Review Novel : The Wedding Breaker and 13 Jam A380

Excited gila baca novel ni.haha
Seperti yang sedia maklum,aku dah lama beli novel ni tapi baru punya peluang nak review hehe.So check it out.Why this novel sangat popular huh?For ur information novel ni akan diadaptasi ke drama mulai 30 disember ini di slot akasia.So for those yang berminat boleh tonton saja.haha sempat lagi promote

Seriously aku nak cakap novel ni memang best gila-gila berbanding novel yang lain.Aku tak tahu kenapa.Novel ni buat aku termimpi-mimpi.Sama macam novel 13 Jam A380.Mungkin garapan dari sang penulis,Evelyn Rose membuatkan aku rasa novel ni tak rugi beli..Dengan cara penulisan yang agak santai,aku rasa novel ni wajar diberi penghargaan.*amboi penghargaan* lol

Salah satu keistimewaan novel ni ialah terdapat banyak kata-kata nasihat atau Quotes yang boleh diteladani.Terdapat juga beberapa potong hadis dan ayat Al Quran yang diterapkan.Sebagai contoh...Lihat gambar di bawah.


Credit to... Insta Kak Evelyn.Sorry kak hehe

So the conclusion is tak rugi beli novel ni.Di samping jalan ceritanya yang baik dan tidak terlalu serabut..Ermm so yah tu jelah review novel The Wedding Breaker.Untuk jalan cerita yang lebih gempak bolehlah tengok drama dia haha sebab katanya drama dia dipanjang sedikit sebab novel dia terlalu pendek untuk difahami.Lebih-lebih lagi tentang Ramzul dan Liyana tu.Haha.Ok Next!!!

13 Jam A380

Ok novel ni lagi-lagi best dari The Wedding Breaker.Aku suka time Hana Sofea dan Syed Haydar pusing satu flight tu.Gempak k.I adore you Kak Evelyn.Sangat-sangat best tapi saya harap sangat Hana dengan Fawwaz hihi.Tapi tidak apa-apa novel je pun.Lagipun dah tercatat dalam novel ni dan Al Quran juga ada menyebut :
Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.Erm  so yah buat apa kita nak melawan takdir right jika itu sudah tertulis 50 000 tahun sebelum adanya langit dan bumi.
Erm so ni sinopsis dia..
13 jam di dalam penerbangan ke London menaiki MAS A380, takdir menemukan Hana Sofea dan Syed Haydar, jejaka idamannya. Mencipta kenangan terindah di langit biru.
Mereka bergelar kekasih kayangan untuk empat jam, menari tango bersama, menjelajah seluruh pesawat bersama, merasai enaknya Caramel Latte bersama… Tapi tatkala MAS A380 mencecah lantai bumi, segalanya pergi bagai wap di udara.
“Hana, thank you for last night… But I can’t have cocaine all the time.”
– syed haydar.
Melihatkan sendiri kemesraan Syed Haydar dan kekasih realitinya, si model jelita membangkitkan Hana Sofea daripada mimpi indah.
Di kota London, A380 juga akhirnya menerbangkan Hana Sofea kepada Fawwaz Hussaini, jutawan kacukan Melayu-Inggeris-Arab. Tanpa sebarang sebab, Emmel, anak angkat Fawwaz menyangkakan Hana Sofea ialah ibunya.
“My daughter likes you. If you’re willing to let her call you mommy… I will pay you fifty buck per hour...” - Fawwaz Hussaini
“Dapat hadiah tak?” – Hana Sofea
“A pink Audi TT, is that okay?” - Fawwaz Hussaini
“Saya nak Audi TT yang latest version aje. Yang lain saya tak nak.” - Hana Sofea
Hadirnya Hana Sofea menghiasi kehidupan mereka sekeluarga bagaikan indahnya bunga popi mekar, munculnya sang jutawan bermata ambar yang kuat pegangan agamanya itu dalam hidup Hana Sofea pula bagai menyedarkan Hana Sofea tentang kasih sayang Tuhan. Dan saat semuanya bagaikan baru bermula, Syed Haydar datang menuntut sebuah cinta...
“Saya rindu awak, Hana… Jangan cakap awak dah kahwin dan budak ni anak tiri awak, Hana.” – Syed Haydar
Adakah mimpi akan kekal sebagai mimpi setelah waktu berlalu dan hari berganti?
To be honest kedua-dua novel memang tak rugi kalau beli.Sangat-sangat berbaloi.Ya kedua-dua novel ni sarat dengan ilmu pengetahuan dan disertai dengan ilmu agama.Dan kedua-dua novel ni jugak memang menyedarkan aku tentang kasih sayang Tuhan.Hana yang dulunya tidak menutup aurat akhirnya berjaya berubah ke arah yang lebih baik begitu juga dengan Ariana Rose(watak dalam The Wedding Breaker).

