Young Award

Assalamualaikum


Haaa... baru bagi salam terus bagi gambar kan? Actually aku pun tak tahu ni kat mana muahaha maklumla curi dari scandal ketat-metat aku, Mrs Google. Nampak tak betapa jujurnya aku. Haha *eleh masuk lif tekan sendiri* 

So katanya banjir tahun ni paling teruk dalam sejarah * i dont knowlah sejarah dunia ke alien ke or apa-apa yang sewaktu dengannya* dan semuanya menyalahkan antara satu sama lain. Hahahahaha and yang paling tak boleh blah tu ada pulak salahkan PM, i dont think so kalau PM turun sekali tengok banjir then dia boleh sedut air tu sampai kering.. PM bukan Tuhan! Sepatutnya berdoalah bukannya menyalahkan orang lain. Why you cannot get the iktibar from this big flood??? Please... The flood is double and maybe triple from the past. So don't make trouble!

Ok ekcelli fes of ol haha dah macam bahasa sepanyol dah. Gue mau bilang bahawa malaysia udah banjir ni.. 

Tapi gue agak khawatir gara-gara KL mau banjir dong... Tapi nggak sampai puchongnya.. Katanya banjir kilat aja.. 

Di atas mukadimah aja donggg...

Ergh.. entahlah kenapa tetiba aku merepek meraban kat sini.. Btw aku tengah amati camane lah Si Fatin Liyana tu boleh jadi famous blogger then menang award top 10 google searcher 2011 pulak tu and menang award blogger kat PWTC. Padahal dia start blogging umur 18 katanya. Haha rezeki dia nak buat macammana. *dalam sibuk pasal banjir pun sempat lagi cerita pasal lain* -..-

Look!

Wuish lawa rambut.*macam Giorgino Abraham* -..-

Adib Khalid umur 24  sudah bergelar CEO Tune Studios. 

Fatin Liyana umur 20 something menang award blogger and sekarang ni dah jadi doktor. *nampak tak tahap kemalasan gue untuk search umur dia*

Mark Zuckerberg si pengasas facebook umur 25 dah disenaraikan sebagai jutawan kedua termuda selepas Moskovitz.*moskovitz tu cari sendiri haha* 

Evelyn Rose umur 28 tahun menang Anugerah Buku Negara by her book 13 JAM A380.

And me? 
Muhammad Amir Rusyaidi Bin Johari, baru terkedek-kedek untuk mendapatkan sesuatu di usia 17 tahun.

Tapi siapa tahu,umur 20 tahun bakal menjadi sejarah dalam hidup aku? Wow tiga tahun bro! Sejarah apa an sih?

Umur 20 nanti jadi apa? Apakah sejarah yang bakalan gue cipta? Bila tengok orang-orang macam tu tetiba rasa jealous haha. But sometime it can be true that rezeki setiap orang tu tak sama.

Tapi naklah jugak buat sesuatu yang luar biasa di usia muda ni *amboi ayat kau..* hahaha but there is no idea at all!! Nak buat kapal teghebang dah ada oghang buat... Nak buat kotak pensil cliche banget. Nak menyanyi lagilah takde modal. Suara? Haih toksah nak habaqla... Pelakon? Haha belum apa-apa lagi dah menggeletaq depan kamera. 

How about novelist? Yaaa memang minat that career but entahlah bila nak siap pun tak tahu.

Entah kenapa aku rasa entry aku ni macam temuramah pulak. Haish so so many people yang menang award di usia muda tapi takkan nak senarai semua memang tak ah kan?? Perhaps. 20 years old will give something different.

#PrayForBanjirDiMalaysia #PrayForAllMuslimsInTheWorld

*Bajet keluar tulisan biru jerkan bila hashtag kat blog* .Muehehe! Erm so ya bila nak dekat bukak sekolah entahlah tetiba rasa takde mood. So tolonglah bagi aku mood happy. kahkahkah! *emoticonhappy*

Review Novel : Dan Hati Pun Berkata

Assalamualaikum. Malam ni aku nak buat satu review novel kat atas ni. Entahlah aku tahu novel ni memang dah lama published dan dah memang ramai yang buat review pasal novel ni. Tetiba pulak tergerak hati nak review novel yang best dan boleh mencapai 5 bintang untuk aku. Novel ni actually kakak aku bagi dia beli kat PWTC hari tu. Siap ada signature Shah Iskandar dengan Uqasha senrose lagi kauu..haha entahlah katanya diadaptasi ke drama kat RTM. Aku harap tak serabutlah sebab novel ni tersangatlah best.

