Achieve Your Dreams, First!

Assalamualaikum and Hi stalker-stalker sekalian alam! Oh yeah macam biasa aku ada entry terbaru yang tak berapa nak segar sangat.. Tapi still datang dari ladang yang terbaik.. Haha apa aku merepek ni.. Blergh.. Ok so let's we start satu persatu cerita sensasi masa kini. Lewlsss..

Ok firstly, sekarang ni aku tengah duduk dalam fasa mengapply dan menunggu biasiswa serta UPU. Memang everyday aku akan cari penaja-penaja biasiswa yang sesuai untuk aku. Tapi bila kawan-kawan kat grup whatsapp some of them dapat call , email bagai daripada pihak penaja seperti BNM, dan yang sekaki setangan dengannya aku be like "what?! Kenapa kau tak pilih aku? Aku ni tak layak ke?" Amir Rusyaidi berpijaklah di atas bumi yang nyata.. Kau buat essay 250 words ambil masa 12 minit 30 saat memang tak ah dia nak terima kau. Soalan pun satu jer.. Haih kalau sesi interview ambil masa 12 minit satu soalan aku rasa aku orang pertama yang ditolak dulu. Haih sungguh tak relevan.. -_-

So aku sekarang ni tengah mengapply PNB punya scholarship.. well kat situ dia taja untuk Penulisan Kreatif even aku tak tahu apa itu penulisan kreatif dan otak aku ni pun asyik interpret katanya penulisan kreatif tu dia ajar kita cara nak tulis novel, so aku hentam sajalah. Lagipun, aku pun sekarang ni tengah dalam fasa beristikharah.. tak tahu nak ambil apa. Nak ambil pelancongan, ada diploma je pastu kena ambil masa 2 setengah tahun haish memang tak ah.. Baik ambil asasi setahun pastu terus degree pelancongan. Tapi aku tak nak sainsssss!!!

So aku terpaksalah mengharungi asasi setahun tu pun kalau aku nak local punyalah. Kalau dapat tajaan biasiswa hmm akauntan lah jawabnya...sebab kebanyakan biasiswa aku ambil akauntan.. Tapi kalau ikut hati, aku rasa aku sambung local je kot.. Even hati aku ni daripada kecil lagi teringin nak naik aeroplane and go to oversea.. Aku teringin nak pergi luar negara!!

Teringin nak sentuh menara Eiffel punya structure, nak tengok bangunan Eiffel tu diperbuat daripada span ke besi ke batu kelikir hahaha, then I nak pergi Switzerlandddd, nak kutip bunga edelweiss then nak cari dandelion!!! OMG!! 

Its Not The End


Assalamualaikum and hai again. I'm so tired yesterday. Semalamlah penuh debaran and debaran dah hilang hahaha. Masa on the way pergi sekolah, tepat pukul 10 pagi aku hantar sms kat KPM and after 5 to 10 minutes I got the result.. Hahaha tanpa rasa kesal sikit pun, aku tengok keputusan spm tu.. Memang tak surpriselah bila dah tahu, kan?

Time cikgu umum nama aku, ya ampun meremang habis. Alhamdulillah 49 orang mendapat A lurus for my school and 4 students dapat A plus lurus. Kembang kempis deh aku sampai tebal muka seinci bila cikgu umum pelajar pertama dapat 9A plus.. and bila sebut je nama pertama itulah aku meremang je.. Ya Allah memang sebak sangat.

Then yang paling buat aku sebak sangat tu setiap nama yang aku sebut dalam doa ada yang naik ke pentas... Aku gembira sangat tengok diorang gembira. Tahniah korang sebab dapat seperti apa yang diimpikan walaupun tak dapat straight A plus pun tapi bersyukurlah atas nikmat tu.

Kepada Valeds II and semua, korang dah cuba yang terbaik dan apapun keputusan yang korang dapat sentiasalah bersyukur kerana Allah tahu apa yang terbaik.

SEMESRA DALAM KENANGAN

Thanks Valeds II and penghuni SEMESRA termasuklah guru-guru, tukang cuci, kerani, penjaga makmal dan lain-lain for great 2 years. Aku doakan setiap satu berjaya mencapai apa yang diimpikan dan sentiasa berada dalam lindungan Allah. Semoga dipertemukan dengan manusia-manusia yang baik dalam hidup serta jodoh yang baik. Semoga berjaya kalian semua dunia akhirat. Yang pasti kehidupan pada masa akan datang lebih mencabar. Jangan hentikan usaha sampai sini. Jadilah orang yang bijak memilih jalan kehidupan kerana adakala apa yang muncul di depan mata adalah tipu helah syaitan semata-mata.

Nanti kalau terjumpa ke, ternampak ke, terserempak or terlanggar aku kat mana-mana.. tegur k lagi-lagi kalau jumpa aku kat U and satu course pulak tu kan?

Erm so yah! Setinggi-tinggi penghargaan buat semua watak antagonis dan protagonis yang muncul dalam pentas kehidupan aku semuanya menjayakan watak masing-masing dengan baik dan penuh penghayatan. Kadangkala korang jadi watak antagonis tu dan akulah protagonis dan adakala akulah antagonis itu dan korang pula protagonis.

Bersabarlah selagi mampu..
Senyumlah selagi kuat...

#RoadToIPT



Assalamualaikum and hi readers! Ok so as you know now I am currently waiting for my SPM result to come out based on my last post. So don't stop praying!

Memandangkan SPM result dah nak keluar and my friends dalam group whatsapp semua dah kecoh pasal scholarships bagai ni so why not aku pun try bersemangat macam diorang. Ada kawan-kawan aku yang dah masuk UPM because they got fast track. Haha memang diorang selalu gak ah cite ada examlah apalah semua. Aku memang tak mohon sebab tak ada course yang aku minat lorhhhhh..

