PMR Resultssssss...and Creditsssssss

Jalan hidup masih panjang...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.First of all,hari ni merupakan hari yang bahagia buat aku.Alhamdulillah aq berjaya dapat warna terbang (flying colours).Dengan limpah kurnia yang Allah berikan telah membuatkan aku tergolong dalam 14 orang yang cemerlang.Kejayaan yang aku kecapi ini bukan datang dari usaha aku semata-mata tapi ia juga daripada mereka yang banyak membantu dari segi tenaga dan material.Haha aq tak tahu nak tulis apa ni...

Anugerah ini ingin aku hadiahkan kepada semua yang banyak menyokong aku selama ni..Yang tak henti2 mendoakan kejayaan aku.Tanpa sokongan dan doa dari mereka tidaklah aku ada di atas pentas hari ini.Kepada ibu ayah kakak dan abang yang sentiasa memberi dorongan dan kata-kata yang menaikkan semangatku untuk terus berjaya.

Tidak lupa juga kepada guru2 yang tidak jemu memberi tunjuk ajar kepada saya dari saya darjah satu sehinggalah kini.Tanpa tunjuk ajar mereka,saya tidak mungkin akan sampai ke tahap ini.Terima kasih kerana telah memberkati segala pelajaran yang saya terima dari cikgu.Guru-guru Tingkatan 3 saya,Puan Zaliha,Puan Harziana,Puan Rubiah,Puan Ainey,Puan Rosnah,Puan Suria,Puan Rajinder,Cikgu How,Puan Rossida dan ramai lagi...Terima kasih yang tak terhingga...

Kepada rakan-rakan seperjuangan yang selalu support aku,selalu ajar aku kalau aku tak faham...Iqbal,Ammar,Azeema,Laila,Hazim,Thomas,Danial,Izzah,Ronnie,Sabrina dan yang lain2.Apa2pun terima kasih banyak2,tanpa sokongan dan bimbingan dari korang aq takkan berdiri seiring dengan korang.Semoga Allah membalas segala jasa baik kalian.

Kepada rakan-rakan yang tidak berjaya,jangan berputus asa,teruskan usaha...SPM masih ada...2 tahun akan datang pulun habis2an.Dan kepada rakan2 yang berjaya jangan biarkan usaha anda terhenti sampai di sini saja.Perjalanan hidup kita masih panjang.Masih banyak lagi peluang yang boleh kita rebut.Ingat!Kita hidup bukan saja untuk dunia,tapi untuk membuat amalan untuk dijadikan bekalan ke akhirat.
Kejayaan yang sangat berharga diperoleh melalui usaha keras,mengeluarkan keringat,air mata dan darah.Kejayaan yang diperoleh dengan susah payah dan pengorbanan,sebagaimana yang dikatakan oleh Abu Thayyib,"Seandainya tidak ada halangan maka semua manusia boleh menjadi pemimpin.Orang dermawan boleh jadi fakir dan orang yang berani boleh menjadi pembunuh.."
Celaan tidak akan mempengaruhi orang yang berjaya.Bagaimanapun setiap celaan adalah momentum kepada kemuliaan dan ketinggian seseorang sebagaimana kata Abu Thamam,"Apabila ingin meyebar kemuliaan,Allah membukanya melalui lisan orang yang dengki.

So...Terima Kasih banyak-banyak semua!!!teruskan jalan hidup kau orang seperti biasa.Harapkan keredhaan Allah,itu yang penting.Aku tak tau nak cakap apa lagi.Itu jelah kot hehehe.*Rasa macam speech pulak entry aku kali ni*
Orang yang berusaha ibarat menanam tumbuhan.Tumbuhan itu akan tumbuh,bercambah dan berbuah.Ketika itu kamu akan merasai kepuasan dan kenikmatan hasilnya..
Curi drpd FB lol. >_< muka aq takdek.Belakang dari kiri tu Ammar,Iqbal..Then depan tu dari kiri liayana dan sabrina.Sorry guys for pic.Hehe

~Put Your Words~

Nurina Izzati said...

tahniah.. apa2 pun masuk form 4 nanti mesti lagi mencabar, so get ready mentally and physically. good luck :D

 
Amir Rusyaidi©