Nota Terakhir 2015


Hai kepada semua. Based on the title above we can conclude that, this is the last entry for this year. Yaa... so many things that I faced through this year. Banyak peristiwa yang Amir lalui. Dan tahun ni jugak tamatlah zaman persekolahan selama 11 tahun... Memang tak sangka tahun ni banyak memori disimpan. Banyak benda yang dipelajari. Sayang sebab benda tu semua just memori jer. Takpelah at least ada jugaklah gambar yang sempat tangkap as kenangan or whatever.

One thing yang aku conclude from apa yang aku hadapi is don't trust too much. Trust is okay. Semua orang perlukan kepercayaan. But not too much because that too much can hurt you so much. Ia juga bergantung kepada kehidupan seseorang.

Look at the images below :
*KLIK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN SEPENUHNYA*

Whiteboard ni kitorang satu kelas jadikan dia batu bersurat. Signature bagai. Masa ni last day after paper 3 bio, time tu semua pakat nak balik. Aku sorang jer pergi kelas sebab nak ambil barang. Then, I capture this picture. Nampak tak kat bahagian atas kanan tu. *ACIK TOLONG JANGAN PADAM!* Sebab kat situ ada mesej for next 5 Al Razi. Hahaha.


This is 5 Al Razi .Ah rindunya suasana kelas ni. In this class, there are so many species manusia. Yang pelik, yang ajaib magik. yang sengal, yang suka buat orang geram pun ada. haha yang macam perempuan melayu terakhir pun ada gak. Apa? Lelaki melayu terakhir? Rasanya takde kot tapi kalau ada pun akulah kot huehuehue.

This is blok akademik. View from upper flour.


Pathway to blok makmal. 

So boboi boy. Dia ni pendek sebenarnya tapi dah tinggi dah. Rasanya makan calcium banyak sangat kot. Gambar ni tangkap  masa semua orang pakat nak balik rumah after habis spm. Excited jer semua. Actually, gambar ni dia yang mintak. Sedih kot tak dapat tangkap gambar dengan aku hahaha. Ye ah aku ni macam manusia paling gila sikit dengan diorang. I mean bebudak lelaki. Hahaha tu yang semua orang dok attack aku tu. 

This is Qeela, Sarah and Sham. We are just like kanak-kanak riang yang berlari di playground. *Over lak ai* -_- Masa ni hari gotong royong kelas sebelum tamat persekolahan. Semua cecomel jer haha. Yang si sham ni sengal sikit and the most funniest person in my classroom. Kitorang ni memang suka bercerita. Meja guru dah jadi port kitorang kalau prep malam. Semua cerita akan keluar. Mula-mula cerita pasal lipas terbang tetiba cerita pulak pasal gajah terbang. Tu tak masuk lagi hamster kawan aku mati sebab makan twisties.  

Actually kitorang ada curi tulang sekejap. Kitorang pergi bahagian blok makmal sebab nak tangkap gambar polaroid. Haha. Then semua menjerit-jerit suruh kitorang naik kemas kelas. But kitorang buat tak tahu jer. Excited sangat kot..


We are freeeeee!! From SPM jer! -_- Haha masa ni ramai dah yang balik. Mula-mula plan nak tangkap gambar satu kelas after paper 3 bio. Last-last semua excited sangat sampai lupa nak tangkap. So daripada 30 orang 5 Al Razi. Tinggallah 3 huahuahua. Yang lain semuanya dah bertebaran dan berterbangan di muka bumi. -..- And this is the last time kitorang pakai baju sekolah. 

Gambar kelas tu ada. Polaroid kecik sangat... Later I will show it to you.,Nak nak bebudak lelaki ni kan suka sangat main gila dengan aku. Masa tangkap tu diorang pusing belakang. Spoil jer. Hahahaha. Tak semualah ada jer yang pandang depan.  So aku cakap jer dengan diorang *Jangan tanya aku kenapa kalau aku tak kenal korang* Hahaha. Well kau kena kenal aku, yang aku ni pelupa sikit huehuehue. 

APPRECIATION : Thanks to semua sebab berjaya buat aku bertahan for two years. All the memories kat Khawarizmi, KEM Birotatanegara and KEM Addmath kat Melaka I will keep it. Hahaha masa tu tak bawak pulak camera, Huaaa.
Hari ni 12/12. Dah 12 hari dah berlalu but aku baru nak post. Haha well internet macam apa jerkan. So korang kena kumpul duit banyak-banyak then bagi kat aku biar aku beli internet. K bye! 

