Raya Dahulu vs Sekarang

Assalamualaikum,penat betullah tadi baru balik dari genting highlands.Dari pukul 7 pagi sampai pukul 12.40.Sekejap jekan??Melancong ke buat ape nih??Nasib baiklah sempat pergi sekolah.Huh!Ok sebenarnye bukan ini yang saye nak sampaikan.This is>>>bulan ramadhan dah pun dekat.Masa ni jugaklah nak beli baju raya,kasut raya,jalan raya,hantu raya..Hantu raya dan jalan raya mne adelah,just joking.Kalau pegi shopping mall ke masjid india ker mesti pening kepala dibuatnya sebab ramai orang.Ada sesetengah orang nih hari first berpuasa dh beli baju raya dah dan bile mase first day aidilfitri warne baju semuanya luntur.Sebabnye??ok akhir post nnti saye cerite..

Staright to the point..Baca sekejap tajuk atas tu.Tajuk tuh bermaksud perbandingan antara raya dulu dengan sekarang yang sangat jauh berbeza.Jadi saya buat post nih untuk anda buat perbandinganlah yang mne bagus dan yang mne tidak dan sebagai suka2.OK,we will start now!

Dulu,buat kuih sendiri.Sanggup tak tidur malam,berarak sana sini salin resipi.Sekarang,semuanya beli.Kat rumah mane pun,rasanya sama.Kalau berbeza pun cuma cuma bentuk dan warne.

Dulu,seronoknye bile diajak pegi rumah saudara mara.Sekarang,banyak alasan yang diberi.Malaslah.itulah inilah.

Dulu,hantar kat raya sebagai tanda ingatan;yang diterima boleh digantung buat hiasan.Sekarang,hantar sms jer.Eja pun x betul.Simple-simple jeh.Yang hantar kat mak bapak sendiri pun bahasanya kadang2 macam hantar kat kawan;brutal.

Dulu,budak2 berjalan kaki untuk beraya.Sekarang,nak bertandang ke rumah yang selang sepintu pun naik motor.Dah tu siap berempit lagi.

Dulu,budak2 kalau dapat sepuluh dua puluh sen pun dah seronok.Sekarang,dapat seringgit pun masih lagi menyumpah.

Dulu,kalau dapat duit mesti simpan dalam bank x pun dalam tabung.Sekarang,kalau dapat duit jer terus perabiskan duit tuh dgn perkara yg x berfaedah.

Dulu,pelita buat sendiri.Daripada buluh,botol dan tin.Sekarang pakai lampu lip-lap jer.Dah tak dapat nak bezakan dah dengan krismas dan deepavali.

Dulu,budak2 seronok lari sana sini.Sekarang just main PS2,PS3,x pun duduk dalam rumah tengok astro dan movie yg ditayangkan..

Tu jelah yang boleh saye ceritakan untuk hari ini.Satu jawapan yang boleh orang jawab biler kite tanye diorang kenapa x ikut adat tradisi zaman dulu? "Alah kau nih tak ikut peredaran zaman langsung.Kolot betul.Lagipun,zaman dah berubah,dunia dah maju" Ok,sampai di sini post saye untuk hari ini..Eyh,ade lagilah,saye terlupa untuk memberitahu anda sebab ape baju raya warne semuanya luntur bile first day aidilfitri.Jawapannnya ade pada anda,pada setiap pendapat masing-masing.Ok jumpa lagi,tuan blog nk pegi beraya nih!Eyh puasa pun belum habis dah nak raya..Haha >_-

COKLAT.... SeDaPnYa~

Hey,korang suka makan coklat tak?Tentu semua orang pernah merasai keenakan coklat tetapi tak ramai yang tahu tentang kajian saintifik pembuatan coklat?Saya jumpa artikel tentang coklat ni dlm majalah.So saye sharelah sikit dekat korang sumer ye..Kalau x nk bace pun xper!First,saya akan memberitahu anda tentang sejarah coklat.

 SEJARAH COKLAT
              Coklat mula-mula ditemui tiga juta tahun dahulu di Amerika Tengah dan Mexico.Tamadun Mesopotamia,kaum Maya dan Aztec menyebutnya dalam bahasa Nahuatl-'xocolati' bermaksud 'air pahit'.Para arkeologi menemui rekod coklat digunakan di Puerto Escondido,Honduras pada 1100 hingga 1400 SM.Ia digunakan dalam upacara rasmi.
              Pada tahun 1700,mesin menghasilkan coklat daripada ekstrak biji koko dicipta.Pelbagai jenis coklat dihasilkan seperti coklat susu,coklat putih dan coklat hitam.Coklat putih dihasilkan daripada gula,koko dan susu manakala coklat hitam diperbuat daripada campuran lemak,gula dan koko.
              Kedai coklat yang pertama sekali dibuka di London pada tahun 1657.Pada tahun 1689,Hans Sloane,ahli fizik menghasilkan minuman coklat di Jamaica untuk tujuan perubatan.Akhirnya,dijual hak milik kepada John Cadbury.
              Coklat cepat cair di tempat panas!Korang perlu menyimpan coklat pada suhu 15-17 darjah Celcius.Coklat juga perlu diasingkan daripada makanan lain untuk mengelakkan ia menyerap bau.Jika tidak dapat menyimpannya di dalam peti sejuk,balut coklat dengan kertas dan simpan di tempat gelap.

