#RoadToIPT


Assalamualaikum and hi readers! Ok so as you know now I am currently waiting for my SPM result to come out based on my last post. So don't stop praying!

Memandangkan SPM result dah nak keluar and my friends dalam group whatsapp semua dah kecoh pasal scholarships bagai ni so why not aku pun try bersemangat macam diorang. Ada kawan-kawan aku yang dah masuk UPM because they got fast track. Haha memang diorang selalu gak ah cite ada examlah apalah semua. Aku memang tak mohon sebab tak ada course yang aku minat lorhhhhh..

Then semalam aku cek blog kak Maria Elena kan and aku baca past entry dia pasal nasihat nak masuk U.. jap eh *tengah cari link* haha. Ok dah jumpaaa!! Click here ok!! Interesting gak ah entry tu.. Santai and lek lek je.. Bahasa inggeris dia pun not bad haha I mean senang ah nak faham. Aku tak tahu kenapa time dia kata kepada haters english language tu aku sentap sikit. Sikit ah tak banyak pun. Even aku ni takdelah benci manapun bahasa inggeris. Aku bukannya tak suka tapi kurang minat but when kak maria said yang dia pun takdelah pandai mana pun BI just dia practise practise practise and lastly dia akan terbiasa.. And time aku kerja part time ni pun banyak gak aku guna bahasa inggeris. So entry Kak Maria such an inspiration for me to learn more, more and more.. Lastly aku jadi jatuh cintan cintun dengan bahasa inggeris.. Tak pandang bahasa lain dah hahaha

Aku ingat lagi betapa kecewanya aku dapat C masa percubaan SBP tahun lepas.. Then aku buat essay banyak banyak and bagi cikgu aku tanda. Haha naik B masa trial JPNS. Huh! Setakat ni tak pernah lagi A for real exam. But always bersyukur.

Sekarang ni masih tengah godek-godek biasiswa yang sesuai untuk aku apply. Aku pun tak tahu apa yang sesuai for me. Nak ambil medic pun hahaha Biology aku pun aku memandai buat teori sendiri ni kan pulak medic.. Memang tunggang terbaliklah jawabnya.. So tetiba malam semalam tak tahu camana boleh dapat ilham tentang bidang pelancongan. Ayah aku yang syorkan untuk aku hahaha. Wuu.. macam menarik je kan? 

So aku pun godek-godeklah skandal aku Cik Minah Google. Just now I read an entry about tourism & management course in UiTM at this blog. Menarik sangat-sangat and macam satu motivation untuk aku. Solat Istikharah and Hajat lepas ni banyak-banyak semoga Allah bagi petunjuk. By the way, aku minat gila-gila tourism course ni. Baca komen komen orang semua tadi about this course hmm menarik gak.. Just nak practise more and more je english language.

Yang pasal third language tu hmm aku rasa bahasa indonesia kot pilihan aku hahaha.

So insyaAllah aku akan buat satu entry fully english haahaha . Kalian ok aja akan? Bisa dongg.. K adios xoxo!

Hari ni bisa update blog kerna nggak ada jembalang or kuntilanak duduk atas line..

Count Down For SPM Results Day

Yasmin Mogahed words so so calming me down.
Assalamualaikum and hi! Huh.. dup dap dup dap lagi beberapa hari saja keputusan SPM 2015 akan diumumkan. Sekarang ni mula belajar untuk redha dan bersyukur walau apa saja keputusan yang akan aku terima. Usaha dah dilakukan. Tinggal hanya bertawakal dan berdoa kepada Allah agar kuatkan semangat. Hehehe!

11 hari dari sekarang. Rasanya keputusan SPM dah siap cetak kot. Entahlah. So tinggal tunggu dan tengok jelah. Dalam hati ada niat tak nak pergi sebenarnya huhu, tapi memandangkan itulah hari yang paling aku nanti-nantikan setelah dua tahun aku berada di upper form. Lewls... Dan itulah hari kebebasan aku dari zaman persekolahan yang penuh rencah gila, sengal, pandai, kelakar, sibuk, sedih, gembira, kecewa dan semuanyaaaa!!! Kalau dulu aku hanya memerhati je abang and kakak aku dapat result semua dan sekarang aku sendiri yang akan merasai pengalaman tu. Life is a cycle, right?

