Facebook Semakin Merepek

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.Ok hari ni aku nak cerita pasal Facebook yang semakin hari semakin membosankan.Argh!!Dulu masa aku mula-mula buat FB,teruja sangat-sangat.Dapat main game macam Habbo Hotel,City Ville dan bla bla bla bla =='' Aku mula main game kat FB ni pun masa si kawan sekelas aku tu suruh main City Ville.Lepas tu aku mula ketagih dan cuba untuk bermain game FB yang lain.Sangat excitedkan aku?Kejadian itu berterusan beberapa bulan.LOL.

Lepas tu aku mula bosan,sebab asyik kena menghadap benda yang sama setiap hari dan menghantar game request yang belum tentu orang approve.Dulu,aku suka bila ada orang hantar game request sebab aku fikir orang tu mesra sangat sampai minta tolong kita.Haha.. >_< Sekarang aku dah tak suka orang hantar game request dan aku buat ignore je.Agaknya macam tulah kot perasaan orang yang menerima game request daripada aku..Hahaha.

Aku tak suka bila kat Home aku keluar gambar-gambar gedik,mulut itik and syok sendiri.Kenapa tak private je?Perlu ke nak publikkan gambar kau yang tak tutup aurat tu?Pastu tulis caption *Saya tahulah saya ni tak cantik macam uolls.Jangan hina k.*Please..Dalam dunia ni takde orang yang tak cantik,takde orang yang tak hensem.Allah ciptakan manusia tu semua ada kelebihan dan kelemahan sendiri.

Lagi satu,tentang LIKE.Kat FB ke kat twitter ke mesti ada ayat macam ni :
*Like status ni kalau anda baik.* *Like status ni kalau anda online FB* *Retweet tweet ni kalau anda peramah* Like gambar ni kalau anda rasa ini kelakar* Retweet gambar ni kalau anda sayang saya*

OK kalau nak banyak orang like status kau pun tak payahlah sampai buat ayat macam tu.Seriously,aku tengok takde pun orang like kau punye status tu.Kalau ada pun 2-3 orang je.Sebenarnya,kalau kau dapat banyak LIKE pun,tak ada faedah apa-apa.Ada tak Mark Zuckerberg call kau pastu dia cakap,"Oh anda telah memenangi status yang paling banyak LIKE di FB.." Takde,kan?So,buat apa nak dapat banyak like?Kononnya kau ni HOTlah,kan?Hotlah sangat..puihhh

And then,status cinta.Huhu..Aku tengok ramai remaja zaman sekarang bercouple-couple,pastu tulis status *Saya sayang awak sangat-sangat,(nama kekasih)* *Cyunk awaks* Ergh tolonglah kau tu remaja lagi,bawah tanggungan mak bapak lagi,kan.So,kenapa kau nak couple2 segala nih?Stop it!Lepas dah clash,mulalah tulis status cinta yang tak kesampaian *Auww kenapa awak tinggalkan saya bla bla bla* Setelah beberapa hari,update kembali status cinta tapi bukan dengan orang yang sama,dengan orang lain.What?? =='' Kau ni kenapa?Ada penyakit angau ke?Sangat menyampah bila jumpa status macam ni.Lepas tu,mulalah dia mengata kat orang yang tak couple ni, "Kau ni tak majulah bla bla bla.Tak kenal maka tak cinta ok." 

Then,adanya TIMELINE!Aku lebih suka FB yang dulu,timeline ni macam tak tersusun dan tak kemas.Yang bestnya tentang timeline ni sebab dia ada Cover Photo.Boleh letak gambar besar-besar kat situ.Aku dah tak selalu pergi FB,kalau pergi pun untuk chat-chat,melihat notification dan mengupdate status di group.Game-game semua dah lapok dah.Kalau nak update status ke post gambar ke,postlah yang baik-baik sikit dan jaga caption anda.

Dan yang terakhir,adanya Apps apende tah yang macam Kereta Yang Akan Anda Miliki,Pekerjaan anda bila dewasa nanti dan sebagainya.Ok yang ni pun aku tak suka sebab ini seolah-olah kita menilik nasib di FB.Tahukah anda dosa terhadap orang yang menilik nasib?Baca di [sini].So lepas ni jangan tekan lagi apps macam ni ye...Ok tu jer.

 
Amir Rusyaidi©