2 days 1 night in Kelantan!!

Image result for true happiness is when we are happy
Hello everyone! First of all actually this entry dah sangat lapok dah coz aku yang lupa nak update and takde banyak data. So now adalah misi untuk menghabiskan data.

Erm so yah .. macam biasa entry aku mesti panjang berjela tapi kali ni tak kut.. biasa-biasa je ahahah.

So tujuan aku datang kelantan ni untuk attend satu interview session bagi kemasukan ke USM dalam bidang perubatan peringkat degree. Bertempat di USM Kubang Kerian, Kampus Kesihatan.

Aku ke sini dengan bas dari pukul 830 malam sampai dekat Kota Bharu pukul 6 pagi hari Khamis. Awal giler an? Then kat sini, aku ada member dengan kelantanese ni, baik sangat, his name is Cerah, just read my previous entryla, kat situ ada dia. 

. Dia ada rumah like hotel something idk whatever it is. If you know KTC, haaa kat situlah dia tempat aku menginap. So that duit tempat penginapan aku dah save kat situ. Tak perlu nak sewa hotel bagai. Fuh, selamat duit aku ahahaha.

Aku ada tangkap gambar bilik tu tapi terpadam pulakk huhu. Tapi apapun that house memang letup kebabom. Memang nampak macam hotel dan selesa sangat!!! I rate 5 stars uolss!! 

So si Cerah ni teman aku sekejap je kat apartmen KTC tu sebab dia kena balik, bukak puasa kat rumah dialah. I mean the real home. Yang dekat KTC tu just homestay like that je.. Dan tinggallah aku sorang-sorang.

Then, Syafi and Ammar( also kelantanese, read my previous entry too) diorang kata nak datang petang coz kitorang plan nak iftar sama-sama gituhh.. And tak sangka pulak diorang nak sleepover sekali kat situ. Gosh.. memang hidup aku tak sunyilah duduk kat apartmen tu. Hahaha

So sementara tunggu Syafi and Ammar datang, kalau dah sorang-sorang tu memang habisla rumah Si Cerah ni aku geledah. Haha yeah tunggu punya tunggu, *klik klok klik klok* *ting!* erm yey diorang sampai gak pada pukul 5 petang something seperti yang dijanjikan. Excited siaaa ahahahahah.

So at the same time, kitorang kena tunggu pulak Si Hakim aka Tipah Tertipu ni yang datangnya jauh dari Lenggong, Perak. I called him Ratu Lenggong. Dia datang untuk interview session jugak. IV kitorang jatuh pada hari yang sama *Jumaat* cuma waktu berbeza. Dia sebelah pagi, aku sebelah petang.

So tak lama kemudian, datanglah Si Ratu Lenggong ni turun dari langit. Memang hingar habislah kalau dia ada. Siap bawak soalan for IV lagi. OMG!! Aku pulak memang tak prepare apa-apa for IV. I mean soalan and answer. About medic ke apa ke.. Ah wateva..

Then, kitorang pun pergilah iftar sama-sama dengan kereta Syafi yang letups sangat tu. Aku tak tahu apa nama tempat ni tapi sebelah istana ke apatah.. Tak ingat. ah tak kisah. Yang penting makan ahahahahah.

Syafi dah bookingkan tempat dah awal-awal. Kan aku dah kata kalau pasal makanan ke apa ke, dia memang expert bab booking membooking ni. So kitorang tinggal makan dan bayar je. Duit share ah, Banyak cantik muka kau nak suruh dia belanja semua! Kau fikir kau tuan puteri?

*tengok muka hakim*

Ek eh, tengok gambar bawah ni tetiba lak boleh muncul sorang lagi. Mana datang lak ni? 

Haha actually, dia join time iftar lagi, cuma datang lambat sikit je. 

So after iftar tu, kitorang decide pergi solat maghrib kat masjid mana entah. Haha aku rasa orang kelantan tahulah kut.

Entah, kali ni memang tak banyak gambar. Nyesal pulak aku ahahaha. Esp tak bergambar dengan Tuan Rumah sendiri. 

Syafi, Hakim, Lah, Aku, Ammar. Haha gituh simple je caption. Ahahaha

Tetiba lak dari depan pegi belakang si LAH tu. *tengok muka hakim lagi*

Pastu singgah stesen bas jap sebab aku nak beli tiket bas for balik malam esoknya.