Then semalam aku cek blog kak Maria Elena kan and aku baca past entry dia pasal nasihat nak masuk U.. jap eh *tengah cari link* haha. Ok dah jumpaaa!! Click here ok!! Interesting gak ah entry tu.. Santai and lek lek je.. Bahasa inggeris dia pun not bad haha I mean senang ah nak faham. Aku tak tahu kenapa time dia kata kepada haters english language tu aku sentap sikit. Sikit ah tak banyak pun. Even aku ni takdelah benci manapun bahasa inggeris. Aku bukannya tak suka tapi kurang minat but when kak maria said yang dia pun takdelah pandai mana pun BI just dia practise practise practise and lastly dia akan terbiasa.. And time aku kerja part time ni pun banyak gak aku guna bahasa inggeris. So entry Kak Maria such an inspiration for me to learn more, more and more.. Lastly aku jadi jatuh cintan cintun dengan bahasa inggeris.. Tak pandang bahasa lain dah hahaha

Aku ingat lagi betapa kecewanya aku dapat C masa percubaan SBP tahun lepas.. Then aku buat essay banyak banyak and bagi cikgu aku tanda. Haha naik B masa trial JPNS. Huh! Setakat ni tak pernah lagi A for real exam. But always bersyukur.

Sekarang ni masih tengah godek-godek biasiswa yang sesuai untuk aku apply. Aku pun tak tahu apa yang sesuai for me. Nak ambil medic pun hahaha Biology aku pun aku memandai buat teori sendiri ni kan pulak medic.. Memang tunggang terbaliklah jawabnya.. So tetiba malam semalam tak tahu camana boleh dapat ilham tentang bidang pelancongan. Ayah aku yang syorkan untuk aku hahaha. Wuu.. macam menarik je kan? 

So aku pun godek-godeklah skandal aku Cik Minah Google. Just now I read an entry about tourism & management course in UiTM at this blog. Menarik sangat-sangat and macam satu motivation untuk aku. Solat Istikharah and Hajat lepas ni banyak-banyak semoga Allah bagi petunjuk. By the way, aku minat gila-gila tourism course ni. Baca komen komen orang semua tadi about this course hmm menarik gak.. Just nak practise more and more je english language.

Yang pasal third language tu hmm aku rasa bahasa indonesia kot pilihan aku hahaha.

So insyaAllah aku akan buat satu entry fully english haahaha . Kalian ok aja akan? Bisa dongg.. K adios xoxo!

Hari ni bisa update blog kerna nggak ada jembalang or kuntilanak duduk atas line..

Count Down For SPM Results Day

Yasmin Mogahed words so so calming me down.
Assalamualaikum and hi! Huh.. dup dap dup dap lagi beberapa hari saja keputusan SPM 2015 akan diumumkan. Sekarang ni mula belajar untuk redha dan bersyukur walau apa saja keputusan yang akan aku terima. Usaha dah dilakukan. Tinggal hanya bertawakal dan berdoa kepada Allah agar kuatkan semangat. Hehehe!

11 hari dari sekarang. Rasanya keputusan SPM dah siap cetak kot. Entahlah. So tinggal tunggu dan tengok jelah. Dalam hati ada niat tak nak pergi sebenarnya huhu, tapi memandangkan itulah hari yang paling aku nanti-nantikan setelah dua tahun aku berada di upper form. Lewls... Dan itulah hari kebebasan aku dari zaman persekolahan yang penuh rencah gila, sengal, pandai, kelakar, sibuk, sedih, gembira, kecewa dan semuanyaaaa!!! Kalau dulu aku hanya memerhati je abang and kakak aku dapat result semua dan sekarang aku sendiri yang akan merasai pengalaman tu. Life is a cycle, right?

Even ada jugak ah rindu sikit kat budak kelas 5A and also budak-budak asrama , sikitlah tak banyak pun.. Takdelah sampai nak menangis minta putar masa bagai takdelah kot. Cukuplah doa yang aku sampaikan agar mereka semua berada di bawah lindungan Allah S.W.T.


Their thought, their laugh, their attitude and everything about them still terngiang-ngiang kat telinga dan fikiran sampailah sekarang. Yang rendah diri, yang terlalu baik, yang kejam, yang tak senonoh, yang santai, yang kelakar, yang pelik, yang pandai, yang mulia,yang kasar, yang lemah lembut semuanya bercampur baur menjadi satu membuatkan mereka melengkapi antara satu sama lain.

Macam tak percaya hidup aku pernah dikelilingi mereka semua. Wow sekejapnya masa berlalu!

They like alstroemeria flower that teach me about friendship and how to withstanding trials in everyday life because this flower has so beautiful colour that can attract people attention.

11 Mac pula ada Graduation Day dan kena bayar RM80.. Bila sekolah kenakan caj RM80 semua macam complain bagai dan aku just krik krik krik like that. Malas nak ambik port sebenarnya. RM80 untuk hari graduasi complain bagai tapi kalau bab dinner kat hotel bagai RM Satu Bilion pun sanggup bayar hahaha.
So sekarang ni hanya tunggu dan lihat saja keputusan SPM aku. Pray a lot!

Tragedi Malam Itu...


2015

Malam itu hujan lebat sungguh disertai kilat dan guruh yang saling berdentum. Aku balik rumah lewat pada malam itu kerana ada urusan kerja yang masih belum selesai di pejabat. Jam menginjak pukul 11 malam. Jalan raya agak lengang. Hanya ada tiga empat kereta yang kelihatan. Hujan pula masih belum berhenti malah bertambah lebat mengehadkan penglihatanku.

Sedang asyik mataku fokus ke arah jalan raya, aku mendapat satu panggilan telefon.

"Hello, Gan!" suara Marissa nyaring melalui corong telefon bimbitku.

"Ya, Mar? Ada apa kau telefon aku ni?"

