Catatan Akhir Persekolahan (PART 1)




Image result for the worst feeling is when you find out you didn't mean as much
Yes! So macam biasa, every entry have their own quotes!

Hello and hi again to all my bubbly boo! Lama gila an aku tak update blog. So pada malam yang indah ini, finally yeay I have 'A LOT' of data. "A LOT" hehehe. So I need to habiskan malam ni jugak tak kiralah apapun. Aku ada masa nak update ni pun because of terpaksa okay! Hahaha sebab nanti this entry jadi cerita yang dah basi and tak laku. Lagipun, next entry aku nak update pasal my interview pulakkan? Goshh yang tu lagilah kena update cepat-cepat! 

So korang pun dah nampak tajukkan? Why title dia macam tu? *Hello bebs.. suka hati akulah nak tulis title apa pun!* Erm so yah aku buat tajuk macam tu sebab after this my life dah bukan macam budak sekolah lagi dah! Yeay! Finally i'm free.. Kalau dekat U nanti hidup aku macam kat sekolah ada warden, outing sabtu khamis gilir-gilir bagai.. memang ergghhh!! Stress level tahap paling kritis nanti!

Erm yah tanpa membuang masa lagi, aku nak start satu per satu dan secebis kisah aku sepanjang aku hidup sebagai student Pra-U di Sekolah  *Ops..* Kolej MARA Kulim yang terletak jauh di ceruk dunia. *K statement aku kalau tak over tak sah - bak kata ahli mesyuarat tingkap* 

WARNING!!! : CLICK GAMBAR UNTUK TUMBESARAN!!! Make sure korang punya data bertimbun okay bcoz kat sini penuh dengan gambar yang high quality melebihi 20 MB gituhh! Tapi certain je la yang HD, ada yang tu LD sikit sebab diambil dari phone murahan *Okay joke sorry!* Jangan sentap fuh!




Dari kiri : Ammar, Aku, Syafi, Faiq // DALAM FERI

I will tell you one by one about them!


Yeah.. so time ni adalah trip ke Penang selama 2 hari 1 malam. I join sebab nak tenangkan diri coz serabut sangat masa ni. Actually, time ni sepatutnya i suppose join trip my boy classmates ke Gunung Lambung mana tah kan tapi aku tak nak pergi sbb aku dah janji nak ikut this three boys pergi Penang. This trip Penang adalah secret between four of us! Budak lain takleh tahu gituh! Nak dijadikan cerita disebabkan tak sampai hati, aku pun terpaksa menipu my classmates kononnya malas banyak kerja dan sama waktu dengannya! Kah! Akhirnya.. sampailah aku ke Penang.. 

Tapi sebenarnya dah kantoi tau dengan my 10 classmates sebelum sampai Penang lagi sebab masa diorang nak pergi Gunung Campak Lambung tu, diorang 10 orang ni tunggu bas depan Kolej.. so boleh pulak masa aku and the gang on the way nak pergi ke teksi yang dah tunggu tu, kitorang semua ni bertembung dengan diorang. Nasib baik time tu diorang tunggu seberang jalan.. So aku dengan kabutnya, cepat-cepat masuk dalam teksi menyorok belakang Syafi yang berbadan agak besar so that aku harap diorang 10 orang tu tak nampak aku hahahahahaha! HAH! My life... So sengal betul aku ni.. Ah whatevaa.. 

But, aku fikir bala dah lepas dah.. tetiba sampai Stesen Bas Kulim tu ya ampunn this 10 orang classmates aku ni, berdiri betul-betul sebelah bas yang aku and the gang naik nak pergi butterworth! Aku dalam hati mmg macam.. why? Kenapa diorang ada kat sini? Ya Allah tolonglaa jangan bagi diorang naik bas ni.. pls.. and lastly, bas pun bergerak dan aku bebas yeayyy!! *Panjang betul mukadimah..*



From this angle, aku rasa aku lawa sangat hahahahahha! K


Angin bertiup kencang gituhh... sampai aku pun fefeling lagu Wany Hasrita. Menahan rindu. Syafi dan makanan berpisah tiada.



*Alahai asyik dalam feri je.. bila nak sampai Penangnya..*



Time ni dah nak sampai dah..