Adirra - Karakternya seorang anak tunggal yang manja,kuat merajuk dan memprotes apabila bapak dia nak kahwin lain. Kerana terlalu taksub dengan cerita Cinderella dia tak nak mempunyai ibu tiri jauh sekali adik tiri. Dan bila bapak dia dah kahwin lain, dia kurang ajar gila nak mati dengan ibu tiri dia, Puan Umi tu! Dahlah mak tiri dia baik gila kot... Memang aku emosi betul dengan Si Adirra ni! Rasa nak tampar-tampar jer hahaha! And then part yang best tu bila dia lari dari rumah dan pergi ke pedalaman tinggal dengan Kak Lina,sepupu dia. Kak Lina ni meniaga goreng pisang.

Rashdan - Dia ni seorang yang kaya raya tapi disebabkan ayahnya yang selalu menyebelahi ibu tiri dan adik tiri dia, dia pun melarikan diri ke pedalaman Bukit Senyum! Hahaha aku tergelak dengar nama bukit tu. Kat planet manatah Bukit Senyum ni however it so kreatif! Dia ni suka sangat singgah kat gerai Kak Lina, kiranya jadi pelanggan setialah. Sejak peristiwa dia lari dari rumah, hidupnya tak terurus. Bela janggut punyalah panjang tak kurang jugak rambut dia. Haha then sejak Adirra meniaga sama kat gerai Kak Lina, dia mula berubah penampilan. Cukur semua segala bulu. Btw dia ni hanya naik basikal jer tu yang aku suka. Nampak sangat karakter dia humble sungguh! 

Natrah - Adik tiri si Adirra! Sumpah aku menyumpah seranah si minah ni hahaha! Mana taknya semua hak si Adirra dia nak rampas! Mula-mula ayah Adirra pastu Zafril, pakwe Adirra jiran sebelah rumah and then bila dapat tahu Adirra couple dengan Rashdan si kaya raya dia mula buat macam-macam fitnah. Tapi yang aku tabik spring dengan si Rashdan tu bila sentiasa percaya dengan Adirra walau Adirra ni jenis kuat merajuk! Padanmuka dengan Natrah ni haaa!! Tulah busuk hati sangat last-last kan dah cacat! Walaupun dah cacat tapi still benci dengan Adirra. Semua rancangan dia selama ini untuk pisahkan Adirra dengan Rashdan tak menjadi sebab adanya kepercayaan Rashdan terhadap Adirra.

Ok rasanya hero terbaik novel melayu boleh dimenangi oleh Rashdan kot...haha sebabnya novel-novel sebelum ni hero-hero dia sumpah tak berkenan. Semuanya tak kuat iman hahaha. Playboylah apalah semua! Haha tapi Rashdan ni sangat setia betul dengan Adirra sampai sanggup jerit beritahu semua orang yang dia akan kahwin dengan Adirra! Haha bila aku baca novel nikan entah tak tahu kenapa aku rasa Rashdan tu aku lol *laaa hang toksah nak peghasanla...* *k*

Lagi satu novel ni setiap bab buat bulu roma aku remang sebabnya kan cerita ni dah macam filem Cinderella yang fizo omar tu dah tapi Si Rashdan ni memang jauh jelak dengan Fizo omar. Fizo omar dalam citer tu sumpah kuaja dowh!!! *emo* Haha aku tak boleh describe si Rashdan ni sebab dia memang betul2 setia. Aku tak tahu lelaki macam ni hanya ada dalam novel je ke apa. 