    FUNGSI COKLAT

    1. Ubat keletihan(kaum Maya)-mengandungi theobromine
    2. Ubat cirit birit(penduduk Amerika Selatan dan Eropah) 
    3. Bayaran cukai -sumbangan(kaum Aztec)
    Coklat juga terdapat kebaikan dan keburukan. 
    KEBAIKAN COKLAT
    1. Mengandungi ekstrak koko yang tinggi,kaya dgn flanoid dan asid galik-memberi perlindungan kpd sistem kardiovaskular(coklat hitam)
    2. Mengurangkan kadar serangan jantung
    3. Menstabilkan tekanan darah
    4. Merendahkan kandungan toksin dlm tubuh sesetengah haiwan seperti kucing dan anjing
    5. Memberi kesan baik terhadap kesihatan dengan kehadiran antioksidan
     KEBURUKAN COKLAT
    1. Boleh meningkatkan kadar obesiti.
    2. Bahan bertoksik kepada kebanyakan haiwan-tidak mampu menstabilkan kandungan theobromine  
    Cadbury-jenama coklat terkenal di seantero dunia

    Pencuci mulut-Strawberry with chocolate filled

    JENAMA COKLAT YANG TERKENAL
    1. Cadbury
    2. Crispy
    3. Daim
    4. Milo
    5. Cloud 9
    Okay,sampai di sini saja post saya untuk hari ini.Semoga anda tidak bosan membaca post saya yg tidak seberapa ini.Jumpa lagi.Have a nice day ya!!!!:)    
        



              
       

    Antara CINTA Dan SAHABAT

    Tentu ramai antara kita ni yang susah untuk memilih CINTA ataupun SAHABAT..Jadi saya coretkan sedikit bahan bacaan buat tatapan semua...

     ANTARA CINTA DAN SAHABAT

    Orang kata SAHABAT tu SELAMANYA~~
    Orang kata SAHABAT lebih dari CINTA~~
    Orang kata sekali SAHABAT selamanya SAHABAT~~
    Orang kata pilih lah SAHABAT dari CINTA~~

    SEBABNYA???

    Mereka kata CINTA itu buta dan akan menyebabkan kita JATUH dan TERLUKA~~
    Mereka kata SAHABAT pula akan bantu kita BANGUN dan PULIHKAN kita~~
    Mereka kata CINTA boleh di cari tetapi SAHABAT sukar untuk di cari~~

    MAKA.....

    Mereka pilih SAHABAT dari CINTA...
    Mereka dahulukan SAHABAT dari CINTA...
    Mereka pentingkan SAHABAT dari CINTA...

    TETAPI....

    Bila mereka mula merasai CINTA~~
    SAHABAT di tinggalkan...SAHABAT di lupakan...
    CINTA boleh menegur tentang SAHABAT...tapi...
    SAHABAT tak boleh menegur tentang CINTA...
    Kata-kata dan ikrar hanya tinggal kata-kata tanpa makna..

    SEBABNYA~~


    CINTA telah menjadi segala-galanya~~
    CINTA telefon tgh malam sampai pagi tak apa~~
    CINTA merajuk tak apa~~
    CINTA marah pun tak apa~~

    BILA~~

    SAHABAT telefon tengah malam,talian sibuk.
    SAHABAT ada masalah langsung tak di endahkan...
    SAHABAT merajuk, dia yang marah...
    SAHABAT marah, dia terus putuskan persahabatan...

    SEBABNYA~~

    Dia fikir CINTA akan temani dia...
    Tapi..dia tak pernah fikir "adakah cinta itu cinta abadi dan sejati?"..
    Sedangkan SAHABAT sejati sudah ditinggalkan...

    AKHIRNYA~~
    Setelah di tinggalkan dan dilukai oleh CINTA...
    Dia kembali mencari SAHABAT...
    Meminta-minta kembali kasih SAHABAT..
    Luka SAHABAT terlalu dalam..
    Namun, SAHABAT masih menerimanya...
    Kerana, bagi sahabat, SAHABAT ADALAH SELAMANYA..
    Luka yang telah di gores di hati, SAHABAT menganggapnya sebagai dugaan PERSAHABATAN..
    Kerana bagi SAHABAT~~"Sahabat sebenar akan mencapai tangan sahabatnya dan akan menyentuh hatinya"..

    ~Hidup Itu Indah Jika Kita Tahu Mencorakkannya~

    P/S : Jangan mengatakan sesuatu yang tidak dapat anda tunaikan kerana ianya hanya akan melukai hati seseorang yang mementingkannya~~

    dan paling penting adalah cari lah CINTA yang mampu menjadi SAHABAT..
     
    Amir Rusyaidi©