Terbanglah Dandelionku!

Hey hey hey aku tak percaya cinta! Aku tak percaya cinta! Aku tak percaya CINTA! Ok *apa yang kau merepek ni?* Entahlah tadi teringat pulak dengan lagu si Liyana Jasmay tu haha. Intro kali ni macam takde point langsung. Out of topic actually. So let we be formal jelah k. 

Ehem!Ehem! Memandangkan hari ini hari ketiga kita berhari raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dan sejujurnya raya tahun ni sangat sekejap cutinya sampai Amir pun tak puas lagi cuti. Nampaknya ada yang tak sedar lagi yang tahun ni dia SPM. Wargh!!! 3 bulan lagi. Seminggu lagi exam percubaan SPM. How can I survive? Insya-Allah usaha dan tawakal ok, Amir Rusyaidi. 

Bila fikir balik sekejap sangat masa berlalu.. Amir rasa macam baru jer masuk Sekolah Menengah Sains Rembau tup tup dah nak keluar dah pun. Entahla.. haha dulu masa baru-baru masuk memanglah rasa awkward gila an? But sekarang ni rasa tak nak keluar pun ada. Time cannot be stop! Even aku adalah jugak benci dengan 'surrounding' that makes me feel like orang asing hahahaha but I never care!

To be honest, even sesetengah orang kat sekolah tu buat aku hampir jadi separuh gila, but it so fun ok. Those things will be memories in our life yet. Ya.. tak lama lagi aku kan bebas. Bak kata Najwa Latif .. "Satu hari nanti akukan bebas ay yayaya" Oh yeah! Memang dah nak bebas dah pun seperti bebasnya sang merpati dari sangkarnya. *ceh ayat* -_-

Sejauh mana pun kita pergi, kita akan ada pengalaman yang kita ambil daripada apa yang telah kita lalui. But life must go on right? Kehidupan adalah sesuatu yang indah jika kita tahu mencorakkannya. Kalau kita umpamakan hidup kita ibarat Sakura dan Dandelion, kita akan cuba menjadi yang terbaik. Kenapa? Pernah dengar tak tentang falsafah bunga sakura?
Orang Jepun banyak berpegang pada falsafah alam sebagai contoh mereka mengambil bunga sakura sebagal lambang hidup mereka. Bunga yang indah itu hanya hidup tujuh hari setahun. Maka orang Jepun mula berpendapat bahawa hidup ini sangat singkat maka kita mesti menjadi indah dan tidak persia-siakannya walau sepicing pun kerana mekar dan gugurnya bunga sakura itu sebagai tanda bahawa sesuatu yang indah dan cantik itu takkan kekal lama. Kelak yang indah itu juga akan kusam sebagaimana layunya bunga sakura.
Kalau semua orang dalam dunia jadi baik mesti peperangan takde langsung! Aku jamin 100 percent! Ok then ada lagi satu jenis spesies yang sangat aku kagumi. Walaupun bunga kita tengok simple jer tapi bagi aku dia cantik. Dandelion. Bunga buat si peniup.

Dandelion ni sangat kecil. Namun mati ke hidup ke dia tetap beri kebaikan kepada manusia. Dandelion mengajar manusia jangan memandang rendah kepada makhluk yang kerdil kerana makhluk yang kerdil itu juga Allah berikan kelebihan kepadanya. Akar dandelion mampu dibuat ubat. Dandelion makhluk Tuhan yang tidak pernah meminta bantuan sesiapa untuk menanamnya tidak juga simpati, tapi hadirnya dandelion memberi seribu kebaikan dari awal hidupnya sampai ke akhirnya. Dandelion ini hanya perlukan si angin untuk menerbangkan anaknya untuk disebarkan ke tempat lain. Dia ingin anak-anaknya turut berbakti kepada orang lain dan di tempat lain.

Kalau  diibaratkan dandelion, terbanglah sejauh mana pun kita nak terbang tapi jangan pernah lupa untuk berbakti kepada orang lain. Kerana dalam diri setiap manusia itu ada hak orang lain... Kerana manusia dilahirkan bukan untuk mementingkan diri sendiri tapi untuk melengkapi antara satu sama lain. Sebab tu Allah jadikan setiap manusia itu berbeza kerana manusia saling memerlukan. Sebab tu Allah memerintahkan supaya manusia saling membantu antara satu sama lain.. 

Sekian saja Salam Syawal.. Amir Rusyaidi.
 
Amir Rusyaidi©