#ThrowBackSession : Kem Birotatanegara

As usual #QuoteOfTheDay

*klik untuk tumbesaran*
Haha ok betapa kontranya aku.lewls... Pak cik why pakcik punya nametag terbalik ke memang macam tu?Haha perfect dowh aku ni.

Oh ya hai! Pada tanggal berapa hari bulan entah aku tak ingat well aku memang tak ingat tarikh-tarikh ni, Sekolah Menengah Sains Rembau telah dijemput buat julung kalinya *ceh ayat kau memang bajet formal jer* untuk menyertai Kem Birotatanegara 1 Malaysia yang sebenarnya kem ni hanyalah untuk sekolah-sekolah berprestij jer macam SASER, STF, MCKK, TKC dan yang sekaki setangan dengannya. Well SEMESRA memang bukan sekolah berprestij haha sebab sekolah baru 5 tahun. Takkanlah kucing nak jadi harimau. 

Ermm so yah.. batch akulah yang paling bertuah sekali and aku turut rasa bertuah sebab dicampak dalam batch VALEDS II ni. Sebab tahun ni kitorang banyak keluar actually 3 kali jer haha maklumlah nak SPM. Hujung bulan 7 ni kitorang keluar pergi Program Math dengan Addmath. Aku rasa takdir aku indah sangat. Even dalam batch tu ada budak-budak nakal, alah biasalah sekolah memana jer ada budak-budak nakal. Habaq kat ceq sekolah mana yang takde budak nakal. Cer habaq mai! *Haha pahal kau emo dowh* -_-

Ermm ok kem ni memang best giler ok even ada sikit-sikit annoying. Ada explorace, jungle trekking and pergi Empangan Hidroelektrik Ulu Sepri.. Ya Allah for the first time empangan nampak jelas sebijik sebijik depan mata. Memang tinggi habis! Jungle trekking pulak pagi2 buta hahaha memang kelakar then jalan kaki pergi empangan.


Ok time ni kitorang kat dewan tengah berkumpul ikut group.




Haaaa!! Nilah empangan tu ... Kat belakang tu empangan.. Memang tinggi gila.. Kalau tolak memang matila takkan hidupkan??


Bila tengok air tu Subhanallah tenangnyaaa dengan bunyi airnya lagi.. And ni after jungle trekking tu kitorang jalan kaki lebih 2 km something then sampailah tempat ni. 

Ulu Sepri memang best tempatnya... Dekat kaki bukit area rembau...

Last but not least ramadan pun dah dekat.. Memang ni ayat cliche aku setiap tahun bila dekat ramadhan..Wish me luck for SPM!!! Haha Doakan k!! Trial ni dua kali SBP dengan Nogoghi punya so doakan,. InsyaAllah diberkati..

Nak ramadan ni puasa penuh k.. Jangan tinggal-tinggal.. Adik-adik yang tengah baca ni jangan memandai ponteng haaaaa!! *Ayat tak boleh blah*

Oklah tu jer kot dari aku! Adios xoxo. 

Review Novel : Love Riddles



LOVE RIDDLES
Penulisan2u
MISZTYRA
Rating : 4/5

Aku beli novel ni sebab tajuk dia, cover dia and the synopsis yang sangat-sangat menarik. And and and jalan cerita dia pun agak menarik. Suka dengan watak Naural yang happy go lucky even dia free hair... and mula-mula tu memang tak puas hati sebab watak dia freehair but at last memang tak expect yang dia berubah atau berhijrah... Yang buat aku beli novel ni sebab equation math yang panjang berjela tu membentuk graf bentuk LOVE... Hahahaha untuk yang suka novel bergenre Komedi Cinta, ini novel yang sesuai. Then, ending dia sangatlah Happy Ending dengan dapat anaknya lagi. So memang bestlah.

So here the synopsis.

Ainun Naural - gadis universiti yang biasa. Dirinya yang suka bermain gitar di bawah pokok di padang UKM menjadi perhatian seseorang yang sering melihatnya dari jauh. Dia tidak pernah menyangka bahawa kehadiran lelaki bertopi itu di dalam hidupnya akan membuatkan cik hatinya berdegup kencang. Saat dirinya basah ditimpa hujan, jejaka misteri itu payungkan, saat dirinya kebasahan, jaket lelaki itu disarung ke badannya yang dingin.
Naural tak nafikan yang dia mula menyukai jejaka yang sering melindungi dirinya dari jauh itu. Namun saat cinta dihulur kepadanya, Naural seperti kaku.
“Sudi awak jadi kekasih saya?”
“Tapi semua ni macam awal lagi. Kita pun baru kenal, kan?”
Jejaka bertopi terus menghilang selepas itu. Naural cuba menjejaki ke bilik piano yang pernah dia dan jejaka bertopi kunjungi bersama, tetapi apa yang dia jumpa hanyalah... bilik yang berdebu dan kotor! Adakah dia hanya bermimpi selama ini?
Kehadiran Luth, jejaka pujaan ramai di dalam hidup Naural, mengembalikan senyuman wanita itu. Cik hati Naural mula terjatuh lagi. Tapi kehadiran Marysa membuatkan cinta yang baru bertunas, layu kembali.
Nak kenal siapa saya? Jom main Love Riddles dengan saya... :P
Teka-teki yang diterima daripada seseorang bagai mengalihkan perhatiannya daripada kekecewaan dengan cinta tak kesampaiannya dengan Luth.
(i) [sqrt(cos(x))*cos(300x)+sqrt(abs(x))-0.7)*(4-x*x)^0.01, sqrt(6-x^2), -sqrt(6- x^2) from -4.5 to 4.5] (you)
Sebaris teka-teki ini merungkaikan segalanya. Ia sebuah graf cinta! Antara jejaka bertopi, Luth dan pemberi teka-teki, siapa akhirnya cinta terakhir Naural? 
 
Amir Rusyaidi©