Even ada jugak ah rindu sikit kat budak kelas 5A and also budak-budak asrama , sikitlah tak banyak pun.. Takdelah sampai nak menangis minta putar masa bagai takdelah kot. Cukuplah doa yang aku sampaikan agar mereka semua berada di bawah lindungan Allah S.W.T.


Their thought, their laugh, their attitude and everything about them still terngiang-ngiang kat telinga dan fikiran sampailah sekarang. Yang rendah diri, yang terlalu baik, yang kejam, yang tak senonoh, yang santai, yang kelakar, yang pelik, yang pandai, yang mulia,yang kasar, yang lemah lembut semuanya bercampur baur menjadi satu membuatkan mereka melengkapi antara satu sama lain.

Macam tak percaya hidup aku pernah dikelilingi mereka semua. Wow sekejapnya masa berlalu!

They like alstroemeria flower that teach me about friendship and how to withstanding trials in everyday life because this flower has so beautiful colour that can attract people attention.

11 Mac pula ada Graduation Day dan kena bayar RM80.. Bila sekolah kenakan caj RM80 semua macam complain bagai dan aku just krik krik krik like that. Malas nak ambik port sebenarnya. RM80 untuk hari graduasi complain bagai tapi kalau bab dinner kat hotel bagai RM Satu Bilion pun sanggup bayar hahaha.
So sekarang ni hanya tunggu dan lihat saja keputusan SPM aku. Pray a lot!

Wonderful Story

Victor Hugo said that.. This quote aku baca dari novel 13 Jam A380.  Tak boleh move on dengan novel ni.
Novel Santai Islamik boleh aku katakan. Pada permulaannya Hana yang memasang angan-angan selama tiga tahun menjadi stalker setia Haydar untuk berkahwin dengan anak jutawan tersebut membuatkan mereka bertemu selama 13 Jam dalam penerbangan pesawat MAS A380 sehingga membuatkan Hana lupa akan dosa dan pahala. Sehingga Hana tertidur bersama Haydar di First Class Seat.

Lalu di saat pesawat tersebut bergegar seperti ingin terhempas, barulah Hana tersedar akan dosa dan pahala. Dia bersungguh-sungguh memohon agar Allah memberi peluang lagi kepadanya untuk berubah menjadi muslimah sejati. Itulah janjinya pada Allah. Tiga tahun penantian, tiga belas jam mimpi menjadi kenyataan, empat jam menjadi kekasih kayangan bersama Haydar, membuatkan hatinya dibuai rasa cinta yang dihembus syaitan.

Sebaik saja pesawat A380 mencecah bumi, segala mimpi terus lesap ibarat wap air. Di London, Hana dipertemukan dengan keluarga Fido (lelaki yang membantunya di dalam pesawat kerana kes 'double ticket'). Pertemuan itu menjadi satu titik tolak untuk Hana berubah menjadi muslimah sejati. Tatkala Emmel anak angkat Fawwaz (abang Fido) memanggil Hana sebagai ibunya membuatkan Hana terperangkap menjadi sebahagian daripada keluarga besar Fawwaz Husaini, keluarga kaya yang membudayakan gaya hidup Islam. Setiap pagi selepas subuh, mereka sekeluarga akan ada sesi mentafsir Al Quran serta Hadis dan di situlah Hana mula tersedar akan erti kebahagiaan dan ketenangan.

Tika Hana menjadi ibu angkat Emmel membuatkan hati Hana sebak. Dia tahu bahawa anak kecil akan mengikuti apa yang dilakukan oleh orang dewasa. Sejak Emmel meminta untuk berpakaian ketat seperti Hana dengan rambut yang didedahkan, dari situlah Hana belajar perlahan-lahan untuk memakai pakaian yang lebih sopan agar Emmel tidak menjadi sepertinya. Dalam masa yang sama, dia mula mengenali keindahan agama Islam yang sebenarnya dengan setiap pertemuan bersama Helena, Samuel, Linda, Ariana Rose, Sheikh dan Almas Iman.

Bermulanya hari baru untuk Hana menjadi wanita solehah apabila Fawwaz memberikan sehelai selendang kepadanya. Namun begitu, setelah dia berjaya melupakan Haydar dan hampir berkahwin dengan Fawwaz, segalanya berubah 360 darjah apabila aib Hana dibuka terang-terangan di hadapan khalayak ramai dengan gambar Hana dan Haydar bermesra-mesraan dalam pesawat A380. Hana kecewa sekali lagi.