"Aku mahu bagitahu sama kau.. lif apartmen belah kanan terhempas petang tadi."

"Lagi sekali? Hari tu belah kiri, hari ni belah kanan pula? Apa sudah jadi maaa?" soalku sambil menghalakan kereta ke arah sebuah stesen minyak Petronas untuk pergi ke tandas.

"Aku pun tak tahulah, Gan.. Ramai orang sedang tengok lif yang terhempas ni.. Pihak bomba dan penyelamat akan datang sebentar lagi."

"Ada orang tak dalam lif tu?"

"Hmm.. tak pasti. Sedang tunggu bomba datang."

"Oh oklah kalau begitu. Nanti apa-apa hal kau telefon aku balik. Bye!"

Aku terus menekan butang merah pada telefon sebaik saja keretaku diparkir di sebelah bahagian tandas dan surau.

Tatkala aku hendak menuju ke tandas, aku terlihat ada seorang pencuci lelaki yang agak tua sedang mengemop lantai. Dia mencerlung kepadaku. Aku jadi serba tak kena. Takut pun ada. Namun aku memberanikan diri untuk menyapanya.

"Hello, pak? Saya ini memang selalu ke sini untuk mengisi minyak tapi... tak pernah pula saya nampak bapak di sini." aku bernada Indonesia sedikit kerana dari gaya pak cik ini dia seperti warga Indonesia.

Dengan pandangan yang agak menyeramkan, dia menjawab persoalanku, "Saya Ashril.. Panggil saja saya Pak Ashril. Saya pekerja baru di sini..." Nadanya agak perlahan tapi masih jelas kedengaran.

"Oh, patutlah saya tak pernah nampak Pak Ashril sebelum ni. Saya pergi tandas dulu ya! Selamat bekerja Pak!" aku mula menapak selangkah namun belum sempat masuk ke tandas dia memanggilku. Aku menoleh ke belakang.

"Nyonya!"

"Ya pak! Ada apa?"

"Jangan masuk ke kubikel belah kanan!" dia memberitahu tanpa memandang wajahku malah membelakangkanku. Tangannya ralit melakukan kerja mengemop.

"Kenapa ya, pak? Sebelum ini ok saja kok!" aku menyoal dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Nggak usah banyak tanya. Ada tragedi yang berlaku sore tadi di situ. Mayatnya masih basah. Tidak ada yang mahu peduli kerana orangnya banyak dosa yang belum diampunkan." Nadanya mendatar saja.

"Mayat?" soalanku dibiarkan kosong tanpa jawapan. Tanpa berlengah lagi, aku terus masuk ke tandas dan menuju ke kubikel belah kiri.

Suasana di dalam tandas itu sunyi sepi. Lengang tanpa sebarang suara kerana jam menunjukkan 12.30 malam. Dari tempat parkir lagi hanya ada kereta aku saja. Bahagian mengisi minyak juga kosong.

Selesai membuang air kecil, aku membasuh tangan di sinki sambil membetulkan rambutku yang agak kusut. Cermin itu memantulkan kubikel kanan yang pintunya tertutup rapat bagaikan ada orang di dalamnya. Mengingatkan pesanan pak cik tadi aku berasa sedikit takut kerana katanya ada mayat di dalam. Namun aku memberanikan diri untuk membuka kubikel tersebut.

Setelah pintu kubikel ditolak, tidak ada apa-apa mayat. Hanya ada mangkuk tandas,lantai berjubin,paip dan tangki air dan juga seekor lipas yang mati. Tandasnya juga bersih. Aku tersenyum kecil.

"Lipas saja maa.. Pasti pak cik ini mahu bergurau dengan aku." aku terus melangkah keluar daripada tandas dan mataku melilau mencari pak cik tadi. Mujur masih ada dan aneh... dia masih mencuci tempat yang sama dan tidak berganjak walau seinci.

Aku melangkah perlahan-lahan menghampirinya.

"Pak Ashril..." aku menyentuh bahunya. Serentak dengan itu dia menoleh. Aku terkesima melihat wajahnya kerana dia bukan lelaki tua yang berbual bersama aku sebentar tadi tetapi seorang pemuda dalam lingkungan 20-an.

"Ya, cik! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal pemuda itu dalam senyuman.

"Oh, tidak ada apa-apa. Tapi.. boleh saya tanya sesuatu?"

"Boleh saja cik!"

"Ada tak seorang lelaki tua dalam lingkungan 50-an bekerja di sini? Tak silap saya namanya Pak Ashril."

"Pak Ashrilnya sudah mati petang tadi."

Meremang bulu tengkukku setelah mendengar pernyataan daripada pemuda tersebut. Terkedu aku seketika.

"Err.. sudah mati?"

"Kenapa cik?"

"Tidak ada apa-apa. Apa sebab kematiannya?"

"Kata orang yang tinggal sama apartmen dengannya, dia mati dalam lif. Lif itu terhempas. Badannya hancur dan daging-dagingnya terpeleset ke dinding lif. Kematiannya itu sungguh mengerikan. Saya sendiri tidak tahu."

Lif terhempas? Entah mengapa fikiranku terus saja teringat akan kata-kata Marissa. Mungkinkah kematian Pak Ashril ada kena-mengena dengan kejadian lif terhempas di apartmenku?

Aku terus melangkah menuju ke kereta sesekali mataku melirik ke arah pemuda itu. Aku menjadi seram sejuk dan tiba-tiba saja bulu romaku meremang seluruh anggota badan kerana aku perasan matanya itu tidak berkelip daripada memandang aku. Malah panahan matanya itu begitu menyeramkan. Itu yang aku rasakan tika itu.