Then, after hantar Si Hakim ni balik ke pangkuan mak ayah dia, aku and yang lain decide nak makan malam lak. Yes! Si Hakim datang sini dengan parents dia. Dia sewa hotel betul-betul depan USM KK. After dia balik, hilanglah sorang geng gosip sekepala.

Kitorang lepak MCd dekat dengan Wakaf Che Yeh tu je pun. Sampailah ke tengah malam. Bila diorang tanya aku okay ke tak join diorang sampai tengah malam ni, i be like "omg okay je.. Lagipun aku punya petang kut. So chillah chillax chill dan relax ahahahah" Dan lagi satu, aku tak prepare apapun for this IV.

 Mula-mula tu tak risau apepun, tapi sebab diorang punya reaction yang macam "kau tak prepare mir? Gila ah mir.", tetiba muncullah beberapa ekor rama-rama kat dalam perut aku. Elok-elok nak senyum manis, terus jadi kelat senyuman aku tu. Haih! Haha diorang ni dah ambil IV awal-awal dah. So thats why diorang dah berpengalaman. Bak kata orang, makan garam dulu. Haa gituh. 

Lagipun kata diorang, IV diorang borak macam kedai kopi je. IV aku lain. Nanti ah borak pasal IV-IV ni! 

Yang penting Mcd dia sedap ahaha!

*Woi Ammar! Pandangla Camera, sibuk dok letak sos atas burger dia tu!*

So about 12 tengah malam camtu, kitorang pun balik. Si Lah tu balik rumah diala. Aku, Ammar and Syafi balik apartmen KTC. Sempat gak singgah 7E untuk beli makanan for sahur.

Pastu pukul 1-2 pagi cam tu barulah aku gelabah haram dengan muka yang masih cuba berlagak tenang, prepare apa yang patut. Syafi and Ammar pun still menggeletik sama-sama dengan tolong aku apa yang patut. I feel so calm sebab diorang still bagi kata-kata semangat walaupun aku macam dah mengantuk giler masa tu. Diorang baik giler ah! Sumpah chill!

Just baca ala kadar je. Visi Misi Motto USM semua tu, pastu bacala sikit-sikit specialist yang penting-penting, pasal medic semua. Cara belajar medic camana, Apa yang penting in medic. Haa senang citer semualah yang relate dengan medic ni.

Then finally, I pun terlelap dengan sendirinya.. after sempat lagi curi godek-godek Insta and Twitter mencari gosip-gosip sensasi masa kini ahahahahaha. Gituh Amir! Fuh!

So keesokannya, Ammar and Syafi balik dah dalam pukul 10 pagi camtu sebab pukul 1130 tu aku dah kena blah dah gerak ke USM KK. Parents Cerah jemput, sebab si cerah ni satu sesi interview dengan aku. Memang aku rasa Tuhan mudahkan semualah! Satu sesi dengan dia, satu group IV dengan dia. So kiranya aku ni takdelah nak menyusahkan sangat dia. Haa! Mak Ayah dia pun memang baik and peramah giloss!! And bahasa kelantan diorang pun senang nak faham. Ahahaha maybe diorang tahu aku orang KL kut.

So IV kitorang habis kira-kira pukul 6 petang. Sampai apartmen KTC, aku kena pack barang siap-siap sebab Syafi and Ammar datang jemput lagi. Untuk iftar then hantar aku pergi stesen bas. And masa tu jugak Khalil (ada Iv jugak sebelah pagi) and Syazwan(Kelantanese) follow sekali.

Kitorang makan shell out masa ni. Yang ni pun Syafi yang booking. Ramai gila wei orang. Khalil yang duk sebelah Ammar and aku tu. Pastu ada lak si Azim and Danial kat situ (Baca previous entry jela, malas nak explain). Si Azim and Danial ni pun ada IV gak, yes sesi pagi. 

Pastu after iftar ni, we all singgah AEON KB yang besar giler tuh! Tapi aku tak sempat nak jimba lama2 sebab bas aku pukul 9 malam. I need to rush. Sempat solat maghrib je.

So Si Azim nilah yang hantar aku ke stesen bas, naik motorsikal cabuk yang dia pinjam from Danial. Ahaha! So kiranya sepanjang kat kelantan ni, transport memang takde masalah. Nak bergerak sana-sini mudah. Takyah nak naik teksi ke apa. Kereta ada, motor ada! Easy yey!

