Jadilah MR REDEYES.Hahaha!Tulah gedik sangat.Orang minta sihat kau minta sakit.Tak ke kau fikir,bila kau dapat balik awal dengan cara kotor macam tu...family kau boleh berjangkit sekali?Sebabnya penyakit ni mudah berjangkit dengan sentuhan.Haha mana tahu satu family kau digelar REDEYES FAMILY.Wow!Menarik.Frasa menarik.

Then masa hari jumaat 25/7 ialah hari terakhir kitorang di asrama untuk bercuti raya selama seminggu.Hari tu ada majlis khatam al Quran,masa tu aku kurang fokus sebab jiwa aku dah ada kat rumah.Tak sabar nak balik.Muahaha XD Alhamdulillah mata aku sihat.Masa malam sebelum tu iaitu Khamis malam,aspura menjalankan kegiatan bergotong royong membersihkan kawasan asrama.*amboi ayat.Baku betul* Daripada pengetua sampailah ke pelajar semuanya 'turun padang'.Pelajar lelaki tinggal 100 orang something.So memang patut pun Cikgu Azman kata kaum lelaki ni dah pupusss.Kalau selalu saf dekat surau tu 6,7 saf.tiba-tiba jadi 3 saf jer.Muah :* To be honest aku rasa happy yang amat sebab aspura dah sunyi dan lengang.Kalau ramai,korang akan dikelilingi dengan carutan-carutan yang menyakitkan telinga.Setiap satu saat akan ada satu carutan.Wow!What the heck?!Tu pun dah tinggal 100 orang pun masih ada lagi beberapa kerat yang tak pupus.Haish tolonglah berambus dengan cepat.Baik perempuan baik lelaki sama jer.Takde beza pun.

Sorry to saylah kalau entry ni dah macam laporan Karam Singh Walia..cuma takde peribahasa jer.I dont care.Semangat rayalah kononnya.Padahal lagi sehari jer.Haha.Entry ni aku buat pada jam 3 pagi hari sabtu 26/7.Wow!Menarik.Frasa menarik.K merepek -_- 

Hmm aku nak cerita apa lagi eh?Hmm jap.Nuds kan selalu ada dengan karya dia yang bertajuk KALAU...so aku pun nak buatlah bagi menamatkan sesi entry aku sempena ramadhan special nih.Hahaha *bajet tul hang*

Gembira ke raya kita kalau...
  • dapat cuti raya awal tapi sakit
  • dapat raya di rumah jer sebab dikuarantinkan
  • baju raya tempah awal,siapnya awal tapi belum sampai raya baju dah kena gigit tikus. -_-
  • pakai menutup aurat selabuh alam tapi mulut sakitkan hati orang
  • beli mercun banyak2,last2 tak sempat beli baju raya sebab dah beraya di hospital
  • dah hias rumah lawa-lawa,tiba-tiba rumah kena rompak.
Hmm maybe sampai sini jelah kot entry special ramadan aku hahaha.Sorry kalau ada ayat yang tak sedap didengar.Sensitive dan yang sewaktu dengannya.So bye.Dont let this syawal become Syawal Yang Hilang.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.Salam Syawal

Sometimes...

Friendship is one of the most beautiful relations of all.Sometimes I wonder God has given us so many relations to cherish where each one of it having its own importance in our life.Friendship is the only relation out of all which is apart from caste,class,blood or status.So why do we need friends?What is the importance of friendship in our life?After wondering a lot,I got my answer.Whenever I am upset,they are the first one who notice that sadness in my eyes,no matter how hard I try to hide it behind my smile.Whenever I am stuck in my problem and have no solution,no matter how serious the issue may be,they are the one who provide me the best possible way out of it.Whenever I need a company they are the one who come to me and make me laugh leaving behind other things.Even if it is about convincing parents for a night out or going to a friend's birthday party at discotheque,friends are best in their job.They are the people with whom everything can be discussed without a pre-thought that it is personal...
 
Amir Rusyaidi©