Malamnya.. after lepak dekat something like hotel-room or whatever idk tapi that tempat sewa kitorang betul-betul sebelah Restoran Kapitan. Tapi memang selesa walaupun katil aku berbunyi.. maybe skru longgar celah mana tah. Nasib baik tak runtuh! 

So kalau dah tidur pun deret-deret Kapitan tu *Eh hello, bukan dekat kaki lima eh! Helok sikit perangai!* so memang tak sah kalau tak singgah pekena Nasi Beriyani dia.. Omg sumpah letopss beb tapi tu pun aku tak habis.. so aku pun sedekahkan pada Syafi, Ammar and Faiq yang perut tak pernah penuh. Kah!


Okay yang ni dekat food stalls area Padang Kota. Sorry,, tak tahu nama sebenar tempat ni apa.. coz apa yang aku tahu adalah makan, makan dan makan. Sebab memang tujuannya untuk food hunting pun! Bukannya nak kenal Geografi ke bentuk muka bumi ke.. *Jangan 'batch' okay!*

Hah? Ya? Kitorang makan apa? .. Oh time ni kitorang pekena Pasembor dengan kerang rebus jaa.. Makan ringan-ringan gituuu.. 


Still dekat Padang Kota.. lepak-lepak after perut penuh. Best sangat duduk sini, boleh tengok gelagat orang.. tengok air laut yang dah lama aku tak tengok.. Hue hue.. Takut pulak kalau tengah-tengah duduk tetiba datang pulak ikan todak jadi ala-ala Singapura dilanggar todak gituu..


Hahahaha! Then and time kitorang tengah chill-chill kat sini, ya ampunn datang pulak sorang aunty ni yang bagi aku gelandangan kutt.. i have no idea.. tapi kat sini memang ramai gelandangan pun.. So this aunty mula-mula aku nampak dia mintak derma tau dari satu orang ke satu orang.. I'm not sure Syafi and yang lain perasan ke tak.. sebab yeaa mata aku ni tak sah kalau tak teropong perangai orang ni *Jangan kecam k*

Then, start pulak turn kitorang, dia datang from Faiq. So tetiba after tu, dia mula bukak citer pasal diri dia.. Ya ampunn lama gilaa wehh.. sumpah! Katanya mualafla, apala sume bende dia citerla.. Mula-mula tu layan jela, tanya-tanya sikit soalan kat dia, senang citer macam sesi bertaaruf, rancangan tautan kasih gitula!.. but bila lama sangat tu omgg.. terpaksa tutup mulut and then after several minutes bercerita barulah dia blah.. And idk yang lain faham ke tak dia cakap apa.. Sbb aku pun tak faham sangat hahahaha coz suara dia tenggelam-tenggelam timbul. Huh! Pelik-pelik je.. elok-elok tenang terus tak tenang hahaha jk jk!

Then after that, kitorang balik 'hotel'. Wifi laju beb! Sumpah aku tidur lambat gila sbb tengok movie Lady Boss gituu kah kah!

Tengok Syafi, buat iklan sunsilk kat belakang tu..

Awal-awal pagi esoknya, kitorang pun check out. So we were going to this kedai roti canai tepi jalan.. I dont even know apa nama tempat ni but it is a nice place.. Even tempat dia sempit but srsly best kutt makan kat sini sambil tengok orang lalu-lalang kat jalan raya. *K memang restoran lain takleh tengok jalan raya pun.*

From angle Ammar. 


So after that, kitorang pun ronda-ronda sekitar kawasan.. sometimes jalan kaki, sometimes naik uber. Sumpah weh aku tak menyesal join diorang. Diorang punya plan superb dowhh.. They such a good tour guide tau! Lagi-lagi Syafi dengan Faiq, diorangla yang cari uber semua supaya this trip went well and smooth. Kalau aku.. ah sorry to say.. Ya maybe sebab diorang dah dua kali pergi sini kut.. Haha tah.. aku rasa kalau aku dah pergi dua tiga kali pun.. aku still takleh nak decide pergi mana semua. I need tour guideee!!!!


Masa ni dekat street art. Ah tahla.. serabut aku sebab lukisan dia ada kat mana-mana je.