Dalam perjalanan, fikiranku terus menerawang. Satu persatu insiden yang berlaku sebentar tadi berulang tayang di minda membuatkan aku menjadi buntu. Jalan pula semakin gelap dan lengang. Lereng-lereng bukit yang memang terpaksa aku laluinya kelihatan agak menyeramkan ditambahkan lagi dengan suara anjing menyalak dan suara sang cengkerik serta katak yang saling bersahutan.

Tiba-tiba, pintu keretaku diketuk kuat berkali-kali bagai ingin tercabut pintu tersebut. Aku sungguh terkejut dan panik. Aku tidak tahu makhluk apa yang mengetuk pintu keretaku di tengah-tengah jalan raya sebegini. Ingin saja aku menangis tika itu. Bunyi ketukan yang bertalu-talu itu diikuti pula dengan bunyi cakaran.

Aku segera memberhentikan kereta di bahu jalan sebelum perkara yang lebih buruk berlaku pada aku. Bunyi ketukan dan cakaran itu semakin kuat membuatkan tubuhku menggigil dan jantungku berdegup kencang. Peluh merenik di dahi. Telefon bimbitku dicapai dan nombor Marissa segera didail.

"Marissa! Kau kena tolong aku! Cepat! Ada sesuatu ketuk kereta aku ni! Tolong aku!"

"Gan! Kau kat mana? Aku pun tengah panik sekarang ni. Kau ni Gan ke?!"

"Yelah ni aku!! Kau kena tolong aku cepat! Aku kat simpang tepi jalan dekat dengan rumah ni."

"Habis tu kat rumah sekarang ni siapa? Dia ada kat luar weh! Kat ruang tamu! Aku kat dalam bilik ni!"

"Kau biar betul? Gan, aku syorkan kau jangan keluar! Tolong dengar cakap aku!"

"Kalau macam tu, macammana aku nak tolong kau?!"

"Something not right! Ketukan ni makin kuat.. Aku takut.."

Tut..Tut.. Tut..

Telefon bimbit terlepas daripada tanganku. Terketar-ketar jari-jemariku apabila melihat seorang lelaki tua yang tidak berwajah berdiri di sebelah keretaku seolah-olah memerhatikanku. Tangannya mengetuk-ngetuk cermin tingkap keretaku. Aku tidak sanggup melihat dia dengan bajunya yang berlumuran darah. Sungguh meremang bulu roma. Aku segera menutup kedua-dua telinga.

***
Kedengaran beberapa suara datang saling bersilih ganti menerpa cuping telinga. Cahaya-cahaya putih melintasi retina mata secara berterusan. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan namun cahaya dari luar terus menyucuk-nyucuk membuatkan pandanganku berbalam dan perit. Apabila disedari ternyata hari sudah siang.

"Cik, bangun cik!" kelihatan seorang wanita tua yang bertudung mengejutkan aku. Di sisinya terdapat beberapa orang lelaki dan perempuan yang turut memerhati dan mengejutkan aku.

Syukur hari sudah siang. Tak sangka aku boleh sampai tertidur di sini akibat ketakutan yang melampau. Seusai mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan mereka, aku kembali meneruskan pemanduan menuju ke apartmen.

Setibanya di lobi apartmen dan sambil menunggu lif kiri terbuka, aku terpandang lif sebelah kanan yang sudah ditutup buat sementara waktu dengan meletakkan 'tape' merah dengan tulisan 'DILARANG MELEPASI KAWASAN INI'.

"Gan.." seseorang menyentuh bahuku. Spontan aku menoleh.

"Marissa!"

"Lif tu dah ditutup untuk selamanya atas alasan yang tertentu. Pihak bomba kata ada mayat lelaki tua dalam tu dengan mukanya yang sudah pecah. Mayatnya dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Semalam aku diganggu oleh makhluk halus yang menyerupai kau. Lepas aku keluar dari bilik, aku nampak ada seseorang yang berambut panjang dan wajahnya yang mengerikan duduk mencangkung di atas sofa tak berhenti pandang muka aku. Aku pun apa lagi cepat-cepat keluar dari rumah. Aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

"Apa dia?"

"Sepanjang kau tinggal kat sini selama 10 tahun, kau kenal tak Pak Ashril?"

Sebut saja nama Pak Ashril terus fikiranku teringat akan wajah tua yang berbual dengan aku di stesen minyak malam semalam. Jantungku mula berdegup kencang. Aku hanya menggeleng dengan dahi yang dikerutkan.

"Dia tu sebenarnya penghuni sebelah rumah kita."

"Apa yang kau cakap ni? Sebelah rumah kita tu rumah kosonglah dah 10 tahun tak berpenghuni."

"Aku pun sebenarnya tak tahu macammana benda ni boleh terjadi.. Pak Ashril tu telah melakukan pemujaan syaitan selama kita tinggal di sini dan apa yang lebih menyedihkan..." Marissa berjeda seketika. Dia seperti berada dalam ketakutan. "...dipercayai setelah kematiannya, syaitan-syaitan pujaannya akan mencari tuan baru. Kau tahu tak siapa tuan baru tu?"

"Tak..."

"Tuan baru tu... ialah kau Gan.."

Aku terkesima mendengar pernyataan tersebut. Tersekat-sekat nafasku bagai dihempap batu besar. 

"Pak Ashril telah menetapkan kau sebagai tuan baru syaitan pujaannya. Kalau kau membantah maka kau akan diburu sampai mati..."

***
2005

"Boleh cik baca benda ni untuk saya?" soal lelaki tua bertopi yang tidak aku kenali. Barangkali dia tidak tahu membaca.

Aku terus membaca apa yang tercatat di atas kertas yang diberikan oleh lelaki tua tersebut. Aku bagai dipukau kerana tidak menyedari sedikitpun apa yang aku baca dan apa yang aku hadapi tika itu.

Apabila tersedar, lelaki tua tersebut sudah menghilangkan diri dan lesap entah ke mana...