Dia menyalahkan dirinya sendiri kerana tidak tahu menjaga maruah tika itu. 13 Jam yang mencipta memori indah bersama Haydar di langit biru berubah menjadi satu tragedi yang terpahit untuk ditelan.
Fawwaz terus pergi ke Kuwait bagi melepaskan perasaan sebelum dia dikhabarkan telah bernikah dengan anak seorang Sheikh iaitu Almas Iman. 

Momen itulah membuatkan Hana mula terima kenyataan bahawa dia perlu bermuhasabah diri bahawa lelaki sebaik Fawwaz hanya layak dengan perempuan semulia Almas Iman.

Dengan Haydar membuatkan dunia Hana berbeza. Apabila mereka sudah menjadi suami isteri, Hana mula kagum dengan Haydar dan barulah dia sedar bahawa Haydar tidaklah buruk seperti yang disangka. Haydar juga sedang berperang dengan perasaannya untuk berubah menjadi lelaki yang baik. Bersama Haydar, Hana telah mengembara ke banyak tempat bagi mengenali dunia luar dan mencari ilmu. Mereka ke Palestin dalam misi kemanusiaan dan ke benua Afrika dan India.

That moment bila Fido cerita kat Hana pasal kehidupan dia yang penuh tragis sebab Hana menangis sebab dia kecewa dengan Haydar, kekasih kayangan selama empat jam di dalam pesawat.. memang tak terkata apa. Tragis sangat-sangat. Pastu mulalah dia kaitkan cerita Mahatma Ghandi yang memperjuangkan semangat nasionalisme demi mempertahankan India. Betapa ujian yang diterima oleh Ghandi tu membuat dia tak berputus asa walaupun dicemuh, dihina dan sebagainya. Same goes to perjuangan Rasulullah S.A.W yang jauh lebih mencabar. Sedangkan Hana baru ditinggalkan Haydar sudah menangis sakan bagai. 

Pandainya Evelyn Rose mengarang sebuah novel yang berunsurkan ilmu pengetahuan, Hadis, isu semasa, ayat Al Quran dan falsafah alam. Falsafah mengenai bunga Dandelion dalam novel ni aku still ingat and also beberapa hadis and maksud potongan ayat Al Quran. Memang novel ni complete habis. Bagi aku, novel ni takde watak antagonis, I mean macam novel2 cliche yang lain yang ada watak perempuan or lelaki nak memusnahkan rumah tangga orang or mak mertua yang tak sukakan menantu. No! Cerita ni just nak ceritakan tentang erti kasih sayang, kehidupan, perubahan dunia serantau dan agama.

Sebelum ni orang selalu cakap novel ni buang masalah takde faedahlah but if you pandang dari sudut berbeza, daripada novel pun kita boleh berdakwah dan menyampaikan nasihat macam orang zaman dulu yang memberi pengajaran melalui kisah lagenda dan mitos. Sebab bagi mereka nak memberi nasihat dan pengajaran tu tak semestinya direct depan-depan sebab tak semua orang boleh terima cara macam tu. So sebab tulah wujudnya novel and buku cerita supaya daripada situ nasihat atau pengajaran boleh disampaikan dengan lebih dekat pada jiwa orang-orang muda or orang tua. Evelyn Rose telah membuktikannya.

Dalam novel ni pun, banyak Evelyn Rose menceritakan tentang suasana dalam pesawat, di luar negara and University of Surrey. Lagipun memang si penulis berpengalaman sebegitu sebab dia pun tengah ambil phd dekat oversea so no wonderlah dia boleh cerita detail-detail semua.
Ujian itu menguatkan bukan melemahkan. Sekuat mana pun kita cuba berperang dengan perasaan sendiri, pasti ada satu daya yang melemahkan kita supaya kita menganggapnya sebagai satu cabaran.

Tragedi Malam Itu...


2015

Malam itu hujan lebat sungguh disertai kilat dan guruh yang saling berdentum. Aku balik rumah lewat pada malam itu kerana ada urusan kerja yang masih belum selesai di pejabat. Jam menginjak pukul 11 malam. Jalan raya agak lengang. Hanya ada tiga empat kereta yang kelihatan. Hujan pula masih belum berhenti malah bertambah lebat mengehadkan penglihatanku.