So aku akhiri entry aku kali ni dengan kata-kata...



Credit to : The Wedding Breaker Pages
Thanks for reading!!!!Jasamu dihargai

PMR Resultssssss...and Creditsssssss

Jalan hidup masih panjang...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.First of all,hari ni merupakan hari yang bahagia buat aku.Alhamdulillah aq berjaya dapat warna terbang (flying colours).Dengan limpah kurnia yang Allah berikan telah membuatkan aku tergolong dalam 14 orang yang cemerlang.Kejayaan yang aku kecapi ini bukan datang dari usaha aku semata-mata tapi ia juga daripada mereka yang banyak membantu dari segi tenaga dan material.Haha aq tak tahu nak tulis apa ni...

Anugerah ini ingin aku hadiahkan kepada semua yang banyak menyokong aku selama ni..Yang tak henti2 mendoakan kejayaan aku.Tanpa sokongan dan doa dari mereka tidaklah aku ada di atas pentas hari ini.Kepada ibu ayah kakak dan abang yang sentiasa memberi dorongan dan kata-kata yang menaikkan semangatku untuk terus berjaya.

Tidak lupa juga kepada guru2 yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya dari saya darjah satu sehinggalah kini.Tanpa tunjuk ajar mereka,saya tidak mungkin akan sampai ke tahap ini.Terima kasih kerana telah memberkati segala pelajaran yang saya terima dari cikgu.Guru-guru Tingkatan 3 saya,Puan Zaliha,Puan Harziana,Puan Rubiah,Puan Ainey,Puan Rosnah,Puan Suria,Puan Rajinder,Cikgu How,Puan Rossida dan ramai lagi...Terima kasih yang tak terhingga...

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang selalu support aku,selalu ajar aku kalau aku tak faham...Iqbal,Ammar,Azeema,Laila,Hazim,Thomas,Danial,Izzah,Ronnie,Sabrina dan yang lain2.Apa2pun terima kasih banyak2,tanpa sokongan dan bimbingan dari korang aq takkan berdiri seiring dengan korang.Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian.

Kepada rakan-rakan yang tidak berjaya,jangan berputus asa,teruskan usaha...SPM masih ada...2 tahun akan datang pulun habis2an.Dan kepada rakan2 yang berjaya jangan biarkan usaha anda terhenti sampai di sini saja.Perjalanan hidup kita masih panjang.Masih banyak lagi peluang yang boleh kita rebut.Ingat!Kita hidup bukan saja untuk dunia,tapi untuk membuat amalan untuk dijadikan bekalan ke akhirat.
Kejayaan yang sangat berharga diperoleh melalui usaha keras,mengeluarkan keringat,air mata dan darah.Kejayaan yang diperoleh dengan susah payah dan pengorbanan,sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Thayyib,"Seandainya tidak ada halangan maka semua manusia boleh menjadi pemimpin.Orang dermawan boleh jadi fakir dan orang yang berani boleh menjadi pembunuh.."
Celaan tidak akan mempengaruhi orang yang berjaya.Bagaimanapun setiap celaan adalah momentum kepada kemuliaan dan ketinggian seseorang sebagaimana kata Abu Thamam,"Apabila ingin meyebar kemuliaan,Allah membukanya melalui lisan orang yang dengki.

So...Terima Kasih banyak-banyak semua!!!teruskan jalan hidup kau orang seperti biasa.Harapkan keredhaan Allah,itu yang penting.Aku tak tau nak cakap apa lagi.Itu jelah kot hehehe.*Rasa macam speech pulak entry aku kali ni*
Orang yang berusaha ibarat menanam tumbuhan.Tumbuhan itu akan tumbuh,bercambah dan berbuah.Ketika itu kamu akan merasai kepuasan dan kenikmatan hasilnya..

Manusia Saling Memerlukan


Assalamualaikum para para readers sekalian.*Para para??*Haha ok lets go to our topic today.Actually aku dah lama dok update entry.Asyik entry pasai giveaway jer bosan jugak.Ok hari ni aku nak cerita pasal perbezaan pendapat tentang pekerjaan.Yang ni hina pekerjaan yang tu,yang tu hina pekerjaan yang ni.Haish teruk betul korang ni.

