Orang Jepun banyak berpegang pada falsafah alam sebagai contoh mereka mengambil bunga sakura sebagal lambang hidup mereka. Bunga yang indah itu hanya hidup tujuh hari setahun. Maka orang Jepun mula berpendapat bahawa hidup ini sangat singkat maka kita mesti menjadi indah dan tidak persia-siakannya walau sepicing pun kerana mekar dan gugurnya bunga sakura itu sebagai tanda bahawa sesuatu yang indah dan cantik itu takkan kekal lama. Kelak yang indah itu juga akan kusam sebagaimana layunya bunga sakura.
Kalau semua orang dalam dunia jadi baik mesti peperangan takde langsung! Aku jamin 100 percent! Ok then ada lagi satu jenis spesies yang sangat aku kagumi. Walaupun bunga kita tengok simple jer tapi bagi aku dia cantik. Dandelion. Bunga buat si peniup.
Dandelion ni sangat kecil. Namun mati ke hidup ke dia tetap beri kebaikan kepada manusia. Dandelion mengajar manusia jangan memandang rendah kepada makhluk yang kerdil kerana makhluk yang kerdil itu juga Allah berikan kelebihan kepadanya. Akar dandelion mampu dibuat ubat. Dandelion makhluk Tuhan yang tidak pernah meminta bantuan sesiapa untuk menanamnya tidak juga simpati, tapi hadirnya dandelion memberi seribu kebaikan dari awal hidupnya sampai ke akhirnya. Dandelion ini hanya perlukan si angin untuk menerbangkan anaknya untuk disebarkan ke tempat lain. Dia ingin anak-anaknya turut berbakti kepada orang lain dan di tempat lain.
Kalau diibaratkan dandelion, terbanglah sejauh mana pun kita nak terbang tapi jangan pernah lupa untuk berbakti kepada orang lain. Kerana dalam diri setiap manusia itu ada hak orang lain... Kerana manusia dilahirkan bukan untuk mementingkan diri sendiri tapi untuk melengkapi antara satu sama lain. Sebab tu Allah jadikan setiap manusia itu berbeza kerana manusia saling memerlukan. Sebab tu Allah memerintahkan supaya manusia saling membantu antara satu sama lain..
Sekian saja Salam Syawal.. Amir Rusyaidi.