Sedang asyik mataku fokus ke arah jalan raya, aku mendapat satu panggilan telefon.

"Hello, Gan!" suara Marissa nyaring melalui corong telefon bimbitku.

"Ya, Mar? Ada apa kau telefon aku ni?"

"Aku mahu bagitahu sama kau.. lif apartmen belah kanan terhempas petang tadi."

"Lagi sekali? Hari tu belah kiri, hari ni belah kanan pula? Apa sudah jadi maaa?" soalku sambil menghalakan kereta ke arah sebuah stesen minyak Petronas untuk pergi ke tandas.

"Aku pun tak tahulah, Gan.. Ramai orang sedang tengok lif yang terhempas ni.. Pihak bomba dan penyelamat akan datang sebentar lagi."

"Ada orang tak dalam lif tu?"

"Hmm.. tak pasti. Sedang tunggu bomba datang."

"Oh oklah kalau begitu. Nanti apa-apa hal kau telefon aku balik. Bye!"

Aku terus menekan butang merah pada telefon sebaik saja keretaku diparkir di sebelah bahagian tandas dan surau.

Tatkala aku hendak menuju ke tandas, aku terlihat ada seorang pencuci lelaki yang agak tua sedang mengemop lantai. Dia mencerlung kepadaku. Aku jadi serba tak kena. Takut pun ada. Namun aku memberanikan diri untuk menyapanya.

"Hello, pak? Saya ini memang selalu ke sini untuk mengisi minyak tapi... tak pernah pula saya nampak bapak di sini." aku bernada Indonesia sedikit kerana dari gaya pak cik ini dia seperti warga Indonesia.

Dengan pandangan yang agak menyeramkan, dia menjawab persoalanku, "Saya Ashril.. Panggil saja saya Pak Ashril. Saya pekerja baru di sini..." Nadanya agak perlahan tapi masih jelas kedengaran.

"Oh, patutlah saya tak pernah nampak Pak Ashril sebelum ni. Saya pergi tandas dulu ya! Selamat bekerja Pak!" aku mula menapak selangkah namun belum sempat masuk ke tandas dia memanggilku. Aku menoleh ke belakang.

"Nyonya!"

"Ya pak! Ada apa?"

"Jangan masuk ke kubikel belah kanan!" dia memberitahu tanpa memandang wajahku malah membelakangkanku. Tangannya ralit melakukan kerja mengemop.

"Kenapa ya, pak? Sebelum ini ok saja kok!" aku menyoal dengan rasa ingin tahu yang tinggi.

"Nggak usah banyak tanya. Ada tragedi yang berlaku sore tadi di situ. Mayatnya masih basah. Tidak ada yang mahu peduli kerana orangnya banyak dosa yang belum diampunkan." Nadanya mendatar saja.

"Mayat?" soalanku dibiarkan kosong tanpa jawapan. Tanpa berlengah lagi, aku terus masuk ke tandas dan menuju ke kubikel belah kiri.

Suasana di dalam tandas itu sunyi sepi. Lengang tanpa sebarang suara kerana jam menunjukkan 12.30 malam. Dari tempat parkir lagi hanya ada kereta aku saja. Bahagian mengisi minyak juga kosong.

Selesai membuang air kecil, aku membasuh tangan di sinki sambil membetulkan rambutku yang agak kusut. Cermin itu memantulkan kubikel kanan yang pintunya tertutup rapat bagaikan ada orang di dalamnya. Mengingatkan pesanan pak cik tadi aku berasa sedikit takut kerana katanya ada mayat di dalam. Namun aku memberanikan diri untuk membuka kubikel tersebut.

Setelah pintu kubikel ditolak, tidak ada apa-apa mayat. Hanya ada mangkuk tandas,lantai berjubin,paip dan tangki air dan juga seekor lipas yang mati. Tandasnya juga bersih. Aku tersenyum kecil.

"Lipas saja maa.. Pasti pak cik ini mahu bergurau dengan aku." aku terus melangkah keluar daripada tandas dan mataku melilau mencari pak cik tadi. Mujur masih ada dan aneh... dia masih mencuci tempat yang sama dan tidak berganjak walau seinci.