***
2015

Sungguh lidahku terkelu. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Kepalaku terasa dihempap bebanan yang berat. Akhirnya, aku terus jatuh terjelepok dan setelah itu duniaku bertukar menjadi kelam. 

Dalam pada itu, berpuluh-puluh ekor jenis syaitan mengelilingi tubuhnya yang kaku sendiri. Mungkin saat itu, syaitan-syaitan itu sudah bersedia untuk bertuankan Gan. Roh Pak Ashril terus bergentayangan di langit seolah-olah mencari mangsanya yang seterusnya..

Kerana Sepucuk Surat Pos Lajumu


Akhirnyaaa!! Siap juga cerpen pertama. Sebelum ni ada gak buat cerpen tapi tak pernah sampai ke ending ahahahaha!

1995

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat sudah bermula. Berpusu-pusu pelajar tingkatan 4 dan 5 keluar dari kelas masing-masing dan menuju ke kantin serta koperasi. Daripada bersesak, aku dan Aina lebih rela melepak di dalam kelas sambil berbual-bual kosong. Kadangkala ada saja gosip artis luar negara yang menjengah di pemikiran kami untuk diutarakan.

Tiba-tiba sedang seronok kami bergosip sambil bertepuk tampar sakan, datang pula pengawas yang bajet 'hot' di mata aku dan Aina. Aku dan Aina memang anti gila dengan dia ni. Poyo nak mampus!

"Oh, bergosip je kerja eh?" kata pengawas yang tak diundang itu. Harris Jaffery Al Ikhsan namanya. Ala-ala orang arab gitu namanya. Tapi muka takdelah orang arab mana. Muka kuning langsat.

"Perlu ke tulis dalam buku 555 tu?" aku menyoalnya penuh sinis tatkala pen yang dipegangnya menari-nari di atas buku nota 555 itu.

"Perlulah. Ini dianggap sebagai satu kesalahan. Bergosip pun dapat dosa tau. Kau ni perlu dikenakan tindakan kauseling." Harris terus berlalu.

"Ek eleh.. payah ah mamat ni." Aku mula memprotes.

"Sabar, Sarah. Kau ni macam tak kenal dia je.. "

"eee... aku bersumpah seumur hidup aku takkan jumpa dia lagi lepas ni dan juga orang-orang yang sama perangai sewaktu dengannya."

"Kalau jumpa jugak?"tiba-tiba, tersembul wajah Si Harris poyo ni di tingkap sebelah tempat duduk aku. Mahu tak terkejut. Nasib baik takde sakit jantung. Kus semangat!

"Takde maknanyalah aku nak jumpa kau! Aku nak ke luar negara kau tahu? Aku nak lupakan semuanya, poyoooo!!"

Itulah kata-kata terakhir bersama lelaki paling poyo yang pernah aku jumpa. Aku berharap impian aku menjadi kenyataan.

30 September 2003

"Hey, stalker!" Qeela, rakan serumah aku tu suka benar menyakat aku. Bilik aku ni memang sudah menjadi tempat melepak dia apabila dilanda kebosanan.

Aku yang sedang khusyuk meninjau akaun penyanyi kegemaran aku segera log keluar kerana malas diganggu Qeela. Nanti banyak pula soalan daripadanya. Kalau tak kena dengan jiwa, ada sajalah nak membebel.

"Sarah, aku dengan Aina tak lama lagi nak kahwin dah. Kau tu bila lagi? Duk menghadap laptop ni 24 jam bukan jumpa jodoh kau pun." Qeela mula bersuara setelah melabuhkan punggungnya di birai katilku.

"Hmm.. alah nanti jodoh aku sampailah tu. Jodoh ajal maut semua kan kat tangan Allah. Bukannya aku yang kena cari." Itulah jawapan aku setiap kali diajukan soalan yang sama. Bosan! Getus hati kecilku.

"Bukannya kau tu tak sampai jodoh, Sarah... Ada yang nak kat kau tapi kau tu je yang jual mahal. Tu Adri anak Pak Husin Ngok Ngek pekan sebelah, dia masuk meminang kau tolak. Iqbal, lelaki yang satu tempat kerja dengan kau  and dah melamar pun, kan. Kau tolak jugak!" Mulalah Si Qeela ni membebel.

"Qeela sayang.. Adri tu dah ada isteri tau tak? Dah beranak pinak pun. Takkan aku nak bermadu pulak jadi isteri nombor dua pulak tu. Kau gila ke? Kalau kau jadi aku pun kau tak nak, kan?"

"Iqbal?"

"Iqbal is not my tastelah.. Dia handsome tapi.. hmm aku memang tak berkenan langsung dengan dia."

"Ok.. in that case, you tell me ciri-ciri lelaki macammana yang jadi idaman kau?"

"Susahlah nak cerita tapi yang pasti dia misteriussss bak kata orang indonesia.. Hahahaha!" Terburai tawa aku bernada sebegitu.

"Oh.. kalau kau nak yang misteri, apa kata kau cek nama penerima barang pos laju yang nama dia ala-ala eksotik gitu. Kau, kan kerja dekat pos laju lagi senang nak cari lelaki misteri. Nanti lepas dah tengok nama yang sedap-sedap, kau tengok pula alamat dia pastu kau trylah pos barang ke pos surat ke? Mana tahu tu jodoh kau hahahaha! Ni cadangan akulah..."

Aku cuba menghadam satu-satu perkataan yang keluar dari mulut Qeela. Hmm.. aku terdiam sejenak. Ada benar juga kata-katanya itu. Menarik. Hatiku tersenyum riang. Pelbagai rancangan sudah diatur.

"Hmm.. geliga juga kepala otak kau ni. Tapi kenapa perlu cari nama yang eksotik?"

"Hihi.. tu pilihanlah sebab bagi aku orang yang nama eksotik ni ciri-ciri dia pun eksotik gak."

