Seloka Raya:Raya 50 Tahun Yang Akan Datang

Dengan arus peredaran zaman yang pesat membangun sekarang nih masih adakah tradisi raya seperti zaman dahulu di mana kuih raya buat sendiri,balik kampung rumah papan atau ketupat gune daun palas dll.Jika diperhatikan semula,zaman 2012 nih rasanya sungguh berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.Mungkin usia semakin lanjut menjadikan kita tak rase nikmat raye,maybe kalau kite masih kecil kite mungkin merasai nikmat itu..Ermm betul ker??Entahla..Ok now kita start,apa akan terjadi pada raya 50 tahun yang akan datang jika kita di zaman sekarang nih tidak mengamalkan tradisi nenek moyang kita yang terdahulu?

50 tahun yang akan datang
Bila saat aidilfitri menjelang
Masih adakah ketupat dan lemang?
Di mana agaknya serunding dan rendang?

Lemang itu kalau pun ada
Sangatlah payah nak jumpa
Buluhnya diimport dari luar negara
Sebab di sini dah tak ade hutan dan rimba

Ketupat pun begitu juga
Harganya mahal tidak terkata
Tak guna daun palas tak guna daun kelapa
Dijual pulak di vending machine sahaja

Kepada sekumpulan yang teguh pegangan
Masjid masih menjadi tumpuan
Solat dan takbir terus dikerjakan
Tanda bersyukur dan mohon keberkatan

Tetapi pada yang sebahagian lagi
Aidilfitri sudah tak memberi erti
Asyik kalut dengan soal duniawi
Baik dan buruk tak ambil peduli

Aidilfitri pada masa tu
Orang dah tak pasang pelita dan lampu
Bukannya sebab mereka tak mampu
Tapi sebab takut dikata "Macam orang dulu-dulu"

Dah tak ada tradisi balik ke desa
Sebab kampung dah habis menjadi kota
Kalau nak jumpa saudara mara
Memadailah beraya di alam siber

Satu amalan yang mungkin ada
Ialah "Kampung you di tingkat berapa?"
Lepas tu naik lif tekan butang saja
Kemudian sampailah ke kampung tok nenek kita

Dam Dum Dam Dum mungkin berbunyi
Tapi bukan dari mercun atau bunga api
Sebaliknya dari aneka senjata api
Yang dimain oleh budak2 yang tak sunat lagi

Tak ada lagi baju melayu
Malah orang dah tak kisah pakaian baru
Sebaliknya ada yg sibuk mencacah tatu
Untuk ditayang ke hilir ke hulu

Tak ada lagi kot agaknya amalan bermaaf-maafan
Tak ada juga cium mencium tangan
"I'm sorry" menjadi pilihan
Dari cucu sehinggalah ke atuk dan tuk wan

Kunjung mengunjung letak ke tepi
Ditarik tangan ke rumah pun tak siapa sudi
Duduk di rumah dengan anak bini
Pintu dikunci buat hal sendiri-sendiri

Suka tak suka kita kene terima
Itulah realiti yg mungkin menjelma
Cara nak elak cuma satu saja
Pertahankan resam dengan apa juga cara...
Original not by me!!!Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya,Amir :)
  

~Put Your Words~

Akmal Khalidah said...

Ye tak ye jugak ek raya akan datang rendang, ketupat, lemang tu semua dah takde. hmmm.

 
Amir Rusyaidi©