Aku melangkah perlahan-lahan menghampirinya.

"Pak Ashril..." aku menyentuh bahunya. Serentak dengan itu dia menoleh. Aku terkesima melihat wajahnya kerana dia bukan lelaki tua yang berbual bersama aku sebentar tadi tetapi seorang pemuda dalam lingkungan 20-an.

"Ya, cik! Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal pemuda itu dalam senyuman.

"Oh, tidak ada apa-apa. Tapi.. boleh saya tanya sesuatu?"

"Boleh saja cik!"

"Ada tak seorang lelaki tua dalam lingkungan 50-an bekerja di sini? Tak silap saya namanya Pak Ashril."

"Pak Ashrilnya sudah mati petang tadi."

Meremang bulu tengkukku setelah mendengar pernyataan daripada pemuda tersebut. Terkedu aku seketika.

"Err.. sudah mati?"

"Kenapa cik?"

"Tidak ada apa-apa. Apa sebab kematiannya?"

"Kata orang yang tinggal sama apartmen dengannya, dia mati dalam lif. Lif itu terhempas. Badannya hancur dan daging-dagingnya terpeleset ke dinding lif. Kematiannya itu sungguh mengerikan. Saya sendiri tidak tahu."

Lif terhempas? Entah mengapa fikiranku terus saja teringat akan kata-kata Marissa. Mungkinkah kematian Pak Ashril ada kena-mengena dengan kejadian lif terhempas di apartmenku?

Aku terus melangkah menuju ke kereta sesekali mataku melirik ke arah pemuda itu. Aku menjadi seram sejuk dan tiba-tiba saja bulu romaku meremang seluruh anggota badan kerana aku perasan matanya itu tidak berkelip daripada memandang aku. Malah panahan matanya itu begitu menyeramkan. Itu yang aku rasakan tika itu.

Dalam perjalanan, fikiranku terus menerawang. Satu persatu insiden yang berlaku sebentar tadi berulang tayang di minda membuatkan aku menjadi buntu. Jalan pula semakin gelap dan lengang. Lereng-lereng bukit yang memang terpaksa aku laluinya kelihatan agak menyeramkan ditambahkan lagi dengan suara anjing menyalak dan suara sang cengkerik serta katak yang saling bersahutan.

Tiba-tiba, pintu keretaku diketuk kuat berkali-kali bagai ingin tercabut pintu tersebut. Aku sungguh terkejut dan panik. Aku tidak tahu makhluk apa yang mengetuk pintu keretaku di tengah-tengah jalan raya sebegini. Ingin saja aku menangis tika itu. Bunyi ketukan yang bertalu-talu itu diikuti pula dengan bunyi cakaran.

Aku segera memberhentikan kereta di bahu jalan sebelum perkara yang lebih buruk berlaku pada aku. Bunyi ketukan dan cakaran itu semakin kuat membuatkan tubuhku menggigil dan jantungku berdegup kencang. Peluh merenik di dahi. Telefon bimbitku dicapai dan nombor Marissa segera didail.

"Marissa! Kau kena tolong aku! Cepat! Ada sesuatu ketuk kereta aku ni! Tolong aku!"

"Gan! Kau kat mana? Aku pun tengah panik sekarang ni. Kau ni Gan ke?!"

"Yelah ni aku!! Kau kena tolong aku cepat! Aku kat simpang tepi jalan dekat dengan rumah ni."

"Habis tu kat rumah sekarang ni siapa? Dia ada kat luar weh! Kat ruang tamu! Aku kat dalam bilik ni!"

"Kau biar betul? Mar, aku syorkan kau jangan keluar! Tolong dengar cakap aku!"

"Kalau macam tu, macammana aku nak tolong kau?!"

"Something not right! Ketukan ni makin kuat.. Aku takut.."

Tut..Tut.. Tut..

Telefon bimbit terlepas daripada tanganku. Terketar-ketar jari-jemariku apabila melihat seorang lelaki tua yang tidak berwajah berdiri di sebelah keretaku seolah-olah memerhatikanku. Tangannya mengetuk-ngetuk cermin tingkap keretaku. Aku tidak sanggup melihat dia dengan bajunya yang berlumuran darah. Sungguh meremang bulu roma. Aku segera menutup kedua-dua telinga.