1 Oktober 2003

Awal-awal pagi lagi aku sudah terpacak di depan bangunan pos laju. Semata-mata ingin mencari nama penerima yang sesuai untuk aku membuat misi gila aku, aku sanggup bangun awal pagi.

Satu per satu borang penerima aku belek. Setakat ni takde pulak nama yang berkenan di mata aku.

Hafiz. Hakim. Aiman. Amir. Alif. Hairul. Haish.. nama biasa-biasa je. Eh, apa kata kau jangan tengok nama dulu Sarah... kau tengok alamat dia dulu. Kalau alamat dia kat area orang kaya, baru kau tengok nama. Mana tahu tersangkut dekat anak orang kaya hahahaha! 

Belek punya belek akhirnya aku terjumpa satu alamat yang terletak di Country Height. Sebut saja Country Height kawasan itu penuh dengan banglo yang memiliki pelbagai reka bentuk. Fikiranku mula membayang jikalau aku menjadi orang kaya. Materialistiknya kau.. Sarah!

Namanya juga agak stail. Ilham Hafizul Mukhriz. Huish! Sah anak orang kaya. Hahaha yakin sangatlah kau dengan dia. Entah-entah orang tua,Sarah. Dah beristeri dah. Haish karang tak pasal-pasal jadi penyebab kemusnahan rumah tangga orang. Naik turun mahkamah kau jadinya.. Oh no no no!Hmm.. tapi hadiah dah sediakan dah.. surat pun dah siap tinggal nak pos kepada penerima je...

Tapi aku bertekad juga untuk menghantar sekeping surat berserta sebungkus hadiah kepada alamat tadi. Tak kiralah apapun terjadi!

Waktu sudah menunjukkan pukul 8 pagi. Orang sudah mula ramai keluar masuk dari bangunan pos laju ini. Aku menjaga kaunter hari ni. Sibuk jugaklah kiranya. Nasib baik ada pembantu.

"Cik, tolong hantarkan barang saya ini ya!" seorang pelanggan perempuan menghulurkan barangannya berserta surat pos laju.

"Kejap eh, puan." ramah aku bersuara.

Tiba-tiba pula aku terasa ingin buang air kecil.

"Myra, tolong gantikan tempat aku sekejap. Hmm sambil-sambil tu tolong tuliskan nama orang ni dekat atas surat pos laju aku. Aku kena pergi ni. Urgent!" Dengan gaya gelabah aku, aku terkocoh-kocoh menuju ke tandas setelah meninggalkan pesan kepada Myra, pembantu aku merangkap rakan sepenjawat.

5 minit kemudian...

Aku melihat meja aku sudah tiada bungkusan dan surat untuk dihantar kepada penerima misi rancangan gila aku. Aku mula panik sekejap. Myra sedang sibuk melayan pelanggan.

"Myra.. mana bungkusan dengan surat yang aku suruh kau tulis nama dan alamat penerima tadi?"

"Aku dah poskan untuk kaulah.." jawab Myra selamba tanpa memandang wajah aku kerana sibuk melayan pelanggan. Tangkas tangannya menyelesaikan urusan cop dan sebagainya.

"Ye ke? Gosh.. thanks so much, Myra. Mudah kerja aku! Hehehe!"

"Hmm... sama-sama. Anyway, kau tak nak salinan borang pos laju tu ke and resit dia sekali?"

"Tak payahlah.. bukan boleh buat makan pun."

"Whateverlah, Sarah.. Nah, ambil kerja kau balik. Banyak kerja lain yang aku nak buat kat belakang tu."

Myra berdiri dan melangkah ke bilik belakang untuk menyelesaikan urusannya. Aku pula duduk di kaunter itu dan melayan pelanggan seperti sediakala.

16 Oktober 2003

Qeela dan Aina baru saja balik dari Sogo membeli barang keperluan untuk hari perkahwinan nanti. Qeela terus menyerbu ke arah bilikku bersama Aina.

"So macammana? Ada apa-apa respons tak?" soal Qeela.

"Dah 16 hari aku tunggu... takde apa-apa pun. Entah-entah orang tu dah mati kot.." jawab aku.

"Hmm.. aku rasa penerima tu orang tualah.. Kau yakin kau hantar dekat Si Ilham apakebendetah nama dia tu aku tak ingat hahaha!" Aina mencelah.

"Ya... aku yakin. Aku dah suruh kawan pejabat aku tuliskan."

"Takpe kita tunggu lagi beberapa hari.. Kalau tak berjalan juga, aku nak kau pilih Si Iqbal tu! Kita naik pelamin sama-sama nanti. Hihihi!" Aina berkata lagi.

"Ek eh.. gedik pulak kau eh? Hahaha! Tak nak aku dengan Iqbal tu... Tak misteri langsung!"

"Ish.. kau ni tak habis-habis dengan misteri. Aku rasa kau ni yang penuh misteri. Senang-senang kau kahwin dengan hantu jelah.. Hiduplah kau dekat dalam hutan amazon tu jadi pontianak." Qeela mula membebel. Aina di sebelah mengekek ketawakan aku.

20 Januari 2004

Kompang dipalu.. Pengantin malu.. Duduk bersanding.. Tersipu malu..

Lagu itu bergema di seisi Dewan Shah Alam pada hari perkahwinan Qeela dan Aina. Aku hanya menjadi pengapit saja pada hari itu. Si pengapit lelaki pula tak sangka Si Adri, anak Tok Husin Ngok Ngek pekan sebelah aku tu. Sempat pula tu dia kenyit-kenyit mata dengan aku. Eee.. mengada-ngada pula laki ni!

"Sarah.. kalau kau pilih Iqbal tu terus kan senang.. Dapat bersanding sekali gus dengan kitorang." cucuk Aina.

"Alah.. takpelah.. Aku nak buat perkahwinan persendirian. Tak nak kongsi-kongsi. Lagipun aku nak buat grand punya nanti dengan tema Winter Wedding."