Masa nak naik bas tu pulak, aku tak tahu nak naik bas mana satu. Sebab bas dia macam tak tersusun something. Elok-elok dah salam azim semua, dah jauh dah aku jalan, pastu aku patah balik jumpa azim semata-mata nak tanya pasal bas aku ahahahahaha! Teruk an aku, ah pergi mati! 

Pastu Si Azim ni suruh aku tanya kaunter, and i be like "wth dahla bahasa kelantan diorang macam bahasa planet matoki manatah! Fikir aku faham ke siaa?" So tanpa membuang masa lagi, sebab aku ada 10 minit lagi before tayar bas bergolek atas jalan, aku pun menonong jela jalan pergi ke kaunter yang aku beli tiket ni. And suprisingly, aku jumpa Ulul(Satu sesi IV sama dengan aku!) kat situ, datang dengan ayah and uncle dia. So I  no need to ask the counter sebab uncle dia tolong! OMG seriously memang Allah mudahkan semualah!  I feel like omg indahnya takdir hidup aku ahahaahah!

.Memang aku tak stres langsung ada kat sini. Sebab everyone bagi kerjasama baik punya! I hope I can meet a lot of people like you guyss!! Thanks for everything!

 So tu jela.. Cerita aku kali ni happy ending an tapi tergantung sepi sebab apa? Yes sebab aku tak cerita pasal sesi interview aku. Yang tu next time ah aku cerita. Sebab i nak buat entry yang khas for IV session saja. Haa gituh! So wait and see jela.

Adios XOXO!



Catatan Akhir Persekolahan (Part 2)



Image result for you cried when he took away your drop of water
Curi dari Cik Minah Google!

Erm so yah lets proceed to Catatan Akhir Persekolahan Part 2! 

Before that..
WARNING!!! : CLICK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN!!! Make sure korang punya data bertimbun okay because kat sini penuh dengan gambar yang high quality melebihi "20 MB" gituhh! Tapi certain je la yang HD, ada yang tu LD sikit sebab diambil dari phone sape tah hahaha. Jangan sentap fuh!


This is my classmates lelaki yang aku mention in previous entry. Ya? Korang kira ada 9 je kan tak termasuk aku? Yeah because time trip tu ada boy dari kelas lain yang join sekaki. So takyah nak serabut-serabut kira sembilan ke sepuluh ke!

Erm yeah.. so kat sini aku nak cakap, yang aku sayang sangat diorang ahahahaha *okay pelik pelik pelik! Awkwardnyaa!!* sebab sebelum ni aku tak pernah mengaku yang aku sayang classmates aku. Kalau before this aku pernah cakap aku sayang diorang means that aku tipu korang! 

Hahaha pernah jugak ada rasa tak suka, negative feeling semua.. coz ada kisah silam yang aku malas nak ingat dah hahaha.. I hate it! Tapi bila fikir balik takde sebab yang kukuh untuk aku benci diorang.. Sebab diorang baik sangat.. Sometimes aku try to do something annoying kat diorang tau especially Fayed (Cari guy yang nampak macam mamak), tapi Fayed baik sangat!! OMG.. aku rasa aku pulak yang jahat.. Oh no!!

And psstt.. Danial pun baik gak (Kelantanese guy yang berdiri kat belakang aku). Dota boy! Salah seorang manusia yang aku tak pernah tengok dia marah tau! So disebabkan itu, aku buat satu misi untuk buat dia marah hahaha.. macam-macam benda aku buat tapi still tak marah-marah. Pelik betul! Sampai satu masa tu had sabar dia pecah wehh sumpah dia maki akuu hahaha but still dia not so marah. Huishh! Power siaa.. 

So no matter whatever it is, jauh di sudut hati, aku still berharap some of them akan tetap ada dalam hidup aku. Erm so yah chillah chillax chill dan relax! Bak kata puteri, muda cuma sekali so kita enjoy!!


Yang ni pulak, pic masa hari graduation. Bersama perempuan masuk air! Sumpah weii pompuan ni lawak gila nak mateyy.. Kelantanese jugak *Yea kat sini memang banyak gila kelantanese..* Aku panggil dia dengan macam-macam panggilan (Tipah, Jemah, Bedah, Pompuan Agung) sebab dia memang sporting habis! Gaya dia macam makcik-makcik weii .. tapi kalau angin puting beliung sampai hamik kau semua orang dia maki hamun.. Nice pun nice! And ermm ya.. surat layang dia yang tak berapa nak layang is one of my fav. Ramai jugak dia bagi and of coz dengan coklat beyy.. So sweet..

