Dia kepingin dimiliki, dibelai dan disayangi... kerana ia menjadikan kehidupan itu sesuatu yang cukup bermakna dan indah. Namun selama mana dia mampu memiliki yang indah-indah. Diri diuji bukan sekali... dan kerana itu dia kewalahan.
Dia ingin lari... lari jauh dari realiti yang menyakitkan.
Tuhan... jika dia diberi peluang kedua, dia rela bersendirian kerana bersendiri itu memberi ketenangan yang hakiki.