"Kau ni kalau berangan nombor satu. Over je!"

"Iqbal tu ok apa. Cuba tengok dia tu." Qeela menjuihkan bibirnya kepada Iqbal yang sedang bermain dengan seorang kanak-kanak perempuan di sebuah meja makan. Seronok nampaknya! "Aku tengok dia tu takdelah buruk sangat.. Hmm adalah gaya kebapa-bapaan macam tu. Matang... Pandai melayan orang. Ruginya kau, Sarah!"

"Kau ni tak habis-habis dengan Iqbal tu. Macamlah takde orang lain kat muka bumi ni. Alah.. lagipun dia tu dah nak kahwin dengan Myra pun.."

"Tengok? Tak pasal-pasal melepas kat Myra!" Aina meluahkan rasa tidak puas hati.

"Biarlah dia.. dah jodoh dia."

"Habis tu? Kau masih berharap dekat lelaki misteri misi gila kau tulah?" soal Qeela.

Aku terdiam.

"Sarah.. aku rasa misi kau tu tak menjadilah.." kata Aina.

"Nope! Aku tak berharap pada sesiapa pun.. Aku tak nak kahwin. Aku nak hidup sendiri. Kumpul duit banyak-banyak then merantau ke seluruh negara!" luah aku dengan rasa gembira. Tanpa kecewa sedikit pun.

November 2006

Alhamdulillah dalam masa dua tahun ni aku berjaya merantau ke beberapa buah negara selepas mendaftarkan diri ke Berita Harian sebagai seorang wartawan. Aku ada ijazah sarjana muda dalam jurusan kewartawanan di UiTM dulu. Kini aku menjadi salah seorang kolumnis dalam segmen Jalan-jalan di Berita Harian.

Bukan main gembira lagi aku sebab setiap minggu segmen jalan-jalan akan memaparkan gambar aku merantau ke negara-negara luar seperti Perancis, Itali, Turki, Arab Saudi, Cambodia, , Canada, Australia dan Jepun serta China. Kalau ada masa aku akan memuatnaik gambar-gambar aku di sana di dalam blog peribadi aku. Hihihi! Ada juga aku memberi tips melancong ke luar negara di dalam blog aku itu.

Aku pun dah tak sebumbung lagi dengan Qeela dan Aina. Masing-masing dah ada kehidupan sendiri bersama suami masing-masing. Qeela dah dapat kembar tiga. Memang hingar-bingar habislah rumah dia tu.. Kadangkala sampai tak cukup tangan nak jaga kesemua anaknya yang jantina lelaki belaka.

Aina pun sama dah dapat anak perempuan seorang dan sekarang ni dia sedang berbadan dua. Boleh dikatakan keluarga bahagia masing-masing. Mereka merancang untuk tunai umrah sama-sama dan melancong ke Switzerland hujung tahun ini. Seronoknya!!

Lagi seronok kehidupan aku. Tak perlu fikir pasal anak-anak. Hidup bebas. Aku boleh buat apa saja yang aku suka. Yey!!

Esok aku akan ke Beijing, China pada jam 11 pagi. Kalau boleh aku tak nak balik Malaysia lagi. Aku nak duduk kat luar negara je. Tapi disebabkan aku selesa dengan jawatan yang aku pegang sekarang. Lebih baik aku tinggal je kat Malaysia ni.

Di KLIA...

Sementara aku menunggu pesawat untuk berlepas, aku melepak sekejap di kedai kopi yang disediakan sambil mengemaskini entri blog terbaru. Sedang asyik menaip, aku mendapat satu panggilan. Nombor yang tak dikenali.

"Assalamualaikum.." terdengar suara garau seseorang dari corong telefon.

"Ya waalaikumussalam. Ni siapa ya?"

"Saya Ilham Hafizul Mukhriz. Kenal tak?"

"Ilham Hafizul Mukhriz? Siapa ah? Err.. maaflah saya tak kenallah" aku cuba mengamati nama itu tapi entah aku tak ingatlah pulak. Tapi dia macam kenal aku.. Dah tu dia ada nombor telefon aku pulak tu. Siapa dia sebenarnya?

"Awak ni memang tak pernah berubah dari dulu. Cepat sangat lupa. Cuba awak ingat betul-betul. Kira-kira dua tahun lepas, awak pernah menjalankan satu misi gila. Awak ingat nama saya tak?"

Misi gila? Oh ya! Pap! Aku ingat dia! Dia! Budak Country Height tu. Tapi... mana dia dapat number phone aku? Memang misteri lelaki ni. Di saat aku sudah lupakan segalanya, kenapa dia muncul balik?

"Yes.. saya ingat! Hmm.. tapi mana awak dapat number phone saya. Kenapa sekarang baru respons? Agaknya barang tu dipos ke angkasa kot and then jatuh kat rumah awak selepas dua tahun. Gila!"

"Nope! Awak tu yang gila. Pandang belakang sekejap."

"Belakang?" aku menoleh. Mataku melilau mencari sosok tubuh yang dimaksudkan. Tatkala sudah jumpa, mataku terus tak berganjak. Aku terkesima. Dia? Ilham Hafizul Mukhriz tu dia? Hmm.. boleh tahanlah.

"Awak kenal siapa Myra?" soal lelaki yang tinggi lampai itu; masih melalui telefon kerana jarak antara kami agak jauh.

"Awak kenal Myra?" soalan dijawab soalan. Sengallah kau ni, Sarah!

"Myra tu adik saya!"

"Apa?" Ya Allah.. kecilnya dunia ni. Malunyaaa!! Kenapa dia tak pernah bagitahu aku pun? Sengal Myra. Patutlah sanggup poskan untuk aku. Rupanya ada maksud yang tersirat. Aku tahu dialah yang memberikan nombor telefon ni pada lelaki ini.