And tengok, dua orang lagi diva hujung sebelah kanan and sebelah kiri. Hahaha!

Yang sebelah aku tu nama dia Asyraaf a.k.a Cerah. Also Kelantanese. Haha, tapi yang ni lagi letups wehh sumpah takde lagi yang boleh lawan 'kemurahan hati' dia. First impression, nampak serious, matang and knowledgeable. Yes, my impression sipi-sipi kena sasaran after perangai dia masuk air and sekepala sikit dengan aku. Sedikit sengal and kelakar! Bab belanja sana belanja sini, toksah dok habaq sebab dia pernah belikan aku baju yang agak mahal ahahah takdelah mahal mana tapi bagi aku, mahal. Pastu belanja orang makan lagi, beli baju untuk some of cubemates lagi.. So memang dia murah hati sangat. And dia pandai giloss weii.. hahaha kalau dah start bukak buku, mulut dia non stop bercakap selagi buku tu tak tertutup. *If u know what i mean* 

Yang sebelah Pompuan Agung tu pulak, nama dia Hakim a.k.a Tipah Tertipu, entahlah dari mana dapat nama Tipah tu pun aku tak tahu. Mungkin gaya dia yang agak bitchy and diva sangat kut hahaha. What I can say about him adalah.. dia baik and alim jugak kut.. *badar kononnya hahaha* Kalau tak kena cara layan dia ni, memang boleh keluar drama terbaru 7 hari membenciku gituu.. Anw, psstt.. kitorang kalau tak over tak sah, tak gosip tak sah! Memang masuk air habis beb dia ni! Berangan nak jadi Nora Danish katanya.. Harap tercapailah hahaha. Pemurah jugak sebab banyak share makanan dengan aku and the others. Sorry.. muka aku ni memang muka mintak makanan. Dia ni pun boleh jadi Ratu Gelek, so sape2 yang tak cukup penari tiang, bolehla kutip dia ni. Ratu Gelek untuk di let go!! Free je tak yah bayar.. Nak amik terus pun boleh hahaha! 

SMILE!! *capture* Senyuman Tipah.

Okay so next! This one adalah salah satu gambar yang aku bersusah payah giler edit sebab resolution dia yang HD sangat.. so aku pun apa lagi tambahkanlah lagi keHDan dia.. 

Ni pun time hari graduasi jugak. Cuma no more pompuan agung tapi ada Masyi and Melverne in the house..

Melverne, sabahan.. cubemate dengan si Tipah Tertipu tadi. Tak rapat sangat tapi yang pasti dia ni memang budak study beb! Hebat chess gitu and akan fly ke India jugak..

Masyi ni also kelantanese weii.. Ahhh bila fikir balik, banyak jugak aku kawan dengan orang kelantankan? Hmm.. so first kenal when aku dan dia jadi hicom for our batch.. *Ops jangan salah faham bukannya presiden ke naib presiden ke* We all just ajk je.. Dia ni lawak and sporting jugak! And yang paling pelik pasal dia ialah, dia muncul di mana-mana hahaha. Can you imagine, pondok-pondok kat kolej kitorang yang tak pernah orang lepak tu, yang aku rasa dah nak reput tu, dia boleh goyang kaki kat situ. So kat kolej tu, kat mana aku and hakim berjalan, mesti akan muncul dia. Dia fikir ni drama Heroin Mr. Cinderella ke apa nak muncul sana-sini.

Tak nak cakap banyak dah.. haih penat.. So kat bawah ni adalah pic time Royal Erovra Night! Malam yang aku dan Hakim menjerit macam haram and wth! Hahahaha

Syafi dan swafoto nya berpisah tiada.


Then ada pulak Amirul Arif kat situ, sebelah aku! Dia ni kalau bercakap dah boleh mengalahkan ahli politik wakil rakyat semualah! The best part is kalau dia start bagi tazkirah, memang ohsem gila, mencucuk-cucuk macam mami jarum beb! Boleh insaf sekejap lima minit. First jumpa dia masa kitorang duduk sebelah menyebelah time orientasi, dia tegur aku dulu.. kah! Aku nak tegur orang dulu memang haramlah!