So whats next? Yea.. waiting for uber again to bring us to Es Planade.. *ah tah betul ke tidak spelling aku ni!*



Kitorang sampai Es Planade ni sumpah awal gila.. Pukul 9-930 something like that kutt sebab kebanyakan gerai tak bukak lagi. Sebab we aimed to eat mee sotong tau *Syafi recommend* Ahaha. So kitorang pun lepakla sampai 1030 something camtu barulah kedai bukak and we all dapatla pekena mee sotong dia yang sedap gilee tuu.. Time pukul 11 camtu pulak, barulah kedai cendol yang kitorang tunggu sejam lebih tu bukak.. Tu pun barang-barang nak buat cendol sume takde lagi.. Omg so we have wait, wait and wait until the mamak datang bawak barang-barang dapur yang entah dari mana datang tah..

Dan finally.. we all dapatlah membasahkan tekak dengan cendol masing-masing yang nice sangattt.. Aku siap tambah ais krim lagi uoolss.. K over hahaha.


So this is after solat jumaat, we all rush pergi Restoran Deen Maju *rushla sangat...* sbb katanya nanti ramai orang. *Sorry first time uoolsss.. memangla tak tahu pape*


So kat sini aku dah start padat gila.. so hanya mampu telan ayam jee and milo ais seteguk.. Yang lain memang susah nak lari dari nasi kandar penang ni.. *Susah sebenarnya jadi orang perut kecik ni*

And after that, kitorang pun mulalah cari uber balik nak pergi ke feri gituu.. And time dah sampai kat kawasan feri tu si Ammar ni boleh pulak dia tertinggal wallet dia dalam uber.. Hahahaa lawak weii nasib baik uncle uber tu baik.. So that uncle came back and bagi balik the wallet to Ammar. Yea happy ending sangat..

Pastu, time sampai dekat Stesen Bas Kulim tu, kitorang grab taxi nak balik kolej.. and time dah dalam teksi tu, tetiba one of my classmates yang join trip Gunung Lambung tadi tu ternampak aku dalam teksi.. OMG.. then berlakula adegan kejar-mengejar acah citer korea kat situ. *Sorry hahaha tak over tak sahhhh...*

Watever it is, seriously.. this trip memang happening gilaa even tak sampai dekat batu feringgi.. I dont mind. Yela actually mula-mula nak buat 3 hari 2 malam tapi after memikirkan banyaknya kerja time tu haha memang takla.. Tak pasal-pasal kena 'taruh' dengan my maths lecturer.. terus hati tak tenang nanti. 

But.. Syafi and Faiq are best planners.. Aku dengan Ammar tahu jimba je.. Kalau bab2 cari tempat makan yang best-best memang Syafi pandai nak cari and booking sume.. coz aku dah pergi kelantan hari tu and he did it! Tapi tak nak cerita sekarang! Next entry okay! 

They are such as wonderful people seriously.. Syafi, Ammar, Faiq ni layan je aku even sometimes perangai tak sememeh aku keluar. Syafi, Ammar, Faiq srsly baik sangat! No words can describe about their kindness,, so whoever yang nak ke Kelantan tapi tak tahu nak makan kat mana bolehla roger si Syafi ni.. Oh ya Ammar sekali sebab dia ni pengikut tegar Syafi. Kat mana ada Syafi, kat situ ada Ammar..Ahahaha. *Promote kejap* Amik nombor ni .. 014 tekan-tekan tak dapat. *ops k hambar.. so what?!*

So nanti , this three boys dah tak dapat jumpa dah sebab diorang fly jauh ke India. And aku, kalau ada rezeki.. tercampaklah di bumi Kubang Kerian tu.. Haih.. Hahaha but i still need somebody like Syafi, to be my tour guide srsly.. And maybe dia pun boleh jadi tour guide dekat India nanti? So bolehla aku singgah berjimba sana. *Amboih, banyak duit kau nak pi India!*

Erm so yah tu jela kott untuk part 1 ni.. memang panjang berjela. Sorry entry aku ni kalau tak panjang tak sah. So its up to uolss la nak baca ke idok ye! Idc! Adios xoxo!
Finally dapat pun update this entry.. Actually dah lama dah nak update tapi data tak banyak and takde masa. Busy gituu.. 


~Put Your Words~

 
Amir Rusyaidi©