"Perasan tak? Antara awak dengan Myra, siapa yang bekerja di pos laju tu dulu?"

"Saya." sepatah aku menjawab. Tapi masih tak dapat menangkap motif di sebalik soalannya itu.

"Hmm.. ok." Kelihatan bibirnya menggariskan satu senyuman. "Awak kenal saya?"

"Ermm... Harris Jaffery or Ilham Hafizul Mukhriz?"

Terburai tawanya mendengar soalan aku itu. Apa yang kelakar pun aku tak tahu...

"Kau ni memang kelakar. Ilham Hafizul Mukhriz tu ayah akulah! Kau menjalankan satu misi tanpa siasatan. By the way, tak sangka nama Ilham itu yang menjadi pilihan hati kau kononnya kau nak bersuamikan lelaki yang tak pernah kau kenal. Hmm menariklah kau ni! Hahaha!" Bahasanya telah ditukar kepada kau aku.

Ilham tu bapak dia? Ah!! Gila aku bagi surat dan bungkusan dekat orang tua.. Memang memerah habis pipi aku. Malu siot!! Sekarang aku dah dapat tangkap maksud dia tentang Myra tadi. Dia hantar Myra sebagai pengintip aku. Ah dia pun gila! Dan aku tahu yang dia sebenarnyaaa... hehehe

"Kau ingat barang ni tak?"

Aku memandang ke arah sebuah kotak muzik yang dipegang Harris Jaffery. Ingatlah! Itulah hadiah yang aku poskan sekali dengan surat kiriman suatu ketika dulu. Tak sangka dia masih simpan. Aku hanya mampu tersenyum dalam hati.

"Kau ni memang gila!" aku terus menekan butang merah dan segera melarikan diri setelah menyimpan laptop aku di dalam beg sandang milik aku. Harris Jaffery hanya melihat tingkah aku dari jauh.

20 Januari 2008

Aku menghadapkan badanku ke arah Pantai Cherating sambil melihat setianya sang ombak menghempas pantai begitulah setianya kasih sang suami terhadap aku. Aku memandang wajah suamiku yang berdiri di sisi aku lalu aku melentokkan kepala aku dibahunya.

Tak sangka dia sanggup mengejar aku sampai ke Beijing. Hahaha! Dia memang gila dan aku rasa kami serasi.

Aina bukan main lagi menyakat aku masa hari perkahwinan aku dengan suami aku pada 20 Januari 2007.

"Oh, dulu bukan main bersumpah lagi kau tak nak jumpa dia. Sekali dah jadi suami pun. Akhirnya kau dimakan oleh sumpah kau sendiri."

"Eh.. bukan dia ok..." aku tertawa.

Qeela pun tumpang sekaki menyakat aku.

"Huish! Kahwin jugak kau akhirnya, kan? Aku ingat jadi andalusia kau sampai ke mati. Hahaha!"

"Hahaha..biadapnya kau ni!"

"Lepas ni bolehlah kita tiga sekeluarga melancong sama-sama, kan?" sampuk Asyraf, suami Qeela.

Anak-anak mereka dah besar belaka. Sekejap je masa berlalu. Comel-comel belaka.

Tapi yang paling aku tak sangka tu aku dapat khabar berita bahawa Harris Jaffery dah meninggal dunia 5 tahun lepas akibat kemalangan jalan raya. Sedih jugaklah. Hanya Al Fatihah yang mampu disampaikan sebagai pengubat rindu.

Baru aku tahu Ilham Hafizul Mukhriz itu ialah kembar Harris dan dia sengaja menyakat aku ketika pertemuan di KLIA tempoh hari yang mengatakan kononnya dia itu Harris Jaffery manakala Ilham Hafizul Mukhriz tu ayah dia. Aku punyalah mati-mati percaya bahawa dia Harris Jaffery. Katanya, dia ingin mengenali hati budi aku dari jauh dengan menghantar beberapa orang pengintip seperti Myra sepanjang aku berada di atas muka bumi ini termasuklah ketika aku menjelajah ke seluruh negara tanpa aku mengetahuinya. Selepas kira-kira dua tahun barulah dia mengambil keputusan untuk menelefon aku iaitu sewaktu di KLIA.

Aku menerimanya sebagai suami aku sebab dia tu abang Myra dan memang dia seorang lelaki yang baik. Hati aku pun memang selesa dengan dia dan hati juga kuat mengatakan bahawa dialah jodoh aku. Hehehe!

Begitulah ceritanya... akhirnya, impian aku untuk berkahwin dengan seorang lelaki misteri dan tidak aku kenali dah pun menjadi kenyataan. Aku harap anak-anak aku nanti semuanya perempuan supaya senang aku nak ajar diorang cara nak cari calon suami hahaha!

Beberapa keping foto bersama keluarga Qeela dan Aina yang kami tangkap sewaktu melancong ke Russia telah aku abadikan dalam bingkai kaca dan aku gantungkan pada dinding rumah aku. Pelbagai gaya dan ragam kini menjadi memori di hati ini yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Kami bercadang untuk melancong bersama-sama pada 20 Januari setiap tahun. Lagi satu, surat yang aku poskan kepada Ilham dulu turut aku simpan dan takkan aku buang kerana itu satu-satunya kenangan pertama misi gila aku. Kotak muzik pula telah dijadikan perhiasan di ruang tamu rumah kami dan sesekali kami memainkannya.

Aku dan Ilham terus menghayati keindahan pantai pada petang itu sambil ditemani beberapa ekor camar yang sedang terbang di angkasa. Sang bayu menerpa lembut ke kulit dan menenangkan hati ini. Aku tersenyum sendiri. Aku bersyukur atas kebahagiaan yang dikurniakan oleh Allah ini. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga akhir hayat kami.

SELESAI

 
Amir Rusyaidi©