Then after that, takdir meletakkan aku dan dia dalam satu kumpulan yang sama, we called it as LDK. First duduk sebelah dia pun aku dah dapat rasa sesuatu.. Aura dia lain macam beb! Lagilah aku dapat 'teropong' dia dengan lebih dekat kan? Ya ampunn..aku peghati je gerak-geri dia.. gaya dia sume.. aku suka dengan konfiden yang ada dalam diri dia! Cara dia cakap pun aku suka..Kalaula konfiden dapat dicuri kan? And.. kalau bab ilmu agama ke tazkirah ke dia memang pandai jugak. And dia punya gaya pun comel gak macam doraemon gituu hahahhaa! Kalau bercerita dengan dia, memang seronok. Susah nak berhenti wei.. And from that, i started to be a mesra person.. Banyak benda yang aku belajar dari dia.. Walaupun dia diam je, aku belajar dari gaya and sikap dia.. So nice wehh!!

Ish, si belon ni sibuk je nak bergambar sekali!


So we have Pompuan Agung again, di mana masa ni dia dah ngantuk tapi digagahkan juga untuk tangkap gambar.. so tidur pun sempat lagi peace. 

And we also have Leya, second girl! kelantanese jugak oh my gosh! Dia ni pun lawak jugak. Naib Presiden uoolss jangan main-main! Yang sebelah dia tu, Aina.. nampak ala-ala ustazah sikit and dia noicee giloss.. Semua sporting habis ah senang citer! Perfect! Package lengkap utk uolls jadikan kawan okay..

Hujung sekali tu Khalil. Dialah presiden batch aku. Gempak beb dia! Sumpah.. good leader, good in everythingla senang citer. Psstt.. aku pernah banyak kali cuba sakitkan hati dia hahaha tapi dia simpan dalam.. I know dia macammana walaupun dia kata dia tak kisah but kisah hati siapa yang tahu kan? Tapi at last, aku mengalah.. Haih... I'm sorry..


Okay time ni, aku tumpang menyibuk nak tumpang sekaki tangkap gambar! Hak elahai pastu boleh pulak tengah elok-elok aku nak buat peace freestyle bagai, adala sorang cikgu ni menjerit suruh kitorang kemas meja kitorang haih..kalau tak dirampasnya kamera sume bagai kononnya.. so lastly terhasillah gambar di ambang jeritan maut ni! 

Orang tua-tua kata kalau tangkap gambar bertiga, yang tengah mati dulu! I dont care! The important is gambar ni cantik jugak walaupun Zack tengah menundukkan pandangan dalam gambar ni dan muka aku dah macam orang tertelan ubat gegat. Rasa macam tangkap gambar dengan artis gituu sbb this guy ramai peminat uolss.. #HusbandMaterial .. So yang mana ada mengidam lelaki mithali ke apa ke.. this guy adalah salah satu calonnya!


One of the pic yang aku terpaksa edit sebab blur macam guna kamera 3gp! Ni pun gambar bertiga uolls tapi tak nak percaya benda mitos. *Fikiran kau memang macam mak nenek!*

Behind the scene : Actually, gambar ni ditangkap oleh Azim, si mamat yang ada dekat pic yang ada belon tu. Yang duduk bertepek sebelah aku tu. *Pembaca perlu tahu* Time aku peluk si Imran ni *sebab dia macam bantal peluk*, Imran ni sebenarnya terkesima kejap tau hahaha, tapi tak tahula dia redha ke tak but if even dia tak redha pun dia masih boleh kekalkan senyuman dia yang elegan tu! *Elegan? Eh.*

Tak tahu nak describe apa si Imran ni.. sebab everything perfect to me! No words can describe about him. Haha sebab aku tak nampak cela dia. Erm so yah hahaha sesiapa yang nak fefeeling ala-ala novel Imam Mudaku Romantik ke, Di Atas Sayap-Sayap Malaikat ke, this guy is on point! But pls not the guy in Eksperimen Cinta yang rambut berkarat macam kari tumpah sekilo tu! This is Mr Perfect 10!

Tengok gambar ni! Nampak tak seseorang kat penjuru alam belakang sana, yeah thats Ammar.. Kalau korang nampak dia cam pelik, yea dia memang pelik and funny jugak hahaha. Depan sekali Zaris.. a very good guy, sporting jugak.. first impression? *This guy akan jadi manusia yang akan aku benci 7 keturunan! Ammar pun!* *Keluarkan pisau!* Hahaha but at last, diorang baik gila okay.. memang masuk air jugak haha and I started realise that sometimes aku je yang suka fikir negative kat orang .. Yea semuanya sebab my life before this yang terumbang-ambing macam hapetah!