***
Kedengaran beberapa suara datang saling bersilih ganti menerpa cuping telinga. Cahaya-cahaya putih melintasi retina mata secara berterusan. Aku cuba membuka mata perlahan-lahan namun cahaya dari luar terus menyucuk-nyucuk membuatkan pandanganku berbalam dan perit. Apabila disedari ternyata hari sudah siang.

"Cik, bangun cik!" kelihatan seorang wanita tua yang bertudung mengejutkan aku. Di sisinya terdapat beberapa orang lelaki dan perempuan yang turut memerhati dan mengejutkan aku.

Syukur hari sudah siang. Tak sangka aku boleh sampai tertidur di sini akibat ketakutan yang melampau. Seusai mengucapkan terima kasih dan bersalaman dengan mereka, aku kembali meneruskan pemanduan menuju ke apartmen.

Setibanya di lobi apartmen dan sambil menunggu lif kiri terbuka, aku terpandang lif sebelah kanan yang sudah ditutup buat sementara waktu dengan meletakkan 'tape' merah dengan tulisan 'DILARANG MELEPASI KAWASAN INI'.

"Gan.." seseorang menyentuh bahuku. Spontan aku menoleh.

"Marissa!"

"Lif tu dah ditutup untuk selamanya atas alasan yang tertentu. Pihak bomba kata ada mayat lelaki tua dalam tu dengan mukanya yang sudah pecah. Mayatnya dibawa ke hospital untuk bedah siasat. Semalam aku diganggu oleh makhluk halus yang menyerupai kau. Lepas aku keluar dari bilik, aku nampak ada seseorang yang berambut panjang dan wajahnya yang mengerikan duduk mencangkung di atas sofa tak berhenti pandang muka aku. Aku pun apa lagi cepat-cepat keluar dari rumah. Aku nak tanya kau sesuatu boleh?"

"Apa dia?"

"Sepanjang kau tinggal kat sini selama 10 tahun, kau kenal tak Pak Ashril?"

Sebut saja nama Pak Ashril terus fikiranku teringat akan wajah tua yang berbual dengan aku di stesen minyak malam semalam. Jantungku mula berdegup kencang. Aku hanya menggeleng dengan dahi yang dikerutkan.

"Dia tu sebenarnya penghuni sebelah rumah kita."

"Apa yang kau cakap ni? Sebelah rumah kita tu rumah kosonglah dah 10 tahun tak berpenghuni."

"Aku pun sebenarnya tak tahu macammana benda ni boleh terjadi.. Pak Ashril tu telah melakukan pemujaan syaitan selama kita tinggal di sini dan apa yang lebih menyedihkan..." Marissa berjeda seketika. Dia seperti berada dalam ketakutan. "...dipercayai setelah kematiannya, syaitan-syaitan pujaannya akan mencari tuan baru. Kau tahu tak siapa tuan baru tu?"

"Tak..."

"Tuan baru tu... ialah kau Gan.."

Aku terkesima mendengar pernyataan tersebut. Tersekat-sekat nafasku bagai dihempap batu besar. 

"Pak Ashril telah menetapkan kau sebagai tuan baru syaitan pujaannya. Kalau kau membantah maka kau akan diburu sampai mati..."

***
2005

"Boleh cik baca benda ni untuk saya?" soal lelaki tua bertopi yang tidak aku kenali. Barangkali dia tidak tahu membaca.

Aku terus membaca apa yang tercatat di atas kertas yang diberikan oleh lelaki tua tersebut. Aku bagai dipukau kerana tidak menyedari sedikitpun apa yang aku baca dan apa yang aku hadapi tika itu.

Apabila tersedar, lelaki tua tersebut sudah menghilangkan diri dan lesap entah ke mana...

***
2015

Sungguh lidahku terkelu. Aku tidak mampu berkata apa-apa lagi. Kepalaku terasa dihempap bebanan yang berat. Akhirnya, aku terus jatuh terjelepok dan setelah itu duniaku bertukar menjadi kelam. 

Dalam pada itu, berpuluh-puluh ekor jenis syaitan mengelilingi tubuhnya yang kaku sendiri. Mungkin saat itu, syaitan-syaitan itu sudah bersedia untuk bertuankan Gan. Roh Pak Ashril terus bergentayangan di langit seolah-olah mencari mangsanya yang seterusnya..


 
Amir Rusyaidi©