Korang mesti pernah tanya soalan macam ni,
Apasal diorang tu kerja sapu sampah?Tak malu ke orang hina ke kutuk ke.Apasal diorang tak jadi cikgu ke,doktor ke?Mesti masa sekolah dulu diorang ni main-main.Huhu
Sebenarnya,pandangan korang salah 100%.Sebabnya??Ok setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini telah tertulis takdirnya.Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.Cuba korang fikir,if semua orang dilahirkan untuk jadi doktor,siapa nak mengajar korang kat sekolah?Takkan doktor jugak kot.Ok how about kalau semua jadi cikgu,siapa nak jadi tukang sapu sampah?Siapa yang nak bersihkan kawasan persekitaran korang yang penuh dengan sampah tu.Jenuhlah kalau semua orang buat pekerjaan yang sama.If semua orang jadi doktor,siapa nak tanam padi?Siapa nak bela kambing?Siapa nak bela ayam?Nak bagi makanan asas kat korang siapa?Korang jugak ke?Takkan...So please think about it!

Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana.Allah Maha Mengetahui apa yang ada di jiwa setiap hamba-Nya.Sentiasalah bersyukur atas apa yang Allah berikan.
Tapi kenapa ada jer yang kerja kat kelab malam,kat disko semua tu?
Itu sebab diorang tak kuat pegangan agama.Hati diorang terdorong untuk melakukan kejahatan.Syaitan akan terus menerus menyesatkan anak cucu Adam sampai Hari Kiamat.Semua orang takkan terlepas daripada melakukan kesilapan.Sekiranya Allah nak berikan hidayah kat orang tu,Allah akan beri.Semua orang berhak menerima hidayah dari Allah.Caranya??Dengan berusaha mengubah diri kepada yang lebih baik.

Setiap manusia dijadikan untuk bergantung antara satu sama lain.Sebab tulah Allah melarang kita daripada sombong dan mementingkan diri sendiri.Sebab manusia saling memerlukan antara satu sama lain.Contohnya..
A jadi penjual nasi campur.B jadi guru.C jadi doktor.Bila B dan C lapar,sudah tentu dia akan cari A.Bila A dan B sakit,diorang akan cari C.Bila A dan C nak hantar anak dia ke sekolah,diorang akan cari B.sebabnya?Manusia saling memerlukan.Begitulah perumpamaan.
Konklusinya,setiap manusia saling memerlukan antara satu sama lain.Tidak kira baik atau buruk,sekiranya yang itu buruk,nasihatilah dia jangan mengikutinya.Jika yang ni baik,teruslah buat kebaikan dan ikutilah yang baik.Hidup ini indah jika kita tahu mencorakkannya.Alright!

Tutorial : Blockquote(Hover Tulisan Bertindih)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,to all visitor.Ok hari ni aku nak buat tutorial pertama aku sepanjang aku dok berkecimpung dalam industri blog ni*Muahaha cewah ayat*Seriously sebelum ni aku tak pernah nak buat entry tutorial.So let's go!!!

Ok nampak tak tajuk atas tu?Blockquote tulisan bertindih macamana tu?Macam yang aku guna sekarang nilah.Ok jom tengok.

Dah nampakkan? Ok so sesiapa yang nak guna,boleh ikut tutorial ni k.

DENIM TEMPLATE
  • Sign In dulu.Pergi ke Template > Edit HTML > Tekan CTRL+F
  • Cari code ni ]]></b:skin>
  • And then copy kan code bawah ni atas code tadi.
blockquote{
background:url(http://3.bp.blogspot.com/-2A0D4wY8Rww/TzuO_pTu-zI/AAAAAAAACpQ/B9EkXNZ9C48/s1600/grey.png);
padding:10px;
border-radius:0px;
border-left:6px solid #2DDA44;
border-right:2px solid #2DDA44;
border-top:2px solid #2DDA44;
border-bottom:2px solid #2DDA44;
color:#000000;
font:Trebuchet MS;
-webkit-transition:All 0.4s ease;
-moz-transition:All 0.4s ease;
-o-transition:All 0.4s ease;
text-shadow: -6px 0 000, 0 6px 000,
6px 0 000, 0 -6px 000;
}
blockquote:hover{
border-radius:0px;
-webkit-box-shadow: 0px 0px 15px #FAFE04;
-moz-box-shadow:    0px 0px 15px #199CE2;
box-shadow:         0px 0px 20px #199CE2;
-webkit-transition:All 0.8s ease;
-moz-transition:All 0.8s ease;
-o-transition:All 0.8s ease;
text-shadow: 0px 0 000, 0 0px 000,
0px 0 000, 0 0px 000;
}
If korang guna Blogskin,korang just cari code  </style> and paste code kat atas ni macam biasa.

 BIRU     : Korang gantilah dengan URL background yang korang suka.
MERAH : Korang ubahlah dia punya border-radius,border left right semua tu,ketebalan box shadow and text shadow ikut suka hati korang.
HIJAU : Korang boleh tukar warna border dan warna tulisan.
PURPLE : Tukar jenis tulisan.

Kalau ada silap dan salah,or tak jadi ke minta maaf.Ok bye hehe!!
 
Amir Rusyaidi©