Yang aku boleh dapat dalam novel ni ialah lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Betul! Sebab Adirra dengan Rashdan masing-masing menjadi mangsa keadaan keluarga sampai sanggup lari dari rumah namun begitu kalau sudah jodoh pasti tak kemana. Larilah sampai hujung dunia sekalipun, kalau memang jodoh akan jumpa jugak! Sebab Natrah pernah sebar fitnah kata Rashdan tu playboylah apa semua sampai buat Adirra yang kuat merajuk ni lari ke rumah Kak Lina. Tapi tak berjaya sebab Adirra tiba-tiba teringat yang Rashdan tu terlalu mempercayainya walau macam-macam fitnah yang datang kat dia! Maksudnya dalam cerita ni kepercayaan tu sangatlah penting dalam sesebuah keluarga.

Watak Si Natrah ni pulak memang jahat sampai ke sudah tapi malangnya semua kejahatan dia tu semuanya gagal! Kalau novel lain confirm berjaya then at last barulah kena tangkap polislah apalah! Eee and yang paling aku tak suka tu bila jahat sangat sampai tersebar fitnah masuk surat khabarlah apalah semua! Erghh!! Sumpah cliche.

And lagi satu specialnya novel ni walaupun nipis dan tak setebal 13 Jam A380 yang penuh dengan fairy tales. But Dan Hati Pun Berkata berjaya buat aku habiskan novel ni. Sebenarnya aku dah tak minat baca novel sebab jalan cerita yang sama... Gaduh-gaduh pastu suka pastu gaduh balik.. kalau macam tu baik takyah kahwin. Hahaha! Novel-novel yang aku beli banyak yang baca separuh sebab boring dan dah tahu ending dia acane.Sumpah tak tipu Dan Hati Pun Berkata sangat berbeza dengan novel-novel lain! Tapi kalau hang pa jenis tak minat novel cinta pi beli Fixi sana! 

Siapa kata novel ni tak bagi faedah! Aku dapat banyak faedah dari novel2 yang aku baca sebelum ni even cliche alah biasalah tu idea masing-masing. Every person have their own story right? Kalau nak baca novel ni ambil yang positif yer wahai manusia sekalian jangan ambil negatif kalau tak memanglah tak bagi faedah. To me novel memang memberi banyak pengajaran but certain novel only kalau dah macam melampau sangat tu memang patut dicampak ke dalam akuarium bagi ikan makan.

Pastu lagi satu masa dekat nak habis cerita ni kan memang sesuai bila dengar lagu Sehati Sejiwa yang ost Cinderella tu. Haha memang dah macam tengok drama dah lagi terbayang macammana si Shah tu pegang watak Rashdan yang pemarah dan panas baran tapi bila dengan Adirra dia jadi orang lain. Teringat pulak lagu 150 juta by Ainan Tasneem. Lagu ni sesuai sangat dengan cerita ni muahaha! XD

Aku lebih bengis dari sang naga
Tapi bisa nangis semata demi cinta
Suaraku keras tak berbahasa
Kerna aku rimas gedik mengada-ngada

Aku mudah baran tidak semena
Mana boleh tahan angin cemburu buta
Dan aku sengaja tunjuk keras kepala 
Aku punya manja kau saja boleh rasa
Rahsia kita berdua

Congrats to Nuriez sebab berjaya buat novel sebaik ni even aku tak tahu siapa dia sebab gambar dia kat belakang novel ni kartun jer haha entah-entah dia ni kartun kot... *Eleh kau pun sama jer..gambar kau kat ask fm tu hape?!* *Woi diamlah..* -..-

So akhir kata, semua ulasan di atas yang kelihatan merepek dari hujung rambut sampai hujung kuku kaki hanyalah pendapat saya semata-mata tiada kena-mengena dengan yang hidup,mati,separuh nyawa, pengsan or ICU dan yang sekaki sebulu dengannya. Thank you kerana sudi membaca entry yang pelik-pelik ni. Sorry kalau ada silap salah di mana-mana. Terkutuk sana terkutuk sini. Tapi kalau terasa memang anda dah termakan cili. Muahaha hoooooooo! -_- *kau dah kenapa?*
Ingat yer lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Katakanlah korang dah kahwin tetiba cerai tu maksudnya jodoh korang belum sampai! So jangan pernah berputus asa sesungguhnya takdir Allah itu indah! Allah jualah yang maha mengetahui jiwa setiap hamba-hamba-Nya!
Bye adios xoxo!!! 
 
Amir Rusyaidi©