And yeah this is the last pic with them that totally make my llife enjoyable! But some of them will go far away to India. And some of them will go to USM Penang. Tapi jauh mana pun diorang, aku tetap akan setia mendoakan kesejahteraan diorang.. and may Allah replaces them dengan orang-orang yang sebaik atau lebih baik daripada mereka. Yang patah tumbuh yang hilang berganti.. mereka hanyalah pinjaman daripada Tuhan. Takdir Tuhan tak pernah salah!

Thanks for everything guys sama ada yang ada dalam gambar or takde dalam gambar! Goodluck in your life guys! I will never forget every moments that we had together!

Ermm ya life must go on, right? 

Adakala kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah, agar kita bersyukur dipertemukan dengan cinta yang sebenar. - Liza Zahira, Seindah Sakura.

Catatan Akhir Persekolahan (PART 1)




Image result for the worst feeling is when you find out you didn't mean as much
Yes! So macam biasa, every entry have their own quotes!

Hello and hi again to all my bubbly boo! Lama gila an aku tak update blog. So pada malam yang indah ini, finally yeay I have 'A LOT' of data. "A LOT" hehehe. So I need to habiskan malam ni jugak tak kiralah apapun. Aku ada masa nak update ni pun because of terpaksa okay! Hahaha sebab nanti this entry jadi cerita yang dah basi and tak laku. Lagipun, next entry aku nak update pasal my interview pulakkan? Goshh yang tu lagilah kena update cepat-cepat! 

So korang pun dah nampak tajukkan? Why title dia macam tu? *Hello bebs.. suka hati akulah nak tulis title apa pun!* Erm so yah aku buat tajuk macam tu sebab after this my life dah bukan macam budak sekolah lagi dah! Yeay! Finally i'm free.. Kalau dekat U nanti hidup aku macam kat sekolah ada warden, outing sabtu khamis gilir-gilir bagai.. memang ergghhh!! Stress level tahap paling kritis nanti!

Erm yah tanpa membuang masa lagi, aku nak start satu per satu dan secebis kisah aku sepanjang aku hidup sebagai student Pra-U di Sekolah  *Ops..* Kolej MARA Kulim yang terletak jauh di ceruk dunia. *K statement aku kalau tak over tak sah - bak kata ahli mesyuarat tingkap* 

WARNING!!! : CLICK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN!!! Make sure korang punya data bertimbun okay bcoz kat sini penuh dengan gambar yang high quality melebihi 20 MB gituhh! Tapi certain je la yang HD, ada yang tu LD sikit sebab diambil dari phone murahan *Okay joke sorry!* Jangan sentap fuh!




Dari kiri : Ammar, Aku, Syafi, Faiq // DALAM FERI

I will tell you one by one about them!


Yeah.. so time ni adalah trip ke Penang selama 2 hari 1 malam. I join sebab nak tenangkan diri coz serabut sangat masa ni. Actually, time ni sepatutnya i suppose join trip my boy classmates ke Gunung Lambung mana tah kan tapi aku tak nak pergi sbb aku dah janji nak ikut this three boys pergi Penang. This trip Penang adalah secret between four of us! Budak lain takleh tahu gituh! Nak dijadikan cerita disebabkan tak sampai hati, aku pun terpaksa menipu my classmates kononnya malas banyak kerja dan sama waktu dengannya! Kah! Akhirnya.. sampailah aku ke Penang.. 

Tapi sebenarnya dah kantoi tau dengan my 10 classmates sebelum sampai Penang lagi sebab masa diorang nak pergi Gunung Campak Lambung tu, diorang 10 orang ni tunggu bas depan Kolej.. so boleh pulak masa aku and the gang on the way nak pergi ke teksi yang dah tunggu tu, kitorang semua ni bertembung dengan diorang. Nasib baik time tu diorang tunggu seberang jalan.. So aku dengan kabutnya, cepat-cepat masuk dalam teksi menyorok belakang Syafi yang berbadan agak besar so that aku harap diorang 10 orang tu tak nampak aku hahahahahaha! HAH! My life... So sengal betul aku ni.. Ah whatevaa.. 

But, aku fikir bala dah lepas dah.. tetiba sampai Stesen Bas Kulim tu ya ampunn this 10 orang classmates aku ni, berdiri betul-betul sebelah bas yang aku and the gang naik nak pergi butterworth! Aku dalam hati mmg macam.. why? Kenapa diorang ada kat sini? Ya Allah tolonglaa jangan bagi diorang naik bas ni.. pls.. and lastly, bas pun bergerak dan aku bebas yeayyy!! *Panjang betul mukadimah..*



From this angle, aku rasa aku lawa sangat hahahahahha! K


Angin bertiup kencang gituhh... sampai aku pun fefeling lagu Wany Hasrita. Menahan rindu. Syafi dan makanan berpisah tiada.



*Alahai asyik dalam feri je.. bila nak sampai Penangnya..*



Time ni dah nak sampai dah..

Malamnya.. after lepak dekat something like hotel-room or whatever idk tapi that tempat sewa kitorang betul-betul sebelah Restoran Kapitan. Tapi memang selesa walaupun katil aku berbunyi.. maybe skru longgar celah mana tah. Nasib baik tak runtuh! 

So kalau dah tidur pun deret-deret Kapitan tu *Eh hello, bukan dekat kaki lima eh! Helok sikit perangai!* so memang tak sah kalau tak singgah pekena Nasi Beriyani dia.. Omg sumpah letopss beb tapi tu pun aku tak habis.. so aku pun sedekahkan pada Syafi, Ammar and Faiq yang perut tak pernah penuh. Kah!


Okay yang ni dekat food stalls area Padang Kota. Sorry,, tak tahu nama sebenar tempat ni apa.. coz apa yang aku tahu adalah makan, makan dan makan. Sebab memang tujuannya untuk food hunting pun! Bukannya nak kenal Geografi ke bentuk muka bumi ke.. *Jangan 'batch' okay!*

Hah? Ya? Kitorang makan apa? .. Oh time ni kitorang pekena Pasembor dengan kerang rebus jaa.. Makan ringan-ringan gituuu.. 


Still dekat Padang Kota.. lepak-lepak after perut penuh. Best sangat duduk sini, boleh tengok gelagat orang.. tengok air laut yang dah lama aku tak tengok.. Hue hue.. Takut pulak kalau tengah-tengah duduk tetiba datang pulak ikan todak jadi ala-ala Singapura dilanggar todak gituu..


Hahahaha! Then and time kitorang tengah chill-chill kat sini, ya ampunn datang pulak sorang aunty ni yang bagi aku gelandangan kutt.. i have no idea.. tapi kat sini memang ramai gelandangan pun.. So this aunty mula-mula aku nampak dia mintak derma tau dari satu orang ke satu orang.. I'm not sure Syafi and yang lain perasan ke tak.. sebab yeaa mata aku ni tak sah kalau tak teropong perangai orang ni *Jangan kecam k*

Then, start pulak turn kitorang, dia datang from Faiq. So tetiba after tu, dia mula bukak citer pasal diri dia.. Ya ampunn lama gilaa wehh.. sumpah! Katanya mualafla, apala sume bende dia citerla.. Mula-mula tu layan jela, tanya-tanya sikit soalan kat dia, senang citer macam sesi bertaaruf, rancangan tautan kasih gitula!.. but bila lama sangat tu omgg.. terpaksa tutup mulut and then after several minutes bercerita barulah dia blah.. And idk yang lain faham ke tak dia cakap apa.. Sbb aku pun tak faham sangat hahahaha coz suara dia tenggelam-tenggelam timbul. Huh! Pelik-pelik je.. elok-elok tenang terus tak tenang hahaha jk jk!

Then after that, kitorang balik 'hotel'. Wifi laju beb! Sumpah aku tidur lambat gila sbb tengok movie Lady Boss gituu kah kah!

Tengok Syafi, buat iklan sunsilk kat belakang tu..

Awal-awal pagi esoknya, kitorang pun check out. So we were going to this kedai roti canai tepi jalan.. I dont even know apa nama tempat ni but it is a nice place.. Even tempat dia sempit but srsly best kutt makan kat sini sambil tengok orang lalu-lalang kat jalan raya. *K memang restoran lain takleh tengok jalan raya pun.*

From angle Ammar. 


So after that, kitorang pun ronda-ronda sekitar kawasan.. sometimes jalan kaki, sometimes naik uber. Sumpah weh aku tak menyesal join diorang. Diorang punya plan superb dowhh.. They such a good tour guide tau! Lagi-lagi Syafi dengan Faiq, diorangla yang cari uber semua supaya this trip went well and smooth. Kalau aku.. ah sorry to say.. Ya maybe sebab diorang dah dua kali pergi sini kut.. Haha tah.. aku rasa kalau aku dah pergi dua tiga kali pun.. aku still takleh nak decide pergi mana semua. I need tour guideee!!!!


Masa ni dekat street art. Ah tahla.. serabut aku sebab lukisan dia ada kat mana-mana je.


So whats next? Yea.. waiting for uber again to bring us to Es Planade.. *ah tah betul ke tidak spelling aku ni!*



Kitorang sampai Es Planade ni sumpah awal gila.. Pukul 9-930 something like that kutt sebab kebanyakan gerai tak bukak lagi. Sebab we aimed to eat mee sotong tau *Syafi recommend* Ahaha. So kitorang pun lepakla sampai 1030 something camtu barulah kedai bukak and we all dapatla pekena mee sotong dia yang sedap gilee tuu.. Time pukul 11 camtu pulak, barulah kedai cendol yang kitorang tunggu sejam lebih tu bukak.. Tu pun barang-barang nak buat cendol sume takde lagi.. Omg so we have wait, wait and wait until the mamak datang bawak barang-barang dapur yang entah dari mana datang tah..

Dan finally.. we all dapatlah membasahkan tekak dengan cendol masing-masing yang nice sangattt.. Aku siap tambah ais krim lagi uoolss.. K over hahaha.


So this is after solat jumaat, we all rush pergi Restoran Deen Maju *rushla sangat...* sbb katanya nanti ramai orang. *Sorry first time uoolsss.. memangla tak tahu pape*


So kat sini aku dah start padat gila.. so hanya mampu telan ayam jee and milo ais seteguk.. Yang lain memang susah nak lari dari nasi kandar penang ni.. *Susah sebenarnya jadi orang perut kecik ni*

And after that, kitorang pun mulalah cari uber balik nak pergi ke feri gituu.. And time dah sampai kat kawasan feri tu si Ammar ni boleh pulak dia tertinggal wallet dia dalam uber.. Hahahaa lawak weii nasib baik uncle uber tu baik.. So that uncle came back and bagi balik the wallet to Ammar. Yea happy ending sangat..

Pastu, time sampai dekat Stesen Bas Kulim tu, kitorang grab taxi nak balik kolej.. and time dah dalam teksi tu, tetiba one of my classmates yang join trip Gunung Lambung tadi tu ternampak aku dalam teksi.. OMG.. then berlakula adegan kejar-mengejar acah citer korea kat situ. *Sorry hahaha tak over tak sahhhh...*

Watever it is, seriously.. this trip memang happening gilaa even tak sampai dekat batu feringgi.. I dont mind. Yela actually mula-mula nak buat 3 hari 2 malam tapi after memikirkan banyaknya kerja time tu haha memang takla.. Tak pasal-pasal kena 'taruh' dengan my maths lecturer.. terus hati tak tenang nanti. 

But.. Syafi and Faiq are best planners.. Aku dengan Ammar tahu jimba je.. Kalau bab2 cari tempat makan yang best-best memang Syafi pandai nak cari and booking sume.. coz aku dah pergi kelantan hari tu and he did it! Tapi tak nak cerita sekarang! Next entry okay! 

They are such as wonderful people seriously.. Syafi, Ammar, Faiq ni layan je aku even sometimes perangai tak sememeh aku keluar. Syafi, Ammar, Faiq srsly baik sangat! No words can describe about their kindness,, so whoever yang nak ke Kelantan tapi tak tahu nak makan kat mana bolehla roger si Syafi ni.. Oh ya Ammar sekali sebab dia ni pengikut tegar Syafi. Kat mana ada Syafi, kat situ ada Ammar..Ahahaha. *Promote kejap* Amik nombor ni .. 014 tekan-tekan tak dapat. *ops k hambar.. so what?!*

So nanti , this three boys dah tak dapat jumpa dah sebab diorang fly jauh ke India. And aku, kalau ada rezeki.. tercampaklah di bumi Kubang Kerian tu.. Haih.. Hahaha but i still need somebody like Syafi, to be my tour guide srsly.. And maybe dia pun boleh jadi tour guide dekat India nanti? So bolehla aku singgah berjimba sana. *Amboih, banyak duit kau nak pi India!*

Erm so yah tu jela kott untuk part 1 ni.. memang panjang berjela. Sorry entry aku ni kalau tak panjang tak sah. So its up to uolss la nak baca ke idok ye! Idc! Adios xoxo!
Finally dapat pun update this entry.. Actually dah lama dah nak update tapi data tak banyak and takde masa. Busy gituu.. 


 
